Monday, January 16, 2012

Sri KDU --> SRI COLLEGE --> SAUJANA GEMILANG

Almost a month kerja dekat Sri College, Sri Hartamas as a Librarian. Ha.. nak sangat kan title "LIBRARIAN" tue, hamek kau. Pening lalat dibuatnya. Mrs. Rajes, I miss to hear your high pitch voice scolding me, huhu~ Masa ada boss, rasa tenshion sebab esek kena marah je. Bila jadi boss (boss la sangat.. statement muntah hijau, hehe~), jadi tenshion sebab berdepan dengan masalah yang lagi macam-macam. Students, staff, big boss.. super big boss.. super duper big boss.. Haish.. Tapi okey la.. Bak kata ibu,

"Usia masih muda. Memanglah tak rasa penat mana. Cukup masuk pertengahan 30-an, awak akan mula mengeluh. Masa nih belum ada anak dengan suami nak kena jaga.."


TettTTTT!


Kerja macam nak rak. Gaji takat tue je. Motif cakap macam tue? "Boss.. Gaji up boss.." hehe~

 Pause kat situ kejap. Dengan sempoi sengih-sengih kerang aku menjawab,

             "Ala.. Muda lagi la bu.. Nak cari duit dulu. Kendian-  kendianlah.."

    "Ibu dengan ayah dah penat nak fikir fasal kamu. Kamu tue perempuan. Memanglah kamu cakap tak ada apa-apa. Tapi selagi belum serahkan pada orang lain, ibu dengan ayah akan risau sampai bila-bila. Kamu tue jauh dari ibu ayah. Keselamatan kamu. Kesihatan kamu tue.Ibu dengan ayah tak boleh kongkong kamu macam masa kamu kecil-kecil dulu.Ibu kesian kat ayah sebab hari-hari fikir fasal keadaan kamu kat sini. Kalau ada yang jaga kan senang.."

Okey. Tiba kat situ, aku malas nak argue. Sabarlah duhai ibu. Pedih hati ini masih bersisa. Sampai masanya adalah nanti kan.. Kan dah janji tunggu sampai umur Imah 28? hehehehe~

Okey.. Okey.. Sambung cerita lain please..


Luckily ada part time job. Jadi cikgu tuition kat Saujana Gemilang.. Silalah datang ye di Setiawangsa, dekat Wisma Hamzlah.. Ala.. Kat belakang Giant setiawangsa je. Satu lagi dekat Sri Gombak. Dia buh bunting gabak besar kat bangunan tue. Dari pagi mengadap orang dewasa dengan budak-budak baya Syahmi baru nak membesar, bila malam mengadap budak-budak yang baru mummayiz. Okeylah tue. Hilang kejap stress bila mengajar kanak-kanak nih. Teringat masa kecil. Stress habis ibu dok mengajar anakmu yang satu nih membaca, mengira, mengeja. Tiba masa sendiri kena ajar anak orang, geram pun ada, hehehe~

Saje letak. Sebab aku geram dengan baby girl nih.. Alahai.. T__T

Tiba rumah dah pukul 11. So, tak dapatlah nak merayap-rayap macam dulu. Penat okey. Tapi duduk kat sini duit kita takkan cukup. Tengah cari alternatif lain. Nak cari duit lagi, hurmmm.. Macam mana ek..? Nak buat apa ek..?? Duit.. Oh duit..

No comments:

Post a Comment