Thursday, October 18, 2012

Into Yo-yo diet.. =,=!

Currently.. I was into yo-yo diet.. yes.. I can see.. My family can see changes towards my body. How ever.. It never last long.. Only for two months. After I started back my hobby.. Everything change only in a week! Gosh! I am sure.. If my coach read this.. I will die! AHAHAHAHAHA!

I took protein shake (Honestly.. I am Herbalife user)..  But then I stop.. Its all about the money, huhu.. So.. I decided to stop taking it. I replace it with what I called more healthy lifestyle.. I cut of my carbs from a full small bowl of rice into half.. Consume 8liter of water everyday. 3 green apples or any rainbow fruits. A bowl of salad (dressing: olive oil+lemon zest+black pepper).. Stop using condiments.. (konon2 eat clean.. Food clean.. Like what Cassie had promo in her Blogilates).. What happen if I am damn hungry? replace all my jajan with small bowl of boiled chick bean.. Kacang2 lain kan mahal.. Or else.. I will take quarter of guava. Jog 4 times a week. Simple 30 minutes workout at home.. Blah.. Blah.. Blah..  I can see the change. I feel fresh.. Healthier.. More confident with my body. Energetic.. BUT.. After my asthma come back because of the weather.. TADAAAAAAAA!!!!!

I will refill this bottle 4 times a day = 8 liter of water.




I stop jog. The weather really not help and I am not a member for any gym. I also stop my 30 minutes workout at home. Suddenly I have a problem to breath.. Nak sempott je..  I have to take back my oral prednesolone and ventolin everyday. I truly hate this because this drugs will make me shivering all day long. I have to take nabulizer 3 times a week. I take MC regularly. Totally makes me devastated.  Maybe.. I am not well control my asthma. After that.. Tadaaaa.. Start cooking back. Eat rice everyday.. Less vegetables.. Less fruits.. Less water.. More fat.. cholesterol.. MSG.. ect.. ect.. Okey.. Stop there Nai'mah! Stop making more excuses.. I think.. The fat.. The cholesterol.. The weight that I successfully lost last two month.. Already mounting into few pounds in my body in only a week..  I can feel it. My knees. It hurts when I am gaining weight. Shame one you.. ngeee~

Right now.. Back to the track.. Back to the track..Kang.. Baju kahwin tak muat kang.. Siapa nak jawab? Ha... Good luck! ;p



Wednesday, September 26, 2012

Sejarah yang menyusahkan!

Browse FB.. Banyak sangat post merapu. Terutama dengan individu yang tak sepatutnya yang akhirnya membuat diri sendiri sakit. Ha.. Serve you right Nai'mah! Post lah lagi. Layan lah lagi. Walau atas dasar kasihan.. Atas dasar simpati.. Manusia tetap akan membuat consumption sendiri bila baca balik semua post-post yang tak matang tue.

Semalam call ibu. Ibu demam, huhu~ Nenek kat hospital, jantung bengkak, dengan buah pinggang.. Atok pun tengah sakit. Ayah pun tengah demam jugak. Anis? Alahai. Adikku seorang ini yang menjadi harapan ibu ayah kat rumah sekarang. Maafkan Kak Imah. Tak dapat jadi kakak yang sangat sempurna untuk awak. Tak dapat nak jadi role model untuk awak. Tak ada bila saat-saat tenaga awak dah habis digunakan sampai sakit. Minta maaf ya dik! :'(

Satu lagi masalah datang.. Sejarah lama yang dikorek. Kalau boleh memang tak nak sebut lagi nama-nama yang bukan-bukan tue. Kalau boleh, tak nak terlintas langsung. Kalau masa boleh diputar balik, individu-individu ini nak dibuang terus. Tak mahu kenal, tak mahu bantu, apatah lagi membazir air mata untuk sesuatu yang nyata sia-sia. Tapi siapa kita nak patah balik waktu? MAsa terus berjalan. Mustahil boleh diputar kembali. Bila cerita lama diungkit, nyata mengorek lagi luka-luka yang baru nak pulih. Baru nak kering. Jadi parut baru, mungkin.

Betul kata ibu..

  "Buat baik berpada-pada Imah.. Ada masa kita kena utamakn diri sendiri.."

Tapi masa tue, sebab nak bantu. Walau hati sakit sangat. Kena maki, sedangkan inilah tenaga yang dikerah untuk membantunya ke hulu hilir menguruskan perniagaan. Kena tengking di khalayak.. Tapi inilah orang yang ada masa anak itu jatuh. Kena tuduh.. Sedangkan inilah satu-satunya kawan yang dungu membantu walau telinga perit mengalir nanah. Tapi apa yang saya dapat kini? Salah faham. 

Penatnya pendam rasa dalam hati. Penatnya menangis. Penatnya sakit. Penatnya mengalah. Penatnya memujuk.Penatnya menelan semua benda yang memang nyata palsu bagi saya. 

"Yah! Empunya nama SITI NAI'MAH BINTI ALI ARASHID.. Awak sangat kuat. Sangat tabah. Pernah sakit teruk-teruk. Pernah ditinggal macam kain buruk. Pernah dijatuhkan maruahnya teruk-teruk.Tenagamu pernah dikerah sampai lembik. Air matamu pernah menitis sehingga kering.Pernah ditengking tanpa sebab munasabah. Pernah disakiti berulang kali. TAPI.. TAPI.. TAPI.. Kau tetap mampu bangkit, bukan? Bangkit Nai'mah.. Bangkit. Kau anak harapan keluarga. Kau juga punya impian membina keluarga bahagia. Jangan jatuh sekarang Nai'mah. Jangan jadi lembik."

Malangya.. Saya bukan robot. Tapi saya harus kuat, bukan? Dugaan yang ALLAH bagi hanya untuk insan-insan istimewa sahaja bukan? Saya punya ALLAH.. Sang Pencipta.. Saya punya keluarga.. Ada kala susah dan senang.. Punya tunang.. Yang sentiasa ada diwaktu saya sangat perlukan seseorang.. Terima kasih semua.. Maafkan saya andai banyak menyusahkan hati kalian.. Melukakan hati kalian.. Mengecewakan kalian. Terima kasih..  :')

Sunday, September 23, 2012

Picnic-event-bookaholic-surveying!

I just started my hobby back. My book shelve already collect plenty of dust, since I didn't update any book collection. how ever yesterday, the mood of buy-a-book-a-month suddenly came when my dear fiance asked me about walking to Amcorp Mall from Petaling Jaya Lake (of course yes!). My future-sister-in-law's company having an event there. We're planning to picnic there and accidentally found out that some organizations collaborate to organized this amazing event for persons with disabilities (intellectual disabilities).  I am easily burst my tears.. Their effort. Their self-confidence. they makes me think on how selfish we are.. Who ALLAH already granted with the good health. NO disabilities like them but unfortunately misused it to something that useless.

Okey.. Okey.. Enough Nai'mah. Lets talk aboutt.. BOOKS! :)

I bought this book.

Soooo in love with Dorothy's writing style.

So far.. Dorothy's writing does give me the satisfaction. This is my second books from Dorothy that I've owned. Hehehe!

I promise you.. This book is worth to spend on it!


From Petaling Jaya Lake, went to Book Xcess, Amcorp Mall. Then.. Straight away to Shah Alam to survey the goody bag and looking for the Bunga Telor.  Hopefully everything will go smoothly. Thank you sooo much En. Tunang..

I want mini library ye En Tunang.. hehehehe! xoxo~

Selangkah menuju barakah

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama hati sarat dengan derita, status tunangan orang kini menjadi milik saya. Setelah sekian lama menelan caci maki, akhirnya ketetapan telah terpapar.

Hantaran dari pihak perempuan.

ALLAH tue Maha Adil kan? Dulu selalu keluh kesah. Mengadu. Menangis untuk seseorang yang tak selayaknya ditangisi pun. Bodoh! Seseorang yang benar-benar ikhlas untuk menerima dan mengambil kita untuk menjadi suri hidupnya seharusnya tampil bertemu dengan keluarga perempuan tersebut. Tapi kalau sekadar pandai mengambil kesempatan dan asyik berdalih, menunding jari semata pada si perempuan kononnya tiada ikhtiar untuk merapatkan ukhwah sedang dia cuma berteleku tak buat apa-apa. lebih baik tak perlu berharap, kan?

Ah.. Nafas lega yang mampu saya lepaskan kini. Terima kasih Ya Rabb. Kepada Encik Tunang.. Terima kasih sebab menerima diri saya yang penuh dengan khilaf lampau. Waima sehingga kini tak mampu saya maafkan diri saya.

Sahabat baik sejak tujuh tahun yang lalu.. :)



Sang adik yang setia di samping kakaknya dalam setiap saat. Terima kasih Anis.. :')



Ya Tuhanku..
Sekiranya benarlah dia jodohku..
Maka satukanlah hati-hati kami..
Ketemukan aku dengan seseorang
Yang mampu menerima keburukan ku lebih daripada kebaikanku..

Doa yang saban hari dibaca 5 waktu beserta solat sunat. Akhirnya terjawab. Tiada apa yang lebih mengembirakan saya setelah simpul senyuman yang terpamer di wajah ibu ayah. Beberapa ketika menyebabkan air mata mereka tumpah.. :(


Kebenaran tak semuanya semanis madu, kan En Tunang? Terima kasih. :')

Tuesday, July 31, 2012

Nasi Beringin

    "Nasi apa tue?"
Soalan yang acap kali ditanya tiap kali saya tanya
    "Pernah makan Nasi beringin tak?" Hehehe.
Antara tebakan jawapan yang diterima..
     "Ala.. Nasi Baryani kan..?" SALAH, hehehe!

Menurut pemerhatian saya yang tak berapa nak hebat nih.. Nasi Beringin nih kawan-kawan nasi lemak jugak.. Bezanya, ada sedikit rempah dan serai masa nak masak nasi nih.. Masa menetap di Kuantan dulu, tiap kali nak balik ke Johor, ayah pasti akan singgah di Segamat. Nasi Beringin sangat terkenal di Segamat. Ah! Sedap. Teringat-ringat. Last-last, cuba cari di internet, alter mana-mana yang patut. Akhirnya..


Sila abaikan alas meja tersebut. ;p

Bahan-bahannya ialah:

NASI

4 Cawan                    Beras Basmathi ( Rendam semalaman)
1 Cawan                    Santan pekat
1 Cawan                     Susu cair
4 Cawan                    Air
5 Sudu besar              Minyak sapi ( Ganti dengan minyak jagung)
                                  4 rempah sekawan ( 1 Bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih, 
                                 1kulit kayu manis)
3 Batang                     Serai*
1 Sudu kecil                Halba*
2 Sudu kecil                Jintan*
1 Sudu besar               Jintan manis*
1 Sudu besar               Ketumbar*
4 Biji                           Bawang merah*
3 Ulas                         Bawang putih*
3 Cm                          Halia*
                                  Garam dan perasa
(*: kisar)

Untuk nasi,
1. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
2. Dalam periuk lain, masukkan minyak. Bila sudah panas, masukkan 4 rempah sekawan.
3. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sampailah naik bau.
4. Masukkan santan dan susu cair. Kenapa susu cair tak letak dua cawan santan pekat terus? Sebab saya 
    tak tahan muak. So, untuk bahagian ni, terpulang pada selera masing-masing.
5. Api kecil je. sampai mendidih, lepas tue, tuangkan campuran bahan tumis dan santan nih dalam rice 
    cooker yang ada nasi tadi.
6. Kacau rata. Biar sekejap. Lepas tue, masukkan separuh lagi separuh bahagian cecair (2 cawan air) ke 
    dalam rice cooker.Dah hampir kering masukkan lagi sebahagian air (lagi 2 cawan) dan perasakan. Jangan 
    kacau kuat-kuat. Nanti nasi patah-patah dah tak cantik. Biar sampai masak.

LAUK:

Lauk terpulang pada kehendak masing-masing sebenarnya. Nak sambal sotong boleh.. Nak buat ala-ala nasi lemak boleh. Tapi saya buat acar dengan ayam masak merah je. Mana nak buat Acar Darat, saya cilok resepi dari Abang Mat Gebu .. Masak merah, resepi sendiri. Sebabnya, saya kurang gemar ayam masak merah, lebih suka disambalkan je ayam tue. Tapi sebab suara majoriti mengatakan ayam masak merah lebih lazat, makanya, jadilah "Ayam Masak Merah Sambal". Aci tak?? hihi~

AYAM MASAK MERAH SAMBAL

7 Sudu besar    Minyak masak
5 Ketul             Ayam (Suke bahagian dada dan kepak. Goreng dulu).
Segenggam       Cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)*
5Cm                Halia*
5 biji                Bawang merah*
4 ulas               Bawang putih*
Setangkai        Saleri (dipotong serong-serong).
2 Biji               Tomato (belah 8).
                       Air asam jawa
                       Gula, garam, dan perasa
                       Daun sup dan daun bawang (dihiris) dan bawang goreng)
(*: Kisar).

1. Masukkan minyak ke dalam kuali. Dah panas, masukkan bahan-bahan yang dah dikisar.
2. Dah naik bau, masukkan air asam jawa. (Terpulang nak letak macam mana. Depends pasa delera masing-
    masing).
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan saleri dan tomato.
5. Masukkan garam an perasa. 
6. Hidang. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng).

SELAMAT MECUBA! :)


            




Wednesday, June 6, 2012

Ibu saya, heroin saya..

Ibu saya. Puan Rasilah binti Abdul Manaf.
Ibu ayah saya..

    "Nak jadi cikgu yang lambat tumbuh uban, jadilah cikgu Pendidikan Khas macam ibu.."

Hihi.. Ini statement ibu saya. Padahal.. Untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas perlu ada sifat sabar yang jitu dalam diri, apatah lagi bila perlu berdepan dengan anak-anak murid yang tak sempurna akalnya.Ya! Bangga untuk saya nyatakan. Saya lahir dalam keluarga pendidik. Sebelah ayah waima sebelah ibu. Mereka adalah pendidik. Sebab tue cukup benci bila mendengar statement yang memandang rendah profession perguruan. Kalau cuti dua minggu, jangan harap ibu akan ada kat rumah sepanjang dua minggu. Mimpilah! Satu minggu pasti di sekolah.. Itu belum lagi kalau ada apa-apa program yang melibatkan nama sekolah. Alamatnya sampai malamlah ibu akan berkampung dekat sekolah tue. Pernah sampai satu tahap kami adik-beradik mengeluh sebab hari-hari makan lauk beli. Ibu adalah seorang ibu.. cum cikgu.. cum admin.. cum.. cum.. Macam-macamlah! Ayah sangat sporting. Tak pernah dengar ayah mengeluh kalau ibu tak sempat masak untuk dia, untuk anak-anak.. Ayah siap tolong masak, kemas rumah, sidai kain.. Masa kami 3 beradik masih berhingus, ayah akan siapkan kami 3 beradik untuk ambil ibu di sekolah.. Ayah mandikan.. nanti kami 3 beradik (masa tue Syahmi belum lahir lagi).. beratur berderet tunggu giliran ayah dandan.. Kalau seorang pakai tudung, semua pakai tudung ikut fesyen suka hati ayah.. kalau seorang ikat rambut, semua ayah ikatkan rambut.. Pun ikut suka hati fesyen ayah, hehehehe~ Seronok sangat bila ingat balik, hehehe!

Ibu.

Wanita paling tenang pernah saya jumpa. Tak pernah ibu jerit-jerit masa marahkan kami 4 beradik. Cubit pun perlahan je, tapi menangis mengada-ngada je lebih kami nih, hehe~ Ibu hanya menitiskan air mata bila sedih, atau gembira. Paling dikesalkan.. Saya pernah membuat ibu menitiskan air mata dalam tempoh masa yang panjang.. Mampu tak nak tebus balik? Hurmm..

Ibu.

Orang yang kelam-kabut menghantar saya ke hospital masa keadaan saya sangat tenat tika itu. Sampai masuk ICU, huhu~ Balik kerja, bergegas ke hospital. Sampai malam. Menahan kata-kata orang dengan hati walang. Sebab anak ini yang terlantar tenat.


  "Ibu.. Nak jajan tue.."

      "Pergi tanya ayah.."

Dialog biasa bila kami nakkan sesuatu. Tapi macam biasa.. Kene mintak kebenaran Perdana Menteri.. Timbalan Perdana Menteri tak nak bagi kata putus. (masa nih mata masing-masing akan kelip-kelip tengok ibu mintak belas, hehehehe~)O.o..


Kami 4 beradik masa kecik-kecik.. Syahmi atas pangkuan Anis.. Chea yang duduk kat atas kayu kerusi tue. Saya yang paling gelap.

Ibu.

Sangat low profile. Kalaupun dia tahu sesuatu.. Ibu akan pura-pura tak tahu, pura-pura bertanya walaupun semuanya kat hujung jari dia je. Gile cool ibu.. Pernah satu ketika, ibu tanya macam mana nak potong kacang panjang. 

  "Jangan terlalu menunjuk-nunjuk dengan kebolehan yang kita ada. Nanti diambil kesempatan. Orang pun naik menyampah dengan kita nanti.."

pesan ibu bila bertanya kembali padanya..



Soalan pada diri sendiri.. Mampukah saya menjadi seorang wanita sesempurna ibu? Melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan tanpa keluh? Hurmmm..

Thursday, May 31, 2012

saya rase kan..

Saye dah sukakan tempat kerja saya walaupun banyak muka talam dua muka.. Back stabber.. Etc.. Etc.. Bila apa yang saya buat dah nampak hasil. Oh. Terrer jugak saya nih..?? ekekeke~ (shadap Nai'mah.. Masuk bakul angkat sendiri nampak, ceh!).

Ternampak senyuman ayah 28 April yang lepas. HUHU~ T.T



Thank you ALLAH. Thank you semua.. :)

Tuesday, March 27, 2012

Saya tak berminat dengan..

Hidup aku sekarang penuh dengan warna-warni.. Seronok sungguh! Ada kawan-kawan.. Ada keluarga.. Cuma belum ada suami dan anak-anak penyeri hidup. Adelah tue nanti Nai'mah oii.. Hang gatai na.. Tiba-tiba teringat beberapa peristiwa satu masa dulu.. Adui.. Melekek balik bila ingat semula..

Dulu bersekolah perempuan dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.. So, kawan-kawan lelaki sangat limited (duh! cerita same kan.. budget baik, ahaha~).. Masa tue lower 6 kalau tak silap.. Entah mamat mana entah dok tiba-tiba call. Akhirnya kami jadi kawan. Sesiapa yang kenal aku akan tahu habit aku nih - KETAWA! Sampai sekarang tak boleh nak ubah.. So, kami berkawanlah.. Tiada intention bercintan-cintan pun masa tue.. Bila cakap kawan, maksudnya kawanlah tue.. Tapi disebabkan lelaki ini, tunangnya menyerang dalam telefon. Puncanya dia dok SMS aku.. Dok call aku hari-hari atas alasan seronok bersembang dengan aku. On jelah.. Kata suke sembang.. Kalau tahu kau dah bertunang.. Sayonara lah jawapannya..  Bukan aku dok keluar modal call dia, hihi~ Macam mana serang? Dia call.. Speaking-speakung.. Haih.. Melayu mudah lupe.

   "Hello.. May I speak to Nai'mah please..?"

           "Speaking.. What can I help you..??"

"Do you know who is B?"

   "He is one of my friend.. Whats wrong with him..? Is everything okey??"
                              
"He is my fiance. Do you know that he engaged already..? Can not find other guy that suit with you isn't..?? Bla.. Bla.. Bla.. Bla.."

( Oh.. Time nih bengang pun ade.. Nak muntah hijau pun ade..)

Oh. Salah aku..? Taw ape aku buat..? Gelak Nauzubillah kuat dalam phone tue. Haish lelaki. Sabar jelah.. Yang boleh aku cakap dekat minah nih aku tak tahu apa-apa plus don't worry.. Aku takkan kacau encik tunang kau. oh!

Tue.. Cerita 5 tahun lepas..

Bulan Ramadhan tahun lepas.. Dok berkumpul dengan housemate nak buka puasa.. Suddenly..

(phone ringing..)

  "Yes dear.. ape boleh tolong..?? "

     "Imah.. Can you please talk to her..? " (erkk..)

Phone mamat nih bertukar tangan pada si awek.. Okey.. Aku dah tahu kenapa.. Budak nih..Sebelum cik awek manis sempat cakap apa-apa, aku dah cakap dulu..

"Hi.. Nama I Nai'mah.. I dah kenal T for 2 years.. Don't worry my dear.. Dia memang macam tue.. Suke panggil sayang-sayang dekat fB.. Kami tiada apa-apa la, heee~"

Click. Phone diletakkan..

Few minutes later this guy hantar mesej..

  " Imah.. I am so sorry.."

  Replied.. " Please T.. Don't mess your relationship with her because of your stupid action.."

The funniest part.. Orang akan tetap salahkan perempuan kan..? Funny isn't it..?? Yang kaum hawa nih pun.. Belajar-belajarlah bersabar.. Dok serang-serang.. Selidik dulu elok-elok.. Kadang-kadang apa yang dilihat tak sama macam apa yang difikirkan.. Macam budak-budak.. Kaum Adam nih pun satu hal.. Kenapa mesti cari kedua ketiga keempat dan seterusnya..? Wat sup sorang-sorang kang baru tahu..

Guys please.. please.. please.. Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda tidak cinta..


Comel kan..?? Tiada kaitan.. Cume suke budak, huhu~
Sekian, terima kasih..

Monday, March 19, 2012

Rindu semua.. :')

Rindu kampung..
Sangat-sangat..
 Rindu ayah ibu.. Rindu masakan ibu..
 Rindu bau tanah gambut terbakar..
Rindu pelukan nenek.. Rindu gurauan atuk..
Rindu nak memancing dekat lombong tinggal dengan adik..
bagi kulit sun burn.. Badan bau busuk air lombong, cool.. ^_^
Lumba-lumba siapa dapat ikan dulu, siapa dapat ikan paling besar, hehe.. 
Rindu nak dengar ibu membebel sebab sengaja bangun lewat pagi..
Rindu nak pukul belakang Syahmi sebab sengaja bawak motor laju-laju..
Rindu nak guna oven besar kat rumah.. Rindu nak buat kek lapis asam..
 Rindu bau bilik.. Rindu novel-novel yang ada berkotak-kotak..
Rindu nak masak sama-sama tiga beradik perempuan.. Rindu nak masak untuk satu keluarga..
Rindu pelukan ayah.. Satu-satunya pelukan yang bisa mencetus air di tubir mata..
Rindu nak sapukan bedak kat muka ibu, sebab ibu sengaja pakai bedak comot-comot..
Rindu nak terlentok kat bahu ibu masa tengok TV..
Rindu nak berebut adik-beradik nak baring kat ibu last-last ayah conquer sorang-sorang, eeee..
Rindu nak kacau adik-adik bergayut dengan buah hati masing-masing..
Buat suara gatal, yak!

Ayah lelaki hebat yang tiada tara.. Dia hero saya.. Ibu si wirawati yang sangat cool..

RINDU!

Monday, March 12, 2012

Aahahaha~

Hampagas Anis! tadi dah plan nak tulis ape.. Dia datang terus tak tahu nak tulis hape, hoho~

Rajin lepak dekat UIA sekarang.. Muntah-muntah hijau la budak dua orang lepas nih, ahahahaha~ Nasib la.. Kome dapat kakak macam nih.. Kalau lah Syahmi ada kat sini, mau angkut dia kehulu ke hilir jadi driver a.k.a bodyguard a.k.a boyfirned kan uols..?? ahahahahaha~

2 minggu kebelakangan, dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Ulang-alik kerja, memang letak CD yang telah di burn oleh seorang teman dalam kereta.Thank you so much ye..Satu lagi CD mix ceramah dari beberapa penceramah Malaysia letak dekat ofis.. Gelak sorang-sorang sampai kena tegur dengan budak..

              " Kak Librarian.. Akak okey ke..?? "

    Cis!

Sangat bermakna.. Sangat bagus.. Ayat Ustaz Azhar yang tak boleh dilupa..

                                                "Nikmat itu sesungguhnya bala.."

Sebab apa..? Sebab bila dapat nikmat manusia mudah lupa.. Tak kisah la apa orang nak cakap pasal Ustaz Azhar Idrus nih.. Apa yang perlu kita ambil, yang baik-baik.. Ustaz Azhar Idrus ku layan Ustaz Kazim Elyas pun aku layan.. Teguran membina lagi telus.. Tak salah kan.. Dah memang tanggungjawab sesama muslim saling ingat-mengingat kan..?

Tuesday, February 21, 2012

Liga Jenss.. opss! (JENSNSSS???? ke.. Jin..?? )

   " Dik.. Abang cakap kat kau.. Orang lelaki nih kalau dah terperangkap dalam Liga Jens.. Memang gollah jawabnya.. Kau jadi referee je dik tepi padang.. Tolong baki kad..hahahahaha!"

Statement atas tue ada sorang Hamba Allah nih yang cakap. Lelaki ye.. Bukan perempuan.. Yang hampir-hampir masuk gol dalam Liga Jens. Dalam pada gelak-gelak jantan yang keluar, jelas raut kesal pada wajahnya tika itu. Tengah lepak-lepak kat kedai mamak. Tak ingat macam mana cerita Liga Jenss brader nih boleh keluarkan.

Hahahaha~ Maaf.. Title provokasi yang tak boleh blah.. Tengah mengira hari.. Seseorang selain family aku yang paling aku sayang bakal zaman single nye dengan seorang wanita berstatus Jenssss.. Do you know JENSS..???? Yezza.. Pandai.. Aku tak payah sebut kau dah tolong sebut dulu kan.. Kelas kau jah.. Orang banyak ilmu macam-macam nih mampu buat apa sahaja tanpa ambil pusing perasaan orang lain. Apa yang dia tahu, keinginan (passionate) obsession pada seseorang dan matlamat tercapai, tak kiralah kau nak pakai cara apa. Air mata.. Melo-drama.. Drama-tari..skill-skill berkaitan.. black magic? Petik cerita anak sakit.. Anak.. Anak.. Laki jahat bagai.. Tak kisah lah apa-apa.. Tapi kalau sampai ada yang tarik suami orang macam yang office mate aku kena memang dah melampau. Ops.. Terlepas.. Aku berbaik sangka jelah.. Orang yang niat terpesong nih tuhan nak tunjuk kejap je.. Aku tak payah buat apa-apa.. Aku bukan duduk dalam kategori mandrem-mandrem nih. Tak kuasa. Nampak desperate.. Kau.. Iye.. Kau yang suka bebeno nengok blog aku nih ye.. Expertise kau yang mana satu? Aku kena menuntut nih..  

Aku yang lembut lemah-gemalai ala-ala si penari Melayu last-last kena tunjal kepala. Amboi.. Kepala nih bayar zakat taw. Tadak akai ka? Plan dah ada.. Jalan dah nampak.. Datang Jenss kau sapu bersih jalan tue.. Sure tengah gelak guling-guling sebab berjaya jatuhkan seorang budak hingusan sekali senggol kan..?? Taw asset kau besar.. Senggol sikit-sikit dah la.. Lebih-lebih pulak kan.. Mula-mula menangis lah jugak. Hantu Jenss nih.. Hampagas! badigol soot! Ceh.. Marah sangat la tue? hahahaha~ Last-last rasa.. Come on la.. Jenss kowt. Kau dengan dia.. Bergetah kau lagi.. Skills? Of course lah dia.. Dah berapa lama dia hidup.. kannnnNNNNNnnn... Kau dok melolong menangis kat sini, ada dia bayar air mata kau? Blah lah Nai'mah. Ini kalau dia tahu aku dok kidnap bakal suami dia sehari suntuk mahu perang dunia diaorang.. Aku yang dok kat tepi nih mampu gelak-gelak je masa dia reply mesej. Macam nih rupanya.. 

    " Nanti dia cari awak macam dia buat masa awak dok sembang kat kedai awak tue baru tahu.."

       " Tak nya. Dia tak tahu rumah budak nih kat mana.. Tak tahu phone number, hehehehe~"

Opss.. Dia yang cakap. Bukan aku.

Hebat.. Ingat Pelan dan dongakan belajar zaman SPM dulu kan? Kau kena combine pelan dan dongakan dengan critical thinking skills sekarang. Apa rancangan kau? Come on.. Orang macam tue.. Chill la... ^__^!

Apa-apalah jah.. Tapi kalau kau tak kisah sekarang, kisahkan hari kemudian.. Kau ada anak-anak, dan bakal ada anak baru. Bukan tak pernah ingatkan ye.. Tapi, dalam hal nih, terang jelas dah nyata semua kau tahu. Kalau betul aku tergolong dalam golongan teranaiya, dan kau adalah dalang segala-galanya, aku takkan maafkan kau dunia dan akhirat. Menderitalah kau sebagaimana aku rasa. Datang sujud mintak maaf pun belum tentu aku akan maafkan. Aku bukan nak mengutuk golongan Jens mahupun dudes kat luar sana. Ini untuk golongan yang memang Nauzubillah busuk hatinya..

Wednesday, February 15, 2012

Sunday, February 12, 2012

Aku bukan untukmu.

Satu masa dahulu, tak lama dulu.. Setahun yang lalu. Tiap kali lagu Wali Band "baik-baik sayang" keluar kat radio ke.. TV ke.. Awak akan call then said,

    "Hati.. Lagu nih untuk awak.."

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang kerna aku untukmu..

Waktu tue.. Hati kembang-kuncup sebab ada yang dok dedicate lagu kat saya, hahaha~  Saya.. Tak ramai kawan lelaki yang saya percaya. Saya.. Boleh dikatakan tak ada kawan lelaki masa sekolah dulu. Dari darjah 1 sampailah upper 6, sekolah perempuan okey?Setelah dipujuk ayah supaya belajar menerima lelaki, akhirnya saya akur untuk mencuba. Tapi akhirnya, untuk melepaskan orang yang boleh terima kita seadanya tak begitu mudah kan?

Birthday saya tahun lepas. Masa tue masih stay dekat Resak, Puncak Perdana. Sedih-sedih la kononnya. Yelah. Birhday girl duduk dalam hutan belantara. Tiba-tiba dapat sms,

                       "Hati.. Turun sekarang.."

Terpinga-pinga. Tarik je tudung, terus turun. Dengan track suit yang dah terkoyak bucunya. Dengan T-shirt lusuhnya. Rupanya awak dah tunggu depan swimmping pool dengan chocolate.

  " Hati suka chocolate kan? Happy birthday peha ayam.. Nanti kita makan puas-puas yea.."

Awak dari Damai. Datang tempat jin bertendang nih. hahaha~ Thanks hati. Orang lain sekurang-kurangnya akan celebrate dengan kawan-kawan. Saya pulak? Itulah kali pertama ulang tahun kelahiran saya disambut oleh orang yang bukan anggota keluarga saya. Tak terharu dibuatnya? Tapi masa tue awak pesan,

  " Lepas nih jangan pakai macam nih lagi.. Buruk!" heee~

We share everything. Masalah awak, masalah saya. Sakit awak, sakit saya. Ingat tak awak terkocoh-kocoh datang ke rumah sewa saya di Gugusan Dedap nih lepas saya tiba-tiba kena athmathic attack? Waktu tue, budak-budak rumah saya tak ada. Kita melilau cari klinik yang bukak. Awak desak pakai GL awak untuk masuk je Pusrawi ke hape. Tapi saya tak nak? Ingat tak? At last awak pujuk..

"Kita cari kat Sungai Buloh. Kalau tak ada jugak kita pergi hospital hati, okey?"

Nasib baiklah ada klinik yang bukak. Alhamdulillah. Masih mampu bernafas.

Ingat lagi tak masa kita gaduh sebab kemunculan seseorang yang tak dirancang dalam hubungan nih. Time nak datang rumah awak, saya accident depan simpang rumah awak? hahaha~ kelakar gile tengok muka perempuan yang langgar kereta saya tue. Sepanjang minggu tue saya pakai kereta awak. Sedangkan awak? Terpaksalah menumpang kereta kawan gara-gara saya. Terima kasih. Kalau tak, tak tahulah macam mana nak ulang-alik dari Shah Alam ke Kota Damansara waktu tue. Yelah.. Masa tue saya tengah belajar lagi kan? Master la konon-kononnya, haha~

Ingat lagi tak.. Saya datang ke Genting? Hari terakhir awak dekat KL masa tue. Sedihnya bila dapat tahu awak bersama dia.

  " Ye.. Saya memang gila bayang pada dia.." Jawab dia.

     " Apa awak buat nih hati.." Bilang awak..

Tambah-tambah bila saya seolah-olah dikeji bagai bila masuk wall. Rasa macam memperbodohkan diri. Tapi gila kuat semangat pertahankan awak. Awak denied. Awak cakap tak ada apa-apa. hati saya kuat mengatakan something will happen next. Yes. Next. Awak still deny. Sedangkan dia post macam-macam dah. Provokasi yang hebat amat. Buatkan saya kelihatan bodoh dan dungu disitu. Seolah-olah saya yang menyibuk sebenarnya. Kasihan kan? Tiap kali ke sana ( Ye.. niat saya ke sana yang sebenarnya hanya untuk bertemu awak..).. Layanan yang awak beri pada saya buatkan saya terfikir.. Adakah dia mendapat layanan yang sama macam mana awak layan saya tika itu?

Jemputan di sana. Saya pergi. Kita pergi sama-sama.Bawak Along, Angah, dan Danish. Seronok, tahu tak? Dah lama kita tak jalan sama-sama dengan budak-budak tue.  Terima kasih.

Birthday saya tahun nih. Awak.. Lain.. Bukan nak gah-gah celebrate. Tak. Cukup tanda ingatan barang satu mesej. Bila call, tanya kenapa call? Okey. Masa tue to be honest saya dah rasa benda yang tak kena tue bakal jadi kenyataan. Sehari selepas birthday saya, try call awak dari pagi. Lebih 20 kali. Tapi tak pick up. But finally, awak pick up call saya malam semalam.

Semuanya revealed! Mula-mula awak cakap akan bertunang dengan dia next month. But today, awak cakap akan bernikah dengan dia next month? Wah! Kalau semalam saya cakap hati saya remuk.. Hari nih semuanya hancur berkecai. Betullah kata Ismail Kamus,

                                 " manusia yang membuatkan cinta itu buta."

Saya adalah orang yang paling sukar untuk mempercayai lelaki, akhirnya tewas dijatuhkan lelaki. Kononnya paksi satu-satu hubungan itu atas dasar setia, tapi sebaliknya berlaku. Awak pasti ada alasan tersendiri sampai ambil keputusan macam nih.

People keep saying,

  " Nai'mah.. You're still young. You're 25. You deserve to get better than him. Please move on!"

Yes. I am trying my best to be tough. Tapi bila terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang menjadi anak rantau, orang yang ada disamping saya adalah cik Hati.. Bukan senang nak lupakan sekelip mata. Semuanya mengambil masa. Bukan mudah.Kata ayah,

  " Anak ayah yang satu ini umpama agar-agar yang lembut, tetapi beracun.."

  " Awak ini umpama besi yang cair bila panas, tapi sangat keras bila sejuk.."

Saya pendendam.. Pemendam.. Tapi punya jiwa yang sangat rapuh. Saya boleh menjadi sekeras waja, tapi boleh menjadi selembut  nasi. Hani bilang..

 "kau nih ada bipolar behavour disorder".

Sumpah! Kau gila Hani, hahahaha~ Tapi.. Satu hal yang saya rasakan kini.. Saya harus pasrah dan teruskan hidup. Saya harus mendepani hidup demi ibu, ayah, Anis, Chea, dan Syahmi.

Untuk awak, tahniah saya ucapkan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Penentuannya di dalam tanganNya. Walaupun awak cakap sukar bagi saya kalau bekerja di Ipoh atau Penang untuk berulang-alik ke Taiping, but still.. Sekarang nih dia bekerja di Ipoh kan?Deniable won't bring you to the problem solving. It may bring you more trouble. Nasib baik akhirnya awak angkat panggilan semalam. Kalau tak, sampai bila-bila pun saya tak tahu. By the way, thank you so much. InsyaALLAH kalau tiada aral, 10 hb depan sampailah saya ke sana. Please.. Jaga kesihatan. Dalam keadaan sekarang.. Saya tahu macam-macam boleh terjadi.Nak hadiah apa?   :')

Tuesday, January 31, 2012

Dari wall seorang wanita.. (ceritera yang bermula dari 5 January 2012)..

mnyumpah, kutuk, keji n yg sama maksud dgnnye... ckp x supe bikin... redha ke pasrah???? atau hnya skadar dendam???? terang2 kata itu ini lam blog n FB, bila bdpn nape xde point pn???? kowt saje nk jumpa n bkenalan atau nk banding sape yg lbh perfect ker???? ngadu da lumrah, kite ngadu, kata kite itu ini yg dia ngadu tu lak apa kbendenye???? tlg lah, jgn kata ikut sdp mulut n ati jer... blajar tinggi2 tpi mane pegi otak tu???? January 5, 2012.


sape yg cri musuh???? eh ada org perasan lak.....!!!!! January 6, 2012.


rope2nye ada gak yg bkn frenz minat tgok wall kite kat FB nie erk???? sukenye... suke x??? da jdi rutin lak kn??? ari2 mst nk tgok wall n bc n trase n mulut tu brkumit2 bckp sorg2... January 6, 2012.


aik tgok lg ker wall sy nie???? (dtuju khas wat pmpuan itu yg dulunye dikejar oleh lelaki ini, tpi xkenang diuntung, bila ada wanita len kejar lelaki ini bru panas punggung...)         January 6, 2012.



Dah puas kutuk saya? Malukan saya? Baca jugak blog saya kan..??

Awak nak tahu tak apa yang saya rasa bila awak post banyak-banyak tentang saya? BANGGA. Sebab.. Awak tolong famous kan saya secara tak langsung. Ini namanya timbal balik. Cukup-cukuplah gunakan agama. The only thing that I can adivce you old lady. Please.. Use your brain before you act. Mind your step before you move and.. Ermmmm.. Roda berputar. Saya bukan tak nak melawan. Tapi rasa sama-sama bodoh bila bergaduh macam tue. Yes! I am educated. Kan dah cakap memang nak kenal. Salah ke ayat tue? Maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Salah awak.. Air mata yang keluar disebabkan AWAK.. FITNAH yang awak tabur tentang saya.. Dah lama saya maafkan. Terima kasih.

Monday, January 16, 2012

Sri KDU --> SRI COLLEGE --> SAUJANA GEMILANG

Almost a month kerja dekat Sri College, Sri Hartamas as a Librarian. Ha.. nak sangat kan title "LIBRARIAN" tue, hamek kau. Pening lalat dibuatnya. Mrs. Rajes, I miss to hear your high pitch voice scolding me, huhu~ Masa ada boss, rasa tenshion sebab esek kena marah je. Bila jadi boss (boss la sangat.. statement muntah hijau, hehe~), jadi tenshion sebab berdepan dengan masalah yang lagi macam-macam. Students, staff, big boss.. super big boss.. super duper big boss.. Haish.. Tapi okey la.. Bak kata ibu,

"Usia masih muda. Memanglah tak rasa penat mana. Cukup masuk pertengahan 30-an, awak akan mula mengeluh. Masa nih belum ada anak dengan suami nak kena jaga.."


TettTTTT!


Kerja macam nak rak. Gaji takat tue je. Motif cakap macam tue? "Boss.. Gaji up boss.." hehe~

 Pause kat situ kejap. Dengan sempoi sengih-sengih kerang aku menjawab,

             "Ala.. Muda lagi la bu.. Nak cari duit dulu. Kendian-  kendianlah.."

    "Ibu dengan ayah dah penat nak fikir fasal kamu. Kamu tue perempuan. Memanglah kamu cakap tak ada apa-apa. Tapi selagi belum serahkan pada orang lain, ibu dengan ayah akan risau sampai bila-bila. Kamu tue jauh dari ibu ayah. Keselamatan kamu. Kesihatan kamu tue.Ibu dengan ayah tak boleh kongkong kamu macam masa kamu kecil-kecil dulu.Ibu kesian kat ayah sebab hari-hari fikir fasal keadaan kamu kat sini. Kalau ada yang jaga kan senang.."

Okey. Tiba kat situ, aku malas nak argue. Sabarlah duhai ibu. Pedih hati ini masih bersisa. Sampai masanya adalah nanti kan.. Kan dah janji tunggu sampai umur Imah 28? hehehehe~

Okey.. Okey.. Sambung cerita lain please..


Luckily ada part time job. Jadi cikgu tuition kat Saujana Gemilang.. Silalah datang ye di Setiawangsa, dekat Wisma Hamzlah.. Ala.. Kat belakang Giant setiawangsa je. Satu lagi dekat Sri Gombak. Dia buh bunting gabak besar kat bangunan tue. Dari pagi mengadap orang dewasa dengan budak-budak baya Syahmi baru nak membesar, bila malam mengadap budak-budak yang baru mummayiz. Okeylah tue. Hilang kejap stress bila mengajar kanak-kanak nih. Teringat masa kecil. Stress habis ibu dok mengajar anakmu yang satu nih membaca, mengira, mengeja. Tiba masa sendiri kena ajar anak orang, geram pun ada, hehehe~

Saje letak. Sebab aku geram dengan baby girl nih.. Alahai.. T__T

Tiba rumah dah pukul 11. So, tak dapatlah nak merayap-rayap macam dulu. Penat okey. Tapi duduk kat sini duit kita takkan cukup. Tengah cari alternatif lain. Nak cari duit lagi, hurmmm.. Macam mana ek..? Nak buat apa ek..?? Duit.. Oh duit..

Thursday, January 5, 2012

Masam manis 2011.

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baharu. Ah! Cepat masa berjalan. Macam-macam hal terjadi tahun lepas. Ada manis, masam, pahit, kelat, manis. Tapi bab menangis, kekal sampai sekarang. bak kata anis,

                                         "Kak Imah, awak nih keras.. Tapi lembut.."

Macam manalah.. Bab lain aku kurang kisah. Kena marah macam mana pun dengan Mrs. Rajeswari dulu (dia nih bos aku masa kat Sri KDU, Kota Damansara), aku masih boleh relaks lagi. Tapi kalau libatkan emosi, failed!Kurus aku kalau sepanjang masa jiwa kacau. Dah nak masuk 25 tahun umur nih. Hamboi. Takutlah..

Orang yang dahulu disayang-sayang.. Tak tahu apa kesudahannya. Nak kata masih sayang kat kita, macam dah tak. Nak kata dah tak sayang kat kita pun macam dah tak. Mana satu nih. Sila jawab.. Sila jawab.. Orang yang dulu dibuang-buang, tiba-tiba datang munculkan diri. Musuh yang tak dicari, tiba-tiba offer diri jadi musuh. Niat baik disangkal. Ayat elok dimanipulasikan. Keadaan keruh sengaja diambil kesempatan. Discussion yang diharapkan, kau nak jadikan medan gaduh.. Kenapa? Nak tunjuk siapa jaguh? Tak malu ke anak-anak tengok?


                 "Oh.. Mama buat macam nih dengan uncle.. Kita boleh ikut nih.."

 Tak apalah.. Dengan sempoi cuba menenangkan hati yang rawan.. Maka terdetiklah ayat Boboboy.

                    "Aku faham mentaliti orang tak ada pelajaran macam kau. I am well educated."

Opss..Panas punggung? Make up 3 inci dah cair? Pasang aircond kat office kau tue dengan the lowest temperature. By the way puan, minta maaflah kalau rasa post kali nih buat puan rasa macam nak maki berbakul-bakul. Ini blog saya, bukan wall orang lain ye. Saya tak suka post apa-apa yang mengarut kat wall orang. Rasa tak bertamadunlah buat macam tue. Ops!

Tiada kaitan. Ikhsan Google Images...

Kalau remove make up tue, muka kita sama tak?? hahahahaha!

Wednesday, January 4, 2012