Friday, May 30, 2014

ONLINE COUNTER dan MEE SIPUTTTTTTTTT!!!!!!

Hahahahahaha! Busy amat kebelakangan ini. Tiba-tiba timbul pertanyaan pasal mee siput. Baiklah. Untuk memudahkan para pelanggan dan bakal pelanggan untuk melihat sendiri produk kami, kini kami oleh ditemui di Bazaar M Avenue, Segambut setiap Jumaat hingga Ahad. Sile jenguk booth no.17, di bawah label Online Counter..

Jumaat - Sabtu: 6.00pm - 1.00am
Ahad : 3.00pm - 11.00 pm

Selain mee siput, Kami juga menawarkan produk daripada fabrik yang bermutu tinggi terdiri daripada selendang, tudung, kain pasang, minyak wangi T-shirt dan dress yang.. umph.. Pueh hati wa cakap sama lu... hehehehe!

Cuci mata jom!! Datang sekarang.. Nantikan hadiah misteri dari kami.. :)

 Antara barangan yang ada.. :)


 The best mee siput ever.. Hand made.. Home made..


 Our label at the booth yang boleh didapati di M Avenue.


Eh.. Perfume pun ade.. hehehehehe!


MAriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! :)

Tuesday, May 6, 2014

Sarah 'Afia and babywearing gear

Main au cak je dengan blog sekarang nih, haha~ Anak semakin membesar. Rasa rugi kalau banyak habiskan masa dengan gadget atau sebarang aplikasi teknologi sedang anak sudah mula pandai belajar kemahiran baharu hari demi hari.

Title pun pasal babywearing gear kan? Ayat mudah; gendong bayi sebenarnya. Masa Sarah masih lagi dalam kandungan, BW pertama yang saya beli ialah ring sling. Tak tahu cara guna, tengok tutorial dalam Youtube nampak sangat mudah. Saya beli di Manjaku Happy. Produk buatan bumiputera dan bagi saya harga mampu milik intuk keselesaan dan kemudahan ibu2 terutamanya.

Kenapa tak beli di TESCO? GIANT? Harga lebih murah saya boleh dapat? Jawapannya..


Siapa tak suka barang murah? Semua suka. First picture on the left. Tue antara model carrier yang mudah sangat kita jumpa. Harga murah, tapi kesian kat anak. Tak support bahagian peha, malahan bagi bahana lagi adala. Gambar kedua. Knee to knee. Carrier support baby / toddler's hips. Orang akan menegur kesian anak terkangkang, tapi ini sebenarnya posisi yang sepatutnya manusia duduk. Not let the baby's legs hanging like in the first picture.

Jelas?

Dari ring sling, saya beralih kepada SSC (Soft structured carrier), yang support kedua belah bahu. Almaklumlah. Berat Sarah makin bertambah. Omaknya pulak tak fit, memang tak larat la straight 2 hours bawak dia dalam RS. Kebetulan pula En. Somi memang taknak bawak RS. Susah plus malu katanya. Oke fine... Omak pun mengalah, hehe~

Kedua-dua jenis babywearing gear nih sangat membantu saya dalam banyak segi. Mudah nursing, especially kalau keluar shopping. Kalau anda tanya saya, saya lebih gemar menggunakan RS ketika nursing sebab mudah. Maybe berkaitan dengan posture badan dan size breast. Pernah nursing Sarah menggunakan SSC jugak, tapi mungkin kerana sudah terbiasa dengan RS, sebab tue rasa RS lebih mudah untuk nursing.. Err.. Hangpa paham dak apa aku cakap nih? haha! 


 huhu~ ade ramai yang tanya.. PMs.. comment.. takot anak dara lemas.. xla.. meh nak cite ikut gambar ek..

1A: Fahmie Bin Abdullah back carry anak dara. position ke bawah sebab waist buckle kurang tinggi.. (troubleshoot dengan salah sorang Babywearing educator). sarah tak lemas pom, jangan risau.. siap main pick a boo kat bulatan kuning tue ha.. pastue lena kene tiup angin.. tutup dengan hood sebab kepala dia lentok2.. pastue dah nak start ujan..
2B: front carry by me.. ha.. nih hood tanggal.. kalau bole pusing, nak berpusing je dia.. bulatan kuning tue tempat hood disimpan..
3C: Nih masa attend Babywearing gear workshop by kak Norashida Abd Rahman.. sangat bagus especially to those yang nak start ade anak atau carry anak buah ke, ekeke~ worth every penny.. 
4D: kat Lowyat. Cik sarah dah ngok ngek2.. Nip on the spot. cover dengan kain ring sling tue.. pon xlemas.. memang bole selak2 tengok.. sambil jalan sambil nip sebab dia dok bising bila mak dia static. lepas nip.. angkat balik bagi duduk macam dalam gambar 3C..
5E: we are actually went to Japanese Village, Bukit Tinggi, Bentong (eh?). nih Sarah tengah Nip.. sebab tue position dia lower then usual position bila carry baby. selesai dia kenyang, sarah punye position back to 2B. hehe~

saya masih belajar lagi.. bacaan, kelas, troubleshoot banyak bantu.. follow the T.I.C.K.S rule and inshaa allah everything will be fine.. tQ.. 
 
Happy breastfeeding, babywearing your baby! pss// I am officially got the diploma of breastfeeding  6mo).. Hehehe~ Fully breastfeed. Alhamdulillah.. My target is to grab the PHD (2yo)