Monday, March 19, 2012

Rindu semua.. :')

Rindu kampung..
Sangat-sangat..
 Rindu ayah ibu.. Rindu masakan ibu..
 Rindu bau tanah gambut terbakar..
Rindu pelukan nenek.. Rindu gurauan atuk..
Rindu nak memancing dekat lombong tinggal dengan adik..
bagi kulit sun burn.. Badan bau busuk air lombong, cool.. ^_^
Lumba-lumba siapa dapat ikan dulu, siapa dapat ikan paling besar, hehe.. 
Rindu nak dengar ibu membebel sebab sengaja bangun lewat pagi..
Rindu nak pukul belakang Syahmi sebab sengaja bawak motor laju-laju..
Rindu nak guna oven besar kat rumah.. Rindu nak buat kek lapis asam..
 Rindu bau bilik.. Rindu novel-novel yang ada berkotak-kotak..
Rindu nak masak sama-sama tiga beradik perempuan.. Rindu nak masak untuk satu keluarga..
Rindu pelukan ayah.. Satu-satunya pelukan yang bisa mencetus air di tubir mata..
Rindu nak sapukan bedak kat muka ibu, sebab ibu sengaja pakai bedak comot-comot..
Rindu nak terlentok kat bahu ibu masa tengok TV..
Rindu nak berebut adik-beradik nak baring kat ibu last-last ayah conquer sorang-sorang, eeee..
Rindu nak kacau adik-adik bergayut dengan buah hati masing-masing..
Buat suara gatal, yak!

Ayah lelaki hebat yang tiada tara.. Dia hero saya.. Ibu si wirawati yang sangat cool..

RINDU!

No comments:

Post a Comment