Wednesday, September 26, 2012

Sejarah yang menyusahkan!

Browse FB.. Banyak sangat post merapu. Terutama dengan individu yang tak sepatutnya yang akhirnya membuat diri sendiri sakit. Ha.. Serve you right Nai'mah! Post lah lagi. Layan lah lagi. Walau atas dasar kasihan.. Atas dasar simpati.. Manusia tetap akan membuat consumption sendiri bila baca balik semua post-post yang tak matang tue.

Semalam call ibu. Ibu demam, huhu~ Nenek kat hospital, jantung bengkak, dengan buah pinggang.. Atok pun tengah sakit. Ayah pun tengah demam jugak. Anis? Alahai. Adikku seorang ini yang menjadi harapan ibu ayah kat rumah sekarang. Maafkan Kak Imah. Tak dapat jadi kakak yang sangat sempurna untuk awak. Tak dapat nak jadi role model untuk awak. Tak ada bila saat-saat tenaga awak dah habis digunakan sampai sakit. Minta maaf ya dik! :'(

Satu lagi masalah datang.. Sejarah lama yang dikorek. Kalau boleh memang tak nak sebut lagi nama-nama yang bukan-bukan tue. Kalau boleh, tak nak terlintas langsung. Kalau masa boleh diputar balik, individu-individu ini nak dibuang terus. Tak mahu kenal, tak mahu bantu, apatah lagi membazir air mata untuk sesuatu yang nyata sia-sia. Tapi siapa kita nak patah balik waktu? MAsa terus berjalan. Mustahil boleh diputar kembali. Bila cerita lama diungkit, nyata mengorek lagi luka-luka yang baru nak pulih. Baru nak kering. Jadi parut baru, mungkin.

Betul kata ibu..

  "Buat baik berpada-pada Imah.. Ada masa kita kena utamakn diri sendiri.."

Tapi masa tue, sebab nak bantu. Walau hati sakit sangat. Kena maki, sedangkan inilah tenaga yang dikerah untuk membantunya ke hulu hilir menguruskan perniagaan. Kena tengking di khalayak.. Tapi inilah orang yang ada masa anak itu jatuh. Kena tuduh.. Sedangkan inilah satu-satunya kawan yang dungu membantu walau telinga perit mengalir nanah. Tapi apa yang saya dapat kini? Salah faham. 

Penatnya pendam rasa dalam hati. Penatnya menangis. Penatnya sakit. Penatnya mengalah. Penatnya memujuk.Penatnya menelan semua benda yang memang nyata palsu bagi saya. 

"Yah! Empunya nama SITI NAI'MAH BINTI ALI ARASHID.. Awak sangat kuat. Sangat tabah. Pernah sakit teruk-teruk. Pernah ditinggal macam kain buruk. Pernah dijatuhkan maruahnya teruk-teruk.Tenagamu pernah dikerah sampai lembik. Air matamu pernah menitis sehingga kering.Pernah ditengking tanpa sebab munasabah. Pernah disakiti berulang kali. TAPI.. TAPI.. TAPI.. Kau tetap mampu bangkit, bukan? Bangkit Nai'mah.. Bangkit. Kau anak harapan keluarga. Kau juga punya impian membina keluarga bahagia. Jangan jatuh sekarang Nai'mah. Jangan jadi lembik."

Malangya.. Saya bukan robot. Tapi saya harus kuat, bukan? Dugaan yang ALLAH bagi hanya untuk insan-insan istimewa sahaja bukan? Saya punya ALLAH.. Sang Pencipta.. Saya punya keluarga.. Ada kala susah dan senang.. Punya tunang.. Yang sentiasa ada diwaktu saya sangat perlukan seseorang.. Terima kasih semua.. Maafkan saya andai banyak menyusahkan hati kalian.. Melukakan hati kalian.. Mengecewakan kalian. Terima kasih..  :')

No comments:

Post a Comment