Tuesday, September 13, 2011

Terima kasih duhai MANUSIA.

Terima kasih. Kerana menjadikan aku lebih kuat dari dulu. Lebih tabah dari dulu. Lebih hebat dari dulu. Biarpun aku tersungkur menyembah bumi untuk 2 bulan, tak bermakna kau berjaya menjatuhkan aku lama-lama. Kau belum rasa bagaimana berjuang untuk hidup. Kau belum rasa bagaimana rasanya bila nyawa bagai sudah boleh diagak bila bakal direnggut. Belum tiba lagi waktu pembalasan buat kau. Tunggulah.. Anak-anak kau bakal mengulang sejarah. Anak-anak dia bakal mengulang sejarah. adik dan kakak perempuan kau bakal mengulang sejarah. Silap hari bulan lebih dahsyat.Terimalah bahananya jika itu yang kau pinta MANUSIA!
Sumber gambar: google.

Saturday, September 3, 2011

Apa aku akan buat jika tidak berkahwin?

Wah tajuk. Tak tahan, hhahaha~ Macam biasa. Aku hanya wanita biasa yang punya impian untuk membina mahligai bersama insan tersayang. TAPI..Apa aku akan buat kalau aku tak berkahwin? samada dengan pilihan keluarga ATAU pilihan sendiri?

Aku nak ke sini. Kerjakan haji lebih awal. Rezeki lebih, nak bawak ibu ayah. Banyak dosa-dosa aku yang.. entah.. Semua salah sendiri. Bukan salah orang lain.


Aku nak ke sini. Library of Congress kat washington D.C.. Wah! Best kan library neh.

Beli kereta dan rumah besar. Bawak ibu ayah tinggal sekali. Tak payah suah-susah lagi sebab kalau Imah tak kahwin, imah akan jaga ibu ayah. Lepaskan adik-adik untuk bahagia dengan pasangan masing-masing. Nanti Imah hire bibik ibu ye.. Nanti ibu dah tak payah kemas rumah. Ayah boleh teruskan aktiviti memancing dengan berkebun dia. Ibu.. Ermmmmm.. Ibu pernah sebut nak melancong kan? Nanti kita melancong sama-sama eh. Doakanlah Imah sukses dalam kerjaya. Dapat kerja best-best. Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar. Badan besar. hahahahahaha~ Kalaupun jodoh Imah bukan di muka bumi ini. Mungkin Imah ditakdirkan untuk bersama ibu ayah sampai akhir nyawa. Kita pasang rumah dengan aircond. nanti tak perlu panas-panas lagi. Jika seseorang itu betul-betul mahukan Imah, dia akan sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Imah, bukan menyerah kalah sebelum bertanding. Bukan melatah cepat sangat birpun hanya dicuit sedikit. Kan ibu?


cc: Hati