Wednesday, June 25, 2014

Pengasuh bertauliah dan tak bertauliah?

Title agak sensitif, hehe~ Saya ibu muda bekerjaya dan punya anak seorang. Saya dan adik-adik memang ditinggalkan di rumah pengasuh masa kecik-kecik sebab ibu ayah kerja. Pengasuh kami dulu agak tegas, ada kawasan larangan melepak, hehe~ Kawasan kami cuma di ruang tengah. Kat situlah tidur, makan, tengok TV. Bilik, ruang tamu.. Prohibited area. Dapur boleh masuk pun bila dapat permission. So, pengasuh dalam hidup kami bukanlah perkara asing.

Ok. Back to the topic. Minggu nih last Babysitter sedia ada nak jaga Cik Sarah. Dah 8 bulan umur dia. Alasannya, Cik Tara Tara esek menangis je. Dah makan menangis, nak tidur menangis, bangun tidur menangis. Mungkin faktor perubahan bulan ke.. Sebab awal-awal dulu pernah inform acik tue, pape hal maklumkan pada saya. 

"Dulu Sarah tak macam nih.. Susah acik nak buat kerja. Nak menangis je.."

  "Sarah nih kene sampuk nih.. Menangis je.."

"Acik tak tahan lah dengan dia nih. Pahim jerit, '"Diamlah.. Memekak je.."' suruh Sarah diam sebab dia tak boleh tidur.."

Mungkin dia pun dah pening anak esek menangis. Walaupun selalu dapat mesej kata dok pampered anak dekat rumah, which is memang taklah sebab balik rumah, susukan dia siap-siap, lepas tue..  Ha.. Ummi abi sibuk lah dok kemas, masak, bersihkan rumah. Dia dok depan tv. Kalau nak mula menangis sebab takde orang je baru main au cak, huhu~ Ugut-ugut last nak jaga anak kalau dia nak nangis je (which is saya tak boleh nak cakap apa sebab character anak nih tak sama, itu apa yang saya faham),  Tapi agak pedih hati jugak sebab banyak yang kami cuba tolak ansur. Dari isu cuti, MC, dan EL. Saya faham yang pengasuh juga manusia yang perlukan cuti, dan itu merupakan hak mereka. Warning majikan pun saya dah dapat sebab cuti tempat kerja saya cuma 8 hari setahun untuk tempoh 2 tahun bekerja. Sedangkan kita ada majikan nih pun dapat cuti, takkan kita tak boleh bertimbang rasa dengan orang yang akan jaga anak kita lebih dari masa yang kita luangkan dengan anak kita, ye tak? Dah buat segala yang terdaya bincang dari hati ke hati, cuba mudahkan kerja dia seboleh mungkin, bawak anak ke tempat kerja (yang mana memang tak dibenarkan di tempat kerja saya sebenarnya..). Tapi akhirnya.. Mungkin bukan rezeki anak dijaga lama oleh mak cik BS tersebut. Sedih.. Memang sedih. Tapi nak buat macam mana.

Kenapa title pengasuh bertauliah dan tak bertauliah?

Sebab.. Tak semua pengasuh bertauliah mampu bertahan kalau anak tue ada kerenah macam anak saya. Walaupun saya percaya, sedikit sebanyak mereka pasti tahu pasal psikologi kanak-kanak, tapi bukan semua. Mungkin khursus pengendalian kanak-kanak tue costly, di luar kemampuan pengasuh. Ada macam-macam kemungkinan. Jangan salah sangka ingat cuma taska ada kelulusan JKM ye.. Home based pun ada yang dah punya kelulusan. 

Pengasuh tak bertauliah. Kami tiga beradik dijaga oleh pengasuh yang tiada status pengesahan JKM ke.. Dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Tapi kami dijaga dengan baik, penuh ketegasan dan disiplin yang kami perlu ikut dalam rumah mama(gelaran pengasuh kami).. Mungkin faktor ayah pun polis, hal-hal melibatkan disiplin tue dah sebati. Jajan (makanan ringan..) Jangan harap. Masa hadap TV, buah akan dipotong. Lepas makan, basuh pinggan masing-masing. Makan tak boleh tumpah-tumpah. TQ mama!

Bermulalah episod mencari BS dan taska sekarang. Macam-macam ragam jumpa. Macam-macam gaya. Ummi bukan tak nak jaga sendiri. Orang mesti bercakap kalau dah susah sangat jaga sendiri anak. Ye.. Cakap memang senang. Suami seorang yang sangat bertanggungjawab. Isteri umpama tangan kiri sang suami. Waktu sesak-sesak, sekurang-kurangnya boleh lah saya bantu. Ada rezeki, memang nak kerja dari rumah dan itulah yang sedang saya usahakan.



Kesimpulannya, jangan menilai semua pengasuh sama. Mungkin ada yang menilai berapa yang masuk, berapa anak asuh.. Tapi ramai jugak yang mampu menjaga anak kita sebaiknya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 



No comments:

Post a Comment