Saturday, December 21, 2013

Parenthood

Last post, on March.. Now we have half month to go before we end 2013. Cepatnya masa berlalu. Officially, I am now a Mother of a little princess and we named her SARAH 'AFIA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS. Alhamdulillah..
Bangun tidur terus senyum.. In her 2 months young.. :)

Rasa bercinta nak kerja.. Seronok bila dia excited nampak kita sebab nak menyusu. Tengok senyuman dia pagi - pagi. Pengalaman melahirkan seorang manusia yang keluar dari rahim sendiri, tak mampu diucap dengan kata - kata. Kesakitan hilang automatik bila dengar tangisan sang anak dalam Labour Room. Subhanallah. Subhanallah.. Subhanallah.. :') Macam nilah perasaan ibu dulu. 

Ada misi yang telah ditekadkan sejak anak ini masih di alam rahim. Mahu menyusukan secara eksklusif sehingga umurnya 2 tahun. NO Disposable diapers unless necessary. Umminya ini sering sakit sejak kecil kerana ujar ibu, kami adik beradik rapat - rapat. Jadi, selaku anak sulung, perlu mengalah demi tumbesaran adik - adik yang lain (hihi.. Sebab tue bantut kowt.. :p).. Asthma lah.. Eczema lah.. Tue belum sakit urat bagai.. Bisul tak payah cerita. Immune system memang ke laut nak banding adik - adik yang lain. Tiada istilah jaga badan sampai tak nak memberi hak seorang anak (susu ibu). Sentence atas tue ada sebut tak pakai DD kan? Operasi menyental CD (Cloth diapers) dilakukan bersama en suami. Alhamdulillah.. Beliau ikut jelah apa isteri dia cakap, keh3.. Jimat pun jimat. Cantik pun cantik. 2 minggu sebelum masuk kerja dah pakaikan CD. Okey nampaknya, alhamdulillah..  

Tempat kerja.. Alhamdulillah.. Cuma, bila menjadi satu - satunya wanita yang mengepam susu dekat sekolah nih ( Ya.. Saya seorang Librarian yang sentiasa berurusan dengan manusia), cabarannya agak besar jugak. People stare at you. But I am proud of it!

Nampak tak? Depan PC glass door. 

Spectra BP tue kawan bagi. Dia ada bunyi, tapi suction tak sakit, hehe! Yang sendiri beli tinggalkan kat rumah.

Ini hasil sehari lepas masuk kerja. 10.30am.

Perjalanan saya masih jauh lagi. Sarah pun baru 2 bulan. Ada lebih kurang setahun 8 bulan lagi. Doakan saya berjaya ye.Dah berjaya penuhkan peti sejuk kami dengan titisan emas nih.

Hehehe.. First day dia belajar buat mimik muka masa menangis.. Oh anak.. :)


Sekarang tengah school holiday, masih mampu pam 3 kali sehari. Budak dah masuk nanti? Adeh..


No comments:

Post a Comment