Sunday, April 10, 2011

AKU.. KAU.. dan KAMU (buat kamu yang aku sayang)

Aku. Kalau tanya mana-mana manusia yang kenal aku. Ayat standard diaorang akan describe ialah kuat gelak, banyak cakap. Aku boleh bercerita sampai pukul 4 pagi tanpa henti. Aku mudah excited. Aku suka share apa yang aku buat dengan semua orang,tak kiralah kawan atau lawan di Facebook. Tapi sekarang, aku dah deactivate Facebook account gara-gara hampir menghilangkan kepercayaan orang disekeliling pada diri aku. Sebab? Aku terlalu kerap bercerita, sampai apa yang aku baru nak buat dalam satu hari, apa yang aku rasa dalam satu minggu, apa yang aku masak lauk tengahari pun aku akan tulis tanpa was-was. Apatah lagi kalau sekadar aku tak suka pada KAU.. KAU.. DAN KAU.. Itu hanya perkara remeh bagi aku. 


Aku. Aku jenis perempuan yang mudah akur dengan sesuatu tanpa banyak soal. Apa yang orang suruh buat, itu yang aku buat. Aku. Jenis perempuan yang hanya dapat menangkap arahan pertama atau nasihat pertama tanpa berfikir panjang baik atau buruk perkara itu. Kadang-kadang sedih jugak. Bila sifat terlalu akur  orang salah gunakan aku sewenang-wenangnya. Aku ada hati. Aku ad perasaan. Hentikan itu semua sebab.. Aku dah penat menangis setiap minggu. Betapa bodoh diri ini sebab tak mampu nak bela diri sendiri. Hanya BERSERAH.. BERSERAH.. dan BERSERAH.


Aku. Sangat benci bila orang tinggikan suara. Kenapa perlu tinggikan suara sedangkan salah itu hanya salah itu. Walau aku tahu sebenarnya aku bukan sekadar memalit, tapi berguling dalam lumpur atas salah sendiri, tak bolehkah bertanya sebelum melampiaskan amarah pada aku? Hanya sebab lumpur itu dah sedia kering pada badan, maka orang dengan sewenang-wenangnya cuba tambah lumpur lagi pada aku. Sampai aku keras. Sampai aku kaku. Kau faham? Sampai.. Sampai.. Aku hanya mengikut bagai lembu dicucuk hidung. Kalau orang kata terjun bangunan, aku terjun bangunan. Ah! Mustahil kau faham. Kau bukan aku. Aku penuh emosi bila bercakap. Kau macam tu? tak.. Tak.. Kau bijak. TApi aku? Aku BODOH!


Aku. Aku sangat benci untuk bergantung pada orang lain. Serasa bagai cacat, tiada kaki tiada tangan. Bisu, lagi tuli. Aku biasa buat sendiri. Makan sendiri. Termenung sendiri. Menagis sendiri. Meraung sendiri.Bodoh kan? Bilamana sekarang. Aku adalah makhlukMu yang paling hina serasa ku. Semua bergantung. Semua terserah pada orang-orang yang aku sayang. Orang-orang yang aku dambakan penunjuk jalan. Tapi akhirnya? Aku menjadi batu beban buat mereka. Kepada KAU.. KAU.. KAU.. Aku minta maaf. Sesungguhnya aku sedar siapa aku di mata KAMU.. KAMU.. dan KAMU. Aku tahu. Betapa susahnya hati KAU dan KAMU bila aku mula bersifat pelik. Tapi, pernah tanya tak kenapa aku bersikap pelik pada KAU dan KAMU?


KAU dan KAMU. Tahukah betapa sukarnya bagi aku untuk membina kembali diri ini? Betapa peritnya aku bila KAU dan KAMU seolah terhapus kepercayaan pada AKU? Betapa teruknya aku berguling dalam selimut, mengongoi tak tentu pasal, meraung bagai gila dalam rumah yang penuh ORANG ITU dan ORANG INI? Pernah terfikirkah kau nilai air mata aku yang bagai dipaksa-paksa merembes saban hari terkenangkan KAU dan KAMU? Betapa penatnya aku. Bila KAU dan KAMU sudah tiada lagi sekelumit rasa percaya buat AKU.. Bila setiap kata-kata dariku hanya omong kosong buatmu. Bila rasa halus yang datang dalam diri AKU bagai dipandang sepi tak dipeduli oleh KAU dan KAMU. Bila pada mulanya manis madu yang disedut akhirnya bertukar sepahit hempedu  dan akhirnya.. Aku diletak ditepi tanpa siapa peduli siapa AKU. Gilakan? Air mata bukan senjata bagiku. Air mata adalah rembesan rasa sedih, kecewa, kerisauan dan gembira bagiku. JAngan fikir. Aku menggunakan air mata sebagai pedang.



4 comments:

  1. jgn nanges sorg2. nnti lg saket. cubela btau. jgn senyap2.

    ReplyDelete
  2. "ko ok? ko knp?"
    aku selalu tanyer ko soklan tu dan akan tetap bertanya begitu juga akan datang nanti...


    Sabar itu kan sebahagian dari iman... Allah sayangkan hambanya yang sabar dalam menempuh dugaan yang Dia berikan... Dia takkan bg semua ujian tu kalo dia tau ko tak mampu nak tanggung...... hanya jalan bagaimana nak mengharung tu jer yang ko harus pilih....

    semua yang terjadi ada sebabnya... jangan menyalahkan orang lain dengan apa yang diorang buat kat ko tp bersyukurlah kerana sebab dioranglah ko semakin tabah dalam menghadapi semua ni... jgn biar kan kritikan atau hinaan menjadi batu penghalang tp jadikan ia sebagai batu loncatan tuk kau jd yang lebih baik.......

    Menangis lah kawan... tp cukup lah sekali tuk setiap kesakitan yang kau rasakan...

    Kau masih ada aku... =D

    *hug u tight*

    ReplyDelete
  3. anonymous: cmner nk gtaw sapew yg ckp neh pn xknl..?? heho~
    saf: u r the only person who know more bout my bad side than others saf. klw ko ad kat cnie, da lame ak ajak ko g BB, ahahahaha~

    ReplyDelete