Tuesday, June 21, 2011

Question about Nai'mah

Apa yang ditulis, melambang siapa empunya blog itu sendiri. Kadang-kadang, tulis semua hal tanpa ada satu pun yang aku selindungkan dari kalian, tapi kadang-kadang medium yang satu ini tak boleh digunakan secara optimum atas sebab-sebab menjaga hati pihak-pihak lain.

Kenapa tak guna diari je kalau nak lepaskan perasaan?
Sebab.. Dari kecil lagi, kalau aku buat diari je, parents aku mesti cakap aku melawan dalam diam. Aku anak sulung. Yang dah diajar dari kecil supaya patuh tanpa satu pun perkataan TIDAK yang boleh keluar dari mulut. Sehinggalah hari ini. Ada masa sebagai anak, kau nak sangat berkata TIDAK. Tapi, perkataan yang hanya ada dua kosa kata tue pun kau tak mampu nak luahkan. Kalau luah pun, umpama tak payah cakap, tiada kesan. Kesan tiada penggunaan TIDAK dalam hidup aku, biasanya aku biarkan je apa yang orang nak buat pada aku. Lepas tue, aku menagis sorang-sorang, ahahahaha~ Suke bebenor dibuatnya.

Eh.. Kau takkan tak ada kawan baik Nai'mah..
Ya.. aku Ada kawan baik. Tapi, bukan semua hal kau boleh share dengan kawan baik kau, lebih-lebih lagi hal ehwal yang tak berapa nak molek didengar walaupun kawan baik sendiri. Kalau kawan baik sendiri pun macam tak dan je aku nak cerita semua, apatah lagi parents sendiri. Makin bertambah usia aku, rasanya makin senang kalau aku simpan semua sendiri daripada lepas bagitahu at last aku yang rasa macam nak gila.. Jarak lantai kat ground floor sekolah aku dari 3rd floor library neh pun aku rasa dekat je. Budget lantai kat ground floor tue empuk kalau aku buat terjunan gaya bebas dari atas, kan?

Tak baik tau kau cakap macam tue. Adik-beradik?
Just the same. Since diaorang pun takut nak tegur aku.. ( Aku kan garang tahan maha dewa punya..) So, tak payah lah bagitahu diaorang. Diaorang pun tak rasa sakit hati dengar tiap butir ayat yang keluar dari mulut aku, aku pun tak rasa panas hati telinga macam nak bernanah dengar apa yang diaorang cakap.

Apa yang kau merepek neh Nai'mah. Cerita jelah kata ayah ibu kau, sementelahan mereka masih hidup..
Tak kowt. Hanya suku sahaja yang diaorang tahu pasal aku. semenjak aku sambung belajar, keluar dari Muar.. Contoh la.. Siapa budak perempuan yang cakap dah tak ada dara tue.. Datin ke hape entah nama dia. Kalau hal macam tue terjadi pada anak sulung, harapan kelaurga yang dah diberi didikan agama sejak kecil, dilatih ayah jadi qariah sampai peringkat negeri satu masa dahulu.. Agak-agak, apa agaknya respon ayah ibu? Apa agaknya tindakan yang diaorang akan ambil pada aku? Tue contoh la ye.. Tak semua hal aku bagitahu.. Sekadar yang boleh sahaja..

Tak takut ke orang nilai kau macam-macam bila baca content dalam blog kau neh?
Bentuk penulisan menunjukkan siapa aku yang sebenarnya. Biarlah.. Biar awal-awal orang tahu siapa aku. Daripada kemudian kauorang mennyesal kemudian hari, jangan salahkan aku. Kalau aku cakap aku neh pendendam, sesungguhnya aku pendendam. Pasal sakit, pasal kahak hijau, pasal ICU.. Kenapa? Sakit teruk-teruk tak layak rasa marah ke? Pemendam ke? Pendendam ke? Semua betul. Aku tak nak sesiapa rasa kesal kenal dengan orang yang ada bertimbun-timbun masalah dalam hidup dia. Errr.. Aku mention kahak hijau ke..?? Kau carilah la post tue sendiri. Tapi kalau agak-agak kau jenis penggeli, hentikanlah niat tue. Buat tekak kau loya-loya je nanti, hahahaha~

Beb.. Kau tue perempuan.. One day kau akan kahwin jugak. Tak takut ke kalau dia baca semua neh?
Jodoh, pertemuan, ajal maut kat tangan tuhan. Mungkin aku takkan dapat apa yang aku nak sekarang, kalau dapat tue memang syukur lah sangat-sangat. Kalau nak, dia takkan tengok segala kelemahan aku neh sebagai halangan. Siapa pun aku pada masa lampau dia akan terima. Tapi kalau dia tak dapat terima, sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk mengundur diri. Aku takkan paksa orang untuk terima aku. Memang aku ada banyak kelemahan, nak buat macam mana. Kenyataan tue aku dah terima dari aku kecil lagi. Hakikat beb, hahaha~ Satu sen pun aku tak menyimpan untuk kahwin. Macam mana nak kahwin?

By the way.. aku tak pasti apa yang aku aim sebelum umur 35 akan terlaksana atau tak, memandangkan hidup aku yang dah mula kucar-kacir sekarang. Lantaklah.. Tapi, aku akan pastikan, aku akan dapatkan satu aset tahun depan. Sekurang-kurangnya SATU. And this time, aku dah tak peduli. Aku tak susahkan sesiapa kat sini dan aku gunakan duit sendiri. Aku akan pulangkan mana-mana yang bukan hak aku.

Friday, June 17, 2011

Breakdown


Sometimes, I feels like i want to scream out loud and stay alone. Just let every miserable thing come out freely. The trembling is still inside me. I just feel how useless I am when I can't say what I want to say, can't react the way I should react, can't make a decision since the decision was made and I only need to follow it even it is really hurt me. I keep telling myself, "its ok.. Its shows how much they love you.. " I don't mind about what are you thinking about since this is my blog. So, this is my right to say what I want to say!

I am 24 years old woman but I still don't have any right to decide about my future. Its shameful Nai'mah. Its awful. My life is totally upside down now and I don't think that I can stand with it anymore. I just can't stand with it ANYMORE!

Thursday, June 2, 2011

SUKA, SAYANG, CINTA

"SUKA"
Adalah saat dia menangis
Kamu akan berkata,
"Sudahlah, jangan menangis."

"SAYANG"
Adalah saat dia menangis dan kamu akan mengis bersamanya

"CINTA"
Adalah saat dia menangis dan kamu membiarkannya mengis dipelukanmu sambil berbisik,
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

T.T