Sunday, February 12, 2012

Aku bukan untukmu.

Satu masa dahulu, tak lama dulu.. Setahun yang lalu. Tiap kali lagu Wali Band "baik-baik sayang" keluar kat radio ke.. TV ke.. Awak akan call then said,

    "Hati.. Lagu nih untuk awak.."

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang kerna aku untukmu..

Waktu tue.. Hati kembang-kuncup sebab ada yang dok dedicate lagu kat saya, hahaha~  Saya.. Tak ramai kawan lelaki yang saya percaya. Saya.. Boleh dikatakan tak ada kawan lelaki masa sekolah dulu. Dari darjah 1 sampailah upper 6, sekolah perempuan okey?Setelah dipujuk ayah supaya belajar menerima lelaki, akhirnya saya akur untuk mencuba. Tapi akhirnya, untuk melepaskan orang yang boleh terima kita seadanya tak begitu mudah kan?

Birthday saya tahun lepas. Masa tue masih stay dekat Resak, Puncak Perdana. Sedih-sedih la kononnya. Yelah. Birhday girl duduk dalam hutan belantara. Tiba-tiba dapat sms,

                       "Hati.. Turun sekarang.."

Terpinga-pinga. Tarik je tudung, terus turun. Dengan track suit yang dah terkoyak bucunya. Dengan T-shirt lusuhnya. Rupanya awak dah tunggu depan swimmping pool dengan chocolate.

  " Hati suka chocolate kan? Happy birthday peha ayam.. Nanti kita makan puas-puas yea.."

Awak dari Damai. Datang tempat jin bertendang nih. hahaha~ Thanks hati. Orang lain sekurang-kurangnya akan celebrate dengan kawan-kawan. Saya pulak? Itulah kali pertama ulang tahun kelahiran saya disambut oleh orang yang bukan anggota keluarga saya. Tak terharu dibuatnya? Tapi masa tue awak pesan,

  " Lepas nih jangan pakai macam nih lagi.. Buruk!" heee~

We share everything. Masalah awak, masalah saya. Sakit awak, sakit saya. Ingat tak awak terkocoh-kocoh datang ke rumah sewa saya di Gugusan Dedap nih lepas saya tiba-tiba kena athmathic attack? Waktu tue, budak-budak rumah saya tak ada. Kita melilau cari klinik yang bukak. Awak desak pakai GL awak untuk masuk je Pusrawi ke hape. Tapi saya tak nak? Ingat tak? At last awak pujuk..

"Kita cari kat Sungai Buloh. Kalau tak ada jugak kita pergi hospital hati, okey?"

Nasib baiklah ada klinik yang bukak. Alhamdulillah. Masih mampu bernafas.

Ingat lagi tak masa kita gaduh sebab kemunculan seseorang yang tak dirancang dalam hubungan nih. Time nak datang rumah awak, saya accident depan simpang rumah awak? hahaha~ kelakar gile tengok muka perempuan yang langgar kereta saya tue. Sepanjang minggu tue saya pakai kereta awak. Sedangkan awak? Terpaksalah menumpang kereta kawan gara-gara saya. Terima kasih. Kalau tak, tak tahulah macam mana nak ulang-alik dari Shah Alam ke Kota Damansara waktu tue. Yelah.. Masa tue saya tengah belajar lagi kan? Master la konon-kononnya, haha~

Ingat lagi tak.. Saya datang ke Genting? Hari terakhir awak dekat KL masa tue. Sedihnya bila dapat tahu awak bersama dia.

  " Ye.. Saya memang gila bayang pada dia.." Jawab dia.

     " Apa awak buat nih hati.." Bilang awak..

Tambah-tambah bila saya seolah-olah dikeji bagai bila masuk wall. Rasa macam memperbodohkan diri. Tapi gila kuat semangat pertahankan awak. Awak denied. Awak cakap tak ada apa-apa. hati saya kuat mengatakan something will happen next. Yes. Next. Awak still deny. Sedangkan dia post macam-macam dah. Provokasi yang hebat amat. Buatkan saya kelihatan bodoh dan dungu disitu. Seolah-olah saya yang menyibuk sebenarnya. Kasihan kan? Tiap kali ke sana ( Ye.. niat saya ke sana yang sebenarnya hanya untuk bertemu awak..).. Layanan yang awak beri pada saya buatkan saya terfikir.. Adakah dia mendapat layanan yang sama macam mana awak layan saya tika itu?

Jemputan di sana. Saya pergi. Kita pergi sama-sama.Bawak Along, Angah, dan Danish. Seronok, tahu tak? Dah lama kita tak jalan sama-sama dengan budak-budak tue.  Terima kasih.

Birthday saya tahun nih. Awak.. Lain.. Bukan nak gah-gah celebrate. Tak. Cukup tanda ingatan barang satu mesej. Bila call, tanya kenapa call? Okey. Masa tue to be honest saya dah rasa benda yang tak kena tue bakal jadi kenyataan. Sehari selepas birthday saya, try call awak dari pagi. Lebih 20 kali. Tapi tak pick up. But finally, awak pick up call saya malam semalam.

Semuanya revealed! Mula-mula awak cakap akan bertunang dengan dia next month. But today, awak cakap akan bernikah dengan dia next month? Wah! Kalau semalam saya cakap hati saya remuk.. Hari nih semuanya hancur berkecai. Betullah kata Ismail Kamus,

                                 " manusia yang membuatkan cinta itu buta."

Saya adalah orang yang paling sukar untuk mempercayai lelaki, akhirnya tewas dijatuhkan lelaki. Kononnya paksi satu-satu hubungan itu atas dasar setia, tapi sebaliknya berlaku. Awak pasti ada alasan tersendiri sampai ambil keputusan macam nih.

People keep saying,

  " Nai'mah.. You're still young. You're 25. You deserve to get better than him. Please move on!"

Yes. I am trying my best to be tough. Tapi bila terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang menjadi anak rantau, orang yang ada disamping saya adalah cik Hati.. Bukan senang nak lupakan sekelip mata. Semuanya mengambil masa. Bukan mudah.Kata ayah,

  " Anak ayah yang satu ini umpama agar-agar yang lembut, tetapi beracun.."

  " Awak ini umpama besi yang cair bila panas, tapi sangat keras bila sejuk.."

Saya pendendam.. Pemendam.. Tapi punya jiwa yang sangat rapuh. Saya boleh menjadi sekeras waja, tapi boleh menjadi selembut  nasi. Hani bilang..

 "kau nih ada bipolar behavour disorder".

Sumpah! Kau gila Hani, hahahaha~ Tapi.. Satu hal yang saya rasakan kini.. Saya harus pasrah dan teruskan hidup. Saya harus mendepani hidup demi ibu, ayah, Anis, Chea, dan Syahmi.

Untuk awak, tahniah saya ucapkan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Penentuannya di dalam tanganNya. Walaupun awak cakap sukar bagi saya kalau bekerja di Ipoh atau Penang untuk berulang-alik ke Taiping, but still.. Sekarang nih dia bekerja di Ipoh kan?Deniable won't bring you to the problem solving. It may bring you more trouble. Nasib baik akhirnya awak angkat panggilan semalam. Kalau tak, sampai bila-bila pun saya tak tahu. By the way, thank you so much. InsyaALLAH kalau tiada aral, 10 hb depan sampailah saya ke sana. Please.. Jaga kesihatan. Dalam keadaan sekarang.. Saya tahu macam-macam boleh terjadi.Nak hadiah apa?   :')

2 comments:

  1. Bersabarlah, rasanya ada hikmah yang menanti dan Allah akan menggantikan kesenggaraan itu dengan kebahagaiaan yang berganda2, insyaallah

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH.. sedang mendepani hidup ini dengan lebih tabah.. live must go on..kan? ^_^Y

    ReplyDelete