Tuesday, January 31, 2012

Dari wall seorang wanita.. (ceritera yang bermula dari 5 January 2012)..

mnyumpah, kutuk, keji n yg sama maksud dgnnye... ckp x supe bikin... redha ke pasrah???? atau hnya skadar dendam???? terang2 kata itu ini lam blog n FB, bila bdpn nape xde point pn???? kowt saje nk jumpa n bkenalan atau nk banding sape yg lbh perfect ker???? ngadu da lumrah, kite ngadu, kata kite itu ini yg dia ngadu tu lak apa kbendenye???? tlg lah, jgn kata ikut sdp mulut n ati jer... blajar tinggi2 tpi mane pegi otak tu???? January 5, 2012.


sape yg cri musuh???? eh ada org perasan lak.....!!!!! January 6, 2012.


rope2nye ada gak yg bkn frenz minat tgok wall kite kat FB nie erk???? sukenye... suke x??? da jdi rutin lak kn??? ari2 mst nk tgok wall n bc n trase n mulut tu brkumit2 bckp sorg2... January 6, 2012.


aik tgok lg ker wall sy nie???? (dtuju khas wat pmpuan itu yg dulunye dikejar oleh lelaki ini, tpi xkenang diuntung, bila ada wanita len kejar lelaki ini bru panas punggung...)         January 6, 2012.



Dah puas kutuk saya? Malukan saya? Baca jugak blog saya kan..??

Awak nak tahu tak apa yang saya rasa bila awak post banyak-banyak tentang saya? BANGGA. Sebab.. Awak tolong famous kan saya secara tak langsung. Ini namanya timbal balik. Cukup-cukuplah gunakan agama. The only thing that I can adivce you old lady. Please.. Use your brain before you act. Mind your step before you move and.. Ermmmm.. Roda berputar. Saya bukan tak nak melawan. Tapi rasa sama-sama bodoh bila bergaduh macam tue. Yes! I am educated. Kan dah cakap memang nak kenal. Salah ke ayat tue? Maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Salah awak.. Air mata yang keluar disebabkan AWAK.. FITNAH yang awak tabur tentang saya.. Dah lama saya maafkan. Terima kasih.

Monday, January 16, 2012

Sri KDU --> SRI COLLEGE --> SAUJANA GEMILANG

Almost a month kerja dekat Sri College, Sri Hartamas as a Librarian. Ha.. nak sangat kan title "LIBRARIAN" tue, hamek kau. Pening lalat dibuatnya. Mrs. Rajes, I miss to hear your high pitch voice scolding me, huhu~ Masa ada boss, rasa tenshion sebab esek kena marah je. Bila jadi boss (boss la sangat.. statement muntah hijau, hehe~), jadi tenshion sebab berdepan dengan masalah yang lagi macam-macam. Students, staff, big boss.. super big boss.. super duper big boss.. Haish.. Tapi okey la.. Bak kata ibu,

"Usia masih muda. Memanglah tak rasa penat mana. Cukup masuk pertengahan 30-an, awak akan mula mengeluh. Masa nih belum ada anak dengan suami nak kena jaga.."


TettTTTT!


Kerja macam nak rak. Gaji takat tue je. Motif cakap macam tue? "Boss.. Gaji up boss.." hehe~

 Pause kat situ kejap. Dengan sempoi sengih-sengih kerang aku menjawab,

             "Ala.. Muda lagi la bu.. Nak cari duit dulu. Kendian-  kendianlah.."

    "Ibu dengan ayah dah penat nak fikir fasal kamu. Kamu tue perempuan. Memanglah kamu cakap tak ada apa-apa. Tapi selagi belum serahkan pada orang lain, ibu dengan ayah akan risau sampai bila-bila. Kamu tue jauh dari ibu ayah. Keselamatan kamu. Kesihatan kamu tue.Ibu dengan ayah tak boleh kongkong kamu macam masa kamu kecil-kecil dulu.Ibu kesian kat ayah sebab hari-hari fikir fasal keadaan kamu kat sini. Kalau ada yang jaga kan senang.."

Okey. Tiba kat situ, aku malas nak argue. Sabarlah duhai ibu. Pedih hati ini masih bersisa. Sampai masanya adalah nanti kan.. Kan dah janji tunggu sampai umur Imah 28? hehehehe~

Okey.. Okey.. Sambung cerita lain please..


Luckily ada part time job. Jadi cikgu tuition kat Saujana Gemilang.. Silalah datang ye di Setiawangsa, dekat Wisma Hamzlah.. Ala.. Kat belakang Giant setiawangsa je. Satu lagi dekat Sri Gombak. Dia buh bunting gabak besar kat bangunan tue. Dari pagi mengadap orang dewasa dengan budak-budak baya Syahmi baru nak membesar, bila malam mengadap budak-budak yang baru mummayiz. Okeylah tue. Hilang kejap stress bila mengajar kanak-kanak nih. Teringat masa kecil. Stress habis ibu dok mengajar anakmu yang satu nih membaca, mengira, mengeja. Tiba masa sendiri kena ajar anak orang, geram pun ada, hehehe~

Saje letak. Sebab aku geram dengan baby girl nih.. Alahai.. T__T

Tiba rumah dah pukul 11. So, tak dapatlah nak merayap-rayap macam dulu. Penat okey. Tapi duduk kat sini duit kita takkan cukup. Tengah cari alternatif lain. Nak cari duit lagi, hurmmm.. Macam mana ek..? Nak buat apa ek..?? Duit.. Oh duit..

Thursday, January 5, 2012

Masam manis 2011.

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baharu. Ah! Cepat masa berjalan. Macam-macam hal terjadi tahun lepas. Ada manis, masam, pahit, kelat, manis. Tapi bab menangis, kekal sampai sekarang. bak kata anis,

                                         "Kak Imah, awak nih keras.. Tapi lembut.."

Macam manalah.. Bab lain aku kurang kisah. Kena marah macam mana pun dengan Mrs. Rajeswari dulu (dia nih bos aku masa kat Sri KDU, Kota Damansara), aku masih boleh relaks lagi. Tapi kalau libatkan emosi, failed!Kurus aku kalau sepanjang masa jiwa kacau. Dah nak masuk 25 tahun umur nih. Hamboi. Takutlah..

Orang yang dahulu disayang-sayang.. Tak tahu apa kesudahannya. Nak kata masih sayang kat kita, macam dah tak. Nak kata dah tak sayang kat kita pun macam dah tak. Mana satu nih. Sila jawab.. Sila jawab.. Orang yang dulu dibuang-buang, tiba-tiba datang munculkan diri. Musuh yang tak dicari, tiba-tiba offer diri jadi musuh. Niat baik disangkal. Ayat elok dimanipulasikan. Keadaan keruh sengaja diambil kesempatan. Discussion yang diharapkan, kau nak jadikan medan gaduh.. Kenapa? Nak tunjuk siapa jaguh? Tak malu ke anak-anak tengok?


                 "Oh.. Mama buat macam nih dengan uncle.. Kita boleh ikut nih.."

 Tak apalah.. Dengan sempoi cuba menenangkan hati yang rawan.. Maka terdetiklah ayat Boboboy.

                    "Aku faham mentaliti orang tak ada pelajaran macam kau. I am well educated."

Opss..Panas punggung? Make up 3 inci dah cair? Pasang aircond kat office kau tue dengan the lowest temperature. By the way puan, minta maaflah kalau rasa post kali nih buat puan rasa macam nak maki berbakul-bakul. Ini blog saya, bukan wall orang lain ye. Saya tak suka post apa-apa yang mengarut kat wall orang. Rasa tak bertamadunlah buat macam tue. Ops!

Tiada kaitan. Ikhsan Google Images...

Kalau remove make up tue, muka kita sama tak?? hahahahaha!

Wednesday, January 4, 2012