Tuesday, May 10, 2011

Tips perkahwinan? Galaknya aku..

Hahahaha~ topik pasal kahwin lagi. Siap ada member tanya. Kau neh dah nak kahwin sangat ke..?? Haish.. Nak.. Kau bagi aku duit, boleh..?? Bagi aku rumah siap dengan kenderaan. Nanti aku carilah pasangan hidup, hehehe~ Tak salah kan kalau aku nak cerita pasal kahwin lagi? Ada sesiapa marah ke? Dulu pun masa sekolah agama (to those yang kat Johor.. Negeri lain aku tak tahu..) Kitaorang belajar Munakahat kowt. Tanyalah sesiapa yang tinggal kat Johor.. Boleh confirm lah.. 98% daripada diaorang mesti dapat A1 untuk subject Munakahat. Subject yang akan memastikan budak0budak lelaki takkan blah pergi tempat lain, compare to other subject.. (Termasuk la aku zaman tue, hehe~) Bebel panjang beb. Bacalah sendiri. Aku dapat dekat facebook (masa sekodeng page orang lain guna akaun orang lain, oppssss!) . Daripada Ustaz Azhar Idrus.



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





Jangan datang bila senang, pergi bila derita.

2 comments:

  1. Hi naimah.
    Sangat kebetulan, tengah blogwalking. terjumpa blog ko! ;)
    Bertemu kite di alam maya! ;)

    ReplyDelete
  2. wah..siap dah ada tips2 ye..ahakss..

    ReplyDelete