Wednesday, June 6, 2012

Ibu saya, heroin saya..

Ibu saya. Puan Rasilah binti Abdul Manaf.
Ibu ayah saya..

    "Nak jadi cikgu yang lambat tumbuh uban, jadilah cikgu Pendidikan Khas macam ibu.."

Hihi.. Ini statement ibu saya. Padahal.. Untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas perlu ada sifat sabar yang jitu dalam diri, apatah lagi bila perlu berdepan dengan anak-anak murid yang tak sempurna akalnya.Ya! Bangga untuk saya nyatakan. Saya lahir dalam keluarga pendidik. Sebelah ayah waima sebelah ibu. Mereka adalah pendidik. Sebab tue cukup benci bila mendengar statement yang memandang rendah profession perguruan. Kalau cuti dua minggu, jangan harap ibu akan ada kat rumah sepanjang dua minggu. Mimpilah! Satu minggu pasti di sekolah.. Itu belum lagi kalau ada apa-apa program yang melibatkan nama sekolah. Alamatnya sampai malamlah ibu akan berkampung dekat sekolah tue. Pernah sampai satu tahap kami adik-beradik mengeluh sebab hari-hari makan lauk beli. Ibu adalah seorang ibu.. cum cikgu.. cum admin.. cum.. cum.. Macam-macamlah! Ayah sangat sporting. Tak pernah dengar ayah mengeluh kalau ibu tak sempat masak untuk dia, untuk anak-anak.. Ayah siap tolong masak, kemas rumah, sidai kain.. Masa kami 3 beradik masih berhingus, ayah akan siapkan kami 3 beradik untuk ambil ibu di sekolah.. Ayah mandikan.. nanti kami 3 beradik (masa tue Syahmi belum lahir lagi).. beratur berderet tunggu giliran ayah dandan.. Kalau seorang pakai tudung, semua pakai tudung ikut fesyen suka hati ayah.. kalau seorang ikat rambut, semua ayah ikatkan rambut.. Pun ikut suka hati fesyen ayah, hehehehe~ Seronok sangat bila ingat balik, hehehe!

Ibu.

Wanita paling tenang pernah saya jumpa. Tak pernah ibu jerit-jerit masa marahkan kami 4 beradik. Cubit pun perlahan je, tapi menangis mengada-ngada je lebih kami nih, hehe~ Ibu hanya menitiskan air mata bila sedih, atau gembira. Paling dikesalkan.. Saya pernah membuat ibu menitiskan air mata dalam tempoh masa yang panjang.. Mampu tak nak tebus balik? Hurmm..

Ibu.

Orang yang kelam-kabut menghantar saya ke hospital masa keadaan saya sangat tenat tika itu. Sampai masuk ICU, huhu~ Balik kerja, bergegas ke hospital. Sampai malam. Menahan kata-kata orang dengan hati walang. Sebab anak ini yang terlantar tenat.


  "Ibu.. Nak jajan tue.."

      "Pergi tanya ayah.."

Dialog biasa bila kami nakkan sesuatu. Tapi macam biasa.. Kene mintak kebenaran Perdana Menteri.. Timbalan Perdana Menteri tak nak bagi kata putus. (masa nih mata masing-masing akan kelip-kelip tengok ibu mintak belas, hehehehe~)O.o..


Kami 4 beradik masa kecik-kecik.. Syahmi atas pangkuan Anis.. Chea yang duduk kat atas kayu kerusi tue. Saya yang paling gelap.

Ibu.

Sangat low profile. Kalaupun dia tahu sesuatu.. Ibu akan pura-pura tak tahu, pura-pura bertanya walaupun semuanya kat hujung jari dia je. Gile cool ibu.. Pernah satu ketika, ibu tanya macam mana nak potong kacang panjang. 

  "Jangan terlalu menunjuk-nunjuk dengan kebolehan yang kita ada. Nanti diambil kesempatan. Orang pun naik menyampah dengan kita nanti.."

pesan ibu bila bertanya kembali padanya..



Soalan pada diri sendiri.. Mampukah saya menjadi seorang wanita sesempurna ibu? Melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan tanpa keluh? Hurmmm..

No comments:

Post a Comment