Wednesday, February 13, 2013

Kahwin sudah..

Wah.. Ambil masa lama untuk update blog nih.. Kalau buku, dah lama kumpul habuk, hahahaha! Macam title di atas, saya dah selamat menamatkan zaman bujang saya pada 30 November 2012 tepat 10.03 pagi di Masjid Al-Faizin, Kepong. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sehari sebelum.. Masih macam tak percaya je dah nak kahwin bila tengok inai di jari. Ayah dengan Anis dok ronda satu taman cari inai fresh..

Malam sebelum majlis.. Hasil kerja Ummu Hani.. Masih percaya dengan tak lagi time nih.. Tak boleh blah betul, ngeee~

Okey.. Okey.. Time nih jantung dah dup dap dup dap.. Baru lah confirm dengan hati sendiri. "Naimah.. Bangun.. Bangun.. Kau dah nak jadi bini orang dah pun.."


Akhirnya.. Dengan izin dan ketentuanNya.. Maka sahlah saya menjadi isteri kepada Mohammad Firdaus bin Abdullah di pagi hari Jumaat, 30 November 2012. :)

Doakan kesejahteraan kami ye.. Moga awan gelap beserta hujan akan berlalu dari hidup saya buat selama-lamanya.. Aminnn..:)

No comments:

Post a Comment