Monday, April 25, 2011

Buat ayah, ibu, Hanis, Fasehah, dan Syahmi.

Bila masanya aku sedar, sesungguhnya pengorbanan mereka pada diri ini tiada nilainya. Tiada banding dengan wang ringgit. Masa, tenaga, air mata, keluh kesah. Kalau aku di tempat beliau juga, pasti tindakan dan kata-kata yang sama juga akan kuluahkan kepada anak-anak. Aku tahu, pembaca blog ini bukan sahaja dalam kalangan rakan. Sementelahan pasti adik-adik di rumah ada memaklumkan pada mereka apa yang aku coretkan sepanjang masa. Blog adalah tempat aku menginterprestasikan apa yang terbuku dan bersarang dalam hati walau aku tahu ada masa luahan yang dibuat bakal menyinggung banyak pihak. Tapi tahukah kalian, si peluah ini juga ada masa terpaksa bersifat hipokrit semata-mata untuk menjaga hati sendiri dan hati orang lain? Ada rahsia yang hanya akan menjadi rahsia sampai aku mati. Andai rahsia paling besar dalam hidup ini terungkai, kesudahan yang bakal terjadi hanya kemusnahan dalam hidup orang-orang yang aku sayang, sepanjang umur ini. Aku akan pastikan rahsia itu terkubur bersama aku sampai mati.Untuk memusnahkan hati-hati ini? Tidak! Sebab, telahan kau adalah salah!




Tindakan susulan yang bakal diambil juga bakal menghancurkan sebilangan hati-hati yang aku sayang. Tapi percayalah.Kesan jangka panjang telah aku fikirkan tapi tetap.. Penyelesaian yang aku ambil ini adalah penyelesaian yang paling baik yang dapat aku fikirkan buat masa sekarang. Sebagai anak, aku tahu restu kedua ibu bapa sangat penting dan jangan dikhuatiri dalam apa keadaan sekalipun, tidak akan sekali-kali akan aku palingkan diri ini dai insan yang menghidupkan aku di bumi ALLAH ini sehingga sekarang. Keputusan yang aku ambil juga bukan untuk kepentingan diri.Kerjaya, pelajaran , dan hal peribadi. Malangnya, baru kini kurasakan, aku bukanlah iron woman yang mampu menggalas tiga beban serentak. Hanya kekuatan, tawakal, dan redha kunci yang aku ada sekarang. Kunci lain telah aku musnahkan sekelip mata. Anak yang tak kenal dek untung ini tetap akan cuba merubah corak hidup keluarganya seperti yang telah dijanjikan sejak dulu. Doakan Imah ye ibu, ayah. Buat adik-adik, Kak Imah sangat-sangat sayang kalian. Tiada apa dalam dunia ini yang mampu gantikan kalian sampai bila-bila. Kak Imah tahu, Kak Imah bukan kakak contoh yang baik, tapi tak lebih dari yang tak sudah-sudah membebankan orang sekeliling sampai sekarang. Luv you all.. =))


Sesungguhnya hanya kalian cinta hati saya.

No comments:

Post a Comment