Friday, December 27, 2013

Stok susu.. Ehhhhhh!!

Title post tak boleh blah. Hehehehe.. Maaf lah ye.. Lagi 4 hari masuk 2014. Semalam susun - susun stok makanan Si Sarah (SUSU.. :P) Nampaknya dah penuh fridge tue untuk dia sorang. Alhamdulillah.

Dah susun.. Lepas tue susun balik sebab stok dari bawah belum naikkan ke atas..

Baru dua bulan. Jauh lagi perjalanan tue.Stok kat atas tue dikumpul dari dalam pantang, start 2 minggu. Tau.. Taklah meriah macam orang lain. Tapi gembira dia lain macam lah.Saya tak istiqamah kalau diminta consume apa - apa untuk tambah susu walaupun saya nih Herbalife distributor .. Dekat rumah, suppliment dari H dengan S ada, tapi macam tak bergerak pun. Kumpul habuk lagi adalah. Yang jalan cuma jamu, sebab badan rasa penat. By the way, jamu bancuh, bukan kapsul, hehehe.. Setiap hari, mesti bawak stok balik rumah dari office. Apa yang merisaukan, minggu depan dah start sekolah. Macam mana nak mengepam nih.. Cikgu - cikgu, mungkin tahan lagi walau pun dah dapat pandangan pelik dari staff lelaki. Padahal dah cover dengan baju lain merangkap telekung alternatif.. Tapi.. Ade aku kisah? Hehehehe. Sarah sihat sude.. Hurmmm.. Nak kena fikir jalan nih..
This is what I mean with surrounded by glass. Boleh nampak KLCC dari sini.

Nampakkah? Tak kan.. Bunyi Spectra tue yang buat diaorang fikir bukan - bukan kowt, hehehe!


As a first time mommy, saya dah cari info pasal penyusuan dari si kecik belum keluar perut lagi. Terima kasih juga pada ibu yang menggalakkan, plus Kak Nina yang inspire saya untuk fully breast feed dan pakaikan CD buat Sarah.Tak dinafikan, kerjanya sedikit renyah. Kat office nak kena pam, sebab nak pastikan milk supply untuk anak cukup. Balik rumah, nak basuh, sterilized botol - botol yang digunakan. Memang ada lah beberapa biji botol, tak termasuk equipment mengepam yang juga perlu disteril sekali. Belum lagi membasuh CD yang minimum Sarah pakai. Paling dahsyat, dah ada anak mampu bangun pagi sebab nak pam susu. Pergh. Pecah rekod la, keh3..Tapi, bila kita ikhlas lakukan sesuatu Lillahita'ala.. Semuanya bukan lagi satu bebanan. Apatah lagi susu ibu adalah hak anak. kenapa mesti menafikan sedangkan itu adalah yang terbaik untuknya. Dari manusia untuk manusia.

Sarah bulat with her CD..

Nampak macam sedempek je CD tue kan? Tak pon sebenarnya. Boleh adjust button dia. Nih sebab dia tak berhenti nak guling, lekatkan jelah dulu. Satg dia wee wee ke.. Menangis ummi dia, hehe~

Dah rindu tuan puteri.. 

Saturday, December 21, 2013

Parenthood

Last post, on March.. Now we have half month to go before we end 2013. Cepatnya masa berlalu. Officially, I am now a Mother of a little princess and we named her SARAH 'AFIA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS. Alhamdulillah..
Bangun tidur terus senyum.. In her 2 months young.. :)

Rasa bercinta nak kerja.. Seronok bila dia excited nampak kita sebab nak menyusu. Tengok senyuman dia pagi - pagi. Pengalaman melahirkan seorang manusia yang keluar dari rahim sendiri, tak mampu diucap dengan kata - kata. Kesakitan hilang automatik bila dengar tangisan sang anak dalam Labour Room. Subhanallah. Subhanallah.. Subhanallah.. :') Macam nilah perasaan ibu dulu. 

Ada misi yang telah ditekadkan sejak anak ini masih di alam rahim. Mahu menyusukan secara eksklusif sehingga umurnya 2 tahun. NO Disposable diapers unless necessary. Umminya ini sering sakit sejak kecil kerana ujar ibu, kami adik beradik rapat - rapat. Jadi, selaku anak sulung, perlu mengalah demi tumbesaran adik - adik yang lain (hihi.. Sebab tue bantut kowt.. :p).. Asthma lah.. Eczema lah.. Tue belum sakit urat bagai.. Bisul tak payah cerita. Immune system memang ke laut nak banding adik - adik yang lain. Tiada istilah jaga badan sampai tak nak memberi hak seorang anak (susu ibu). Sentence atas tue ada sebut tak pakai DD kan? Operasi menyental CD (Cloth diapers) dilakukan bersama en suami. Alhamdulillah.. Beliau ikut jelah apa isteri dia cakap, keh3.. Jimat pun jimat. Cantik pun cantik. 2 minggu sebelum masuk kerja dah pakaikan CD. Okey nampaknya, alhamdulillah..  

Tempat kerja.. Alhamdulillah.. Cuma, bila menjadi satu - satunya wanita yang mengepam susu dekat sekolah nih ( Ya.. Saya seorang Librarian yang sentiasa berurusan dengan manusia), cabarannya agak besar jugak. People stare at you. But I am proud of it!

Nampak tak? Depan PC glass door. 

Spectra BP tue kawan bagi. Dia ada bunyi, tapi suction tak sakit, hehe! Yang sendiri beli tinggalkan kat rumah.

Ini hasil sehari lepas masuk kerja. 10.30am.

Perjalanan saya masih jauh lagi. Sarah pun baru 2 bulan. Ada lebih kurang setahun 8 bulan lagi. Doakan saya berjaya ye.Dah berjaya penuhkan peti sejuk kami dengan titisan emas nih.

Hehehe.. First day dia belajar buat mimik muka masa menangis.. Oh anak.. :)


Sekarang tengah school holiday, masih mampu pam 3 kali sehari. Budak dah masuk nanti? Adeh..