Friday, January 3, 2014

Hadiah buat Sarah

Bila kenang balik, aih.. Memang betul lah.. Kalau nawaitu dari awal nak susukan dia, inshaa allah akan dipermudahkan. I still have a longgg longgg journey in breastfeeding. Bak kata ibu, sementara belum ada masalah bekalan buat anak drop, rajin - rajinlah pam.

Last kena bengkak susu masa dalam pantang. Mertua jaga baikk punya. Anak kerap menyusu, lepas tue susu banyak sampai bengkak. Kalau orang lain dalam pantang macam - macam tak boleh makan. Kena dengan mak mertua rasa macam.. "Eh.. Nih ke pantang.." 1st day datang rumah mak dia buat tongkol goreng halia + asam keping + lada hitam + bawang. Ohsem! Serious lazat sampai habis ikan sepiring. Tak ingat orang keliling dah. Hari kedua, pagi makan roti canai, tengahari dengan malam makan ayam goreng halia. Hehehehe.. Tue belum lagi makan nasi lemak berulam daub pegaga. Sambal? hoho.. Ambil setitis je katanya buat syarat. hahahahahaha! Asal tak gatal, tak sejuk katanya. Sayur - sayur pun semua makan kecuali yang sejuk. Tue belum lagi air herba dengan air longan. Susu untuk ibu lagi Memang bengkak susu saya dibuatnya tanpa menggunakan supplement lain. Mula dari bengkak susu (dalam minggu kedua) tulah yang start tandem nursing. Selain tue, pagi - pagi celik mata je pam susu siap - siap. Tapi.. Tapi.. Ha... Ada tapi jugak nih, hehe. Tak buat hari - hari pun masa nih. Lompat - lompat.

Bila balik rumah mak sendiri pun sama. Sup daging, kaw - kaw sik ayah buat. Kambing, ayam, ikan.. Semua makan. Paling tak boleh skip, sayur. Memang sayur hari - hari. Orang kata bayam sejuk kan? Ibu cakap bayam banyakkan susu. Carrot pun sama. Hamek.. Bengkak susu lagi. Anak menyusu macam biasa, macam di rumah mertua, saya buat tandem nursing. Alhamdulillah.

2 minggu sebelum masuk kerja, tak dan nak pulun sangat mengepam.Seronok ulit anak. Peti sejuk pun dah penuh. Pam jugak. Tapi hasilnya taklah banyak sangat. Masuk kerja je. Pulun pam kat office sambil buat kerja. Hands - free. Gantung jelah dekat bra.. Hat nih menuntut dengan seorang kawan. Berjaya! Akhirnya terus boleh mengepam di office.

Sampailah harini, ditegur oleh seorang cikgu. Male teacher. Masuk masa tengah pam, mula - mula endah - tak endah jugak macam selalu.. Tapi dah nama pun perempuan. Akhirnya matikan mesin pam. Segan eh.. Ajak menyembang. Teacher Harry nama dia. Orang Britain, dan wife dia orang Poland. Punyai dua orang anak. Apa yang menarik, antara perkara yang dia sebut berkaitan breastfeeding.

 "When my son was a baby, my wife used to expressed her milk at her workplace everyday and I still remember everything on how to handle the EBM. I need to put it in the cooler bag, label it, before I give it to the nursery. "

"Haha.. Yup. I understand that T. Harry because I'm doing the same thing now. But as a mother.. As a parent, we willing to do anything for our kids sake, right?"

Ketawa je cikgu tue. Siap wish good luck. Seronoknya. Walaupun dia seorang lelaki, tapi bila ada seseorang yang facing the same experience like me, tue sudah cukup mengujakan. Dia pun bantu wife dia susun stock susu dalam peti sejuk macam En. Somi buat, keh3..

Nah Sarah.. Bila Sarah dah besar, tengok hasil yang ummi bawak balik setiap hari untuk mengenyangkan Sarah, dan memberikan kesihatan yang baik buat anak Ummi tersayang. :)



Anak dara harini.. 


I LOVE YOU! 

No comments:

Post a Comment