Wednesday, September 26, 2012

Sejarah yang menyusahkan!

Browse FB.. Banyak sangat post merapu. Terutama dengan individu yang tak sepatutnya yang akhirnya membuat diri sendiri sakit. Ha.. Serve you right Nai'mah! Post lah lagi. Layan lah lagi. Walau atas dasar kasihan.. Atas dasar simpati.. Manusia tetap akan membuat consumption sendiri bila baca balik semua post-post yang tak matang tue.

Semalam call ibu. Ibu demam, huhu~ Nenek kat hospital, jantung bengkak, dengan buah pinggang.. Atok pun tengah sakit. Ayah pun tengah demam jugak. Anis? Alahai. Adikku seorang ini yang menjadi harapan ibu ayah kat rumah sekarang. Maafkan Kak Imah. Tak dapat jadi kakak yang sangat sempurna untuk awak. Tak dapat nak jadi role model untuk awak. Tak ada bila saat-saat tenaga awak dah habis digunakan sampai sakit. Minta maaf ya dik! :'(

Satu lagi masalah datang.. Sejarah lama yang dikorek. Kalau boleh memang tak nak sebut lagi nama-nama yang bukan-bukan tue. Kalau boleh, tak nak terlintas langsung. Kalau masa boleh diputar balik, individu-individu ini nak dibuang terus. Tak mahu kenal, tak mahu bantu, apatah lagi membazir air mata untuk sesuatu yang nyata sia-sia. Tapi siapa kita nak patah balik waktu? MAsa terus berjalan. Mustahil boleh diputar kembali. Bila cerita lama diungkit, nyata mengorek lagi luka-luka yang baru nak pulih. Baru nak kering. Jadi parut baru, mungkin.

Betul kata ibu..

  "Buat baik berpada-pada Imah.. Ada masa kita kena utamakn diri sendiri.."

Tapi masa tue, sebab nak bantu. Walau hati sakit sangat. Kena maki, sedangkan inilah tenaga yang dikerah untuk membantunya ke hulu hilir menguruskan perniagaan. Kena tengking di khalayak.. Tapi inilah orang yang ada masa anak itu jatuh. Kena tuduh.. Sedangkan inilah satu-satunya kawan yang dungu membantu walau telinga perit mengalir nanah. Tapi apa yang saya dapat kini? Salah faham. 

Penatnya pendam rasa dalam hati. Penatnya menangis. Penatnya sakit. Penatnya mengalah. Penatnya memujuk.Penatnya menelan semua benda yang memang nyata palsu bagi saya. 

"Yah! Empunya nama SITI NAI'MAH BINTI ALI ARASHID.. Awak sangat kuat. Sangat tabah. Pernah sakit teruk-teruk. Pernah ditinggal macam kain buruk. Pernah dijatuhkan maruahnya teruk-teruk.Tenagamu pernah dikerah sampai lembik. Air matamu pernah menitis sehingga kering.Pernah ditengking tanpa sebab munasabah. Pernah disakiti berulang kali. TAPI.. TAPI.. TAPI.. Kau tetap mampu bangkit, bukan? Bangkit Nai'mah.. Bangkit. Kau anak harapan keluarga. Kau juga punya impian membina keluarga bahagia. Jangan jatuh sekarang Nai'mah. Jangan jadi lembik."

Malangya.. Saya bukan robot. Tapi saya harus kuat, bukan? Dugaan yang ALLAH bagi hanya untuk insan-insan istimewa sahaja bukan? Saya punya ALLAH.. Sang Pencipta.. Saya punya keluarga.. Ada kala susah dan senang.. Punya tunang.. Yang sentiasa ada diwaktu saya sangat perlukan seseorang.. Terima kasih semua.. Maafkan saya andai banyak menyusahkan hati kalian.. Melukakan hati kalian.. Mengecewakan kalian. Terima kasih..  :')

Sunday, September 23, 2012

Picnic-event-bookaholic-surveying!

I just started my hobby back. My book shelve already collect plenty of dust, since I didn't update any book collection. how ever yesterday, the mood of buy-a-book-a-month suddenly came when my dear fiance asked me about walking to Amcorp Mall from Petaling Jaya Lake (of course yes!). My future-sister-in-law's company having an event there. We're planning to picnic there and accidentally found out that some organizations collaborate to organized this amazing event for persons with disabilities (intellectual disabilities).  I am easily burst my tears.. Their effort. Their self-confidence. they makes me think on how selfish we are.. Who ALLAH already granted with the good health. NO disabilities like them but unfortunately misused it to something that useless.

Okey.. Okey.. Enough Nai'mah. Lets talk aboutt.. BOOKS! :)

I bought this book.

Soooo in love with Dorothy's writing style.

So far.. Dorothy's writing does give me the satisfaction. This is my second books from Dorothy that I've owned. Hehehe!

I promise you.. This book is worth to spend on it!


From Petaling Jaya Lake, went to Book Xcess, Amcorp Mall. Then.. Straight away to Shah Alam to survey the goody bag and looking for the Bunga Telor.  Hopefully everything will go smoothly. Thank you sooo much En. Tunang..

I want mini library ye En Tunang.. hehehehe! xoxo~

Selangkah menuju barakah

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama hati sarat dengan derita, status tunangan orang kini menjadi milik saya. Setelah sekian lama menelan caci maki, akhirnya ketetapan telah terpapar.

Hantaran dari pihak perempuan.

ALLAH tue Maha Adil kan? Dulu selalu keluh kesah. Mengadu. Menangis untuk seseorang yang tak selayaknya ditangisi pun. Bodoh! Seseorang yang benar-benar ikhlas untuk menerima dan mengambil kita untuk menjadi suri hidupnya seharusnya tampil bertemu dengan keluarga perempuan tersebut. Tapi kalau sekadar pandai mengambil kesempatan dan asyik berdalih, menunding jari semata pada si perempuan kononnya tiada ikhtiar untuk merapatkan ukhwah sedang dia cuma berteleku tak buat apa-apa. lebih baik tak perlu berharap, kan?

Ah.. Nafas lega yang mampu saya lepaskan kini. Terima kasih Ya Rabb. Kepada Encik Tunang.. Terima kasih sebab menerima diri saya yang penuh dengan khilaf lampau. Waima sehingga kini tak mampu saya maafkan diri saya.

Sahabat baik sejak tujuh tahun yang lalu.. :)



Sang adik yang setia di samping kakaknya dalam setiap saat. Terima kasih Anis.. :')



Ya Tuhanku..
Sekiranya benarlah dia jodohku..
Maka satukanlah hati-hati kami..
Ketemukan aku dengan seseorang
Yang mampu menerima keburukan ku lebih daripada kebaikanku..

Doa yang saban hari dibaca 5 waktu beserta solat sunat. Akhirnya terjawab. Tiada apa yang lebih mengembirakan saya setelah simpul senyuman yang terpamer di wajah ibu ayah. Beberapa ketika menyebabkan air mata mereka tumpah.. :(


Kebenaran tak semuanya semanis madu, kan En Tunang? Terima kasih. :')