Friday, December 27, 2013

Stok susu.. Ehhhhhh!!

Title post tak boleh blah. Hehehehe.. Maaf lah ye.. Lagi 4 hari masuk 2014. Semalam susun - susun stok makanan Si Sarah (SUSU.. :P) Nampaknya dah penuh fridge tue untuk dia sorang. Alhamdulillah.

Dah susun.. Lepas tue susun balik sebab stok dari bawah belum naikkan ke atas..

Baru dua bulan. Jauh lagi perjalanan tue.Stok kat atas tue dikumpul dari dalam pantang, start 2 minggu. Tau.. Taklah meriah macam orang lain. Tapi gembira dia lain macam lah.Saya tak istiqamah kalau diminta consume apa - apa untuk tambah susu walaupun saya nih Herbalife distributor .. Dekat rumah, suppliment dari H dengan S ada, tapi macam tak bergerak pun. Kumpul habuk lagi adalah. Yang jalan cuma jamu, sebab badan rasa penat. By the way, jamu bancuh, bukan kapsul, hehehe.. Setiap hari, mesti bawak stok balik rumah dari office. Apa yang merisaukan, minggu depan dah start sekolah. Macam mana nak mengepam nih.. Cikgu - cikgu, mungkin tahan lagi walau pun dah dapat pandangan pelik dari staff lelaki. Padahal dah cover dengan baju lain merangkap telekung alternatif.. Tapi.. Ade aku kisah? Hehehehe. Sarah sihat sude.. Hurmmm.. Nak kena fikir jalan nih..
This is what I mean with surrounded by glass. Boleh nampak KLCC dari sini.

Nampakkah? Tak kan.. Bunyi Spectra tue yang buat diaorang fikir bukan - bukan kowt, hehehe!


As a first time mommy, saya dah cari info pasal penyusuan dari si kecik belum keluar perut lagi. Terima kasih juga pada ibu yang menggalakkan, plus Kak Nina yang inspire saya untuk fully breast feed dan pakaikan CD buat Sarah.Tak dinafikan, kerjanya sedikit renyah. Kat office nak kena pam, sebab nak pastikan milk supply untuk anak cukup. Balik rumah, nak basuh, sterilized botol - botol yang digunakan. Memang ada lah beberapa biji botol, tak termasuk equipment mengepam yang juga perlu disteril sekali. Belum lagi membasuh CD yang minimum Sarah pakai. Paling dahsyat, dah ada anak mampu bangun pagi sebab nak pam susu. Pergh. Pecah rekod la, keh3..Tapi, bila kita ikhlas lakukan sesuatu Lillahita'ala.. Semuanya bukan lagi satu bebanan. Apatah lagi susu ibu adalah hak anak. kenapa mesti menafikan sedangkan itu adalah yang terbaik untuknya. Dari manusia untuk manusia.

Sarah bulat with her CD..

Nampak macam sedempek je CD tue kan? Tak pon sebenarnya. Boleh adjust button dia. Nih sebab dia tak berhenti nak guling, lekatkan jelah dulu. Satg dia wee wee ke.. Menangis ummi dia, hehe~

Dah rindu tuan puteri.. 

Saturday, December 21, 2013

Parenthood

Last post, on March.. Now we have half month to go before we end 2013. Cepatnya masa berlalu. Officially, I am now a Mother of a little princess and we named her SARAH 'AFIA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS. Alhamdulillah..
Bangun tidur terus senyum.. In her 2 months young.. :)

Rasa bercinta nak kerja.. Seronok bila dia excited nampak kita sebab nak menyusu. Tengok senyuman dia pagi - pagi. Pengalaman melahirkan seorang manusia yang keluar dari rahim sendiri, tak mampu diucap dengan kata - kata. Kesakitan hilang automatik bila dengar tangisan sang anak dalam Labour Room. Subhanallah. Subhanallah.. Subhanallah.. :') Macam nilah perasaan ibu dulu. 

Ada misi yang telah ditekadkan sejak anak ini masih di alam rahim. Mahu menyusukan secara eksklusif sehingga umurnya 2 tahun. NO Disposable diapers unless necessary. Umminya ini sering sakit sejak kecil kerana ujar ibu, kami adik beradik rapat - rapat. Jadi, selaku anak sulung, perlu mengalah demi tumbesaran adik - adik yang lain (hihi.. Sebab tue bantut kowt.. :p).. Asthma lah.. Eczema lah.. Tue belum sakit urat bagai.. Bisul tak payah cerita. Immune system memang ke laut nak banding adik - adik yang lain. Tiada istilah jaga badan sampai tak nak memberi hak seorang anak (susu ibu). Sentence atas tue ada sebut tak pakai DD kan? Operasi menyental CD (Cloth diapers) dilakukan bersama en suami. Alhamdulillah.. Beliau ikut jelah apa isteri dia cakap, keh3.. Jimat pun jimat. Cantik pun cantik. 2 minggu sebelum masuk kerja dah pakaikan CD. Okey nampaknya, alhamdulillah..  

Tempat kerja.. Alhamdulillah.. Cuma, bila menjadi satu - satunya wanita yang mengepam susu dekat sekolah nih ( Ya.. Saya seorang Librarian yang sentiasa berurusan dengan manusia), cabarannya agak besar jugak. People stare at you. But I am proud of it!

Nampak tak? Depan PC glass door. 

Spectra BP tue kawan bagi. Dia ada bunyi, tapi suction tak sakit, hehe! Yang sendiri beli tinggalkan kat rumah.

Ini hasil sehari lepas masuk kerja. 10.30am.

Perjalanan saya masih jauh lagi. Sarah pun baru 2 bulan. Ada lebih kurang setahun 8 bulan lagi. Doakan saya berjaya ye.Dah berjaya penuhkan peti sejuk kami dengan titisan emas nih.

Hehehe.. First day dia belajar buat mimik muka masa menangis.. Oh anak.. :)


Sekarang tengah school holiday, masih mampu pam 3 kali sehari. Budak dah masuk nanti? Adeh..


Tuesday, March 5, 2013

Bengkang labu @ Bingka labu

Hasil pagi tadi sebelum pergi kerja. Start bake bengkang nih dalam pukul 6.30pagi. Gigih kan? Hahahahaha! Salin resepi dari blog seseorang last week. Tapi silapnya terlupa nak write down website address dia. Buat sikit alteration, ikut bahan yang ada kat rumah. Saya kurang adunan jadi separuh adunan je.

Bahan-bahannya ialah:

2      biji          telur
2      cawan     tepung gandum
1/2   cawan     gula
1/2   c/t           garam
2      cawan     labu ( kukus)
2      cawan     santan (saya tak pakai)
1/2   cawan     susu cair
1/2   cawan     susu pekat manis (tak pakai)
1      c/t           vanilla essence
2      c/b          butter / minyak sapi (saya ganti dengan minyak masak)

                       bijan untuk ditabur

* apa sahaja dalam bentuk cecair saya gantikan dengan susu cair ditambah dengan skim milk.

Teknik yang saya gunakan senang sahaja. Malas, hehe. Main campak semua benda dalam mangkuk. Pukul gunakan whisker. Panaskan oven dengan suhu 160c. Tabur bijan. Bakar selama sejam atau sehingga kuih masak.

Tadaaaa!


Sorry. Nih saki baki yang tinggal sebab potong dekat office library.. Hehehe. Komen: walaupun dah kurangkan tak letak susu pekat plus kurangkan sukatan gula, rasanya still manis. Suggestion: kurangkan lagi gula. Manis sebab bingka nih tak kembang macam kek biasa kowt. 

Ada setengah biji lagi labu dekat rumah. Boleh try, hihi~ Guys. Selamat mencuba! :)

Wednesday, February 13, 2013

Dendeng daging

Dah lama nak buat. By the way, ini sebenarnya kali kedua buat lepas 1st trip untuk 1kg daging (kononnya nak buat stock seminggu makan) selamat diselesaikan encik suami.. Oh.. Macam makan snack dibuatnya. Resepi asal ambil dari blog Masam Manis kemudian alter ikut selera sendiri. Bahan-bahannya ialah:

1kg                 Daging lembu
Segenggam     Cili kering (gunting, buang biji, goreng)*
5 biji               Cili padi (Optional)
5 biji               Bawang merah (Goreng)*
2 inci               Halia*
3 biji               Buah pelaga
2 kuntum        Bunga cengkih
1 batang         Kulit kayu manis
2 kuntum        Bunga lawang
1 sudu besar   Jintan manis (Optional)
1 sudu besar   Ketumbar (Optional)
                      Gula melaka
                      Asam jawa
                      Garam
                      Perasa
                      Bawang goreng
* Kisar.

Cara-caranya:
1. Daging saya pakai yang frozen je. Hiris, Rebus sampai empuk.Toskan airnya,kemudian goreng hingga kekuningan.
2. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang dikisar sampai pecah minyak macam kita buat sambal.
4. Masukkan daging yang sudah digoreng. Kacau rata.
5. Masukkan garam, perasa, air asam jawa, bersama gula melaka. Bahagian perasa nih ikut selera masing -    masing. Kowt suka yang manis lebihkan la gula tue. Kowt suka masin lebihkan la garam tue.
6. Akhir sekali, masukkan bawang goreng. Saya gunakan bawang goreng yang dibuat sendiri.. :)

Tak pandai ambil gambar. Lighting.. Failed!

Percubaan pertama tak guna ketumbar dengan jintan

Okey.. Good luck! :)





Kahwin sudah..

Wah.. Ambil masa lama untuk update blog nih.. Kalau buku, dah lama kumpul habuk, hahahaha! Macam title di atas, saya dah selamat menamatkan zaman bujang saya pada 30 November 2012 tepat 10.03 pagi di Masjid Al-Faizin, Kepong. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sehari sebelum.. Masih macam tak percaya je dah nak kahwin bila tengok inai di jari. Ayah dengan Anis dok ronda satu taman cari inai fresh..

Malam sebelum majlis.. Hasil kerja Ummu Hani.. Masih percaya dengan tak lagi time nih.. Tak boleh blah betul, ngeee~

Okey.. Okey.. Time nih jantung dah dup dap dup dap.. Baru lah confirm dengan hati sendiri. "Naimah.. Bangun.. Bangun.. Kau dah nak jadi bini orang dah pun.."


Akhirnya.. Dengan izin dan ketentuanNya.. Maka sahlah saya menjadi isteri kepada Mohammad Firdaus bin Abdullah di pagi hari Jumaat, 30 November 2012. :)

Doakan kesejahteraan kami ye.. Moga awan gelap beserta hujan akan berlalu dari hidup saya buat selama-lamanya.. Aminnn..:)