Monday, March 21, 2011

Impian, harapan, dan cita-cita.

Tajuk.. Pergh! Alahai.. Pada usia sekarang, dengan pantas kita akan meningkah betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Usia makin meningkat, segala-galanya berubah dengan sekelip mata.

        Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah
    untuk  wanita yang keji (juga),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan  lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (An-Nur: 26)

Tersentuh kejap baca yang atas neh kat dalam salah satu artikel. Aku yang mana satu? Ngeri rasanya. Kadang-kadang tue, bila kita bercakap tentang orang lain, akhirnya perkara buruk tue yang kita buat.Lagi kita elak, lagi akan datang pada kita.And fr me.. No turning back. Move forward. take the risk. And.. Face the reality Nai'mah. You have no choice regarding this matter.


Impian.. Hurmmmm.. Macam ak pernah post dulu. Nak pergi buat haji sebelum usia 35. nak settle kan Master sebelum 30 (Alhamdulillah.. on going..).. Nak ada harta sendiri (atas nama sendiri oke..) sebelum 35. Harta sendiri tue macam kereta dan rumah. tanah pun aku nak, hehehehe. Paling penting.. Berkahwin dengan seseorang yang ada ilmu agamanya. Kalau tak cukup, ada inisiatif untuk tambah ilmu agama. Ada inisiatif oke? Because. I need him to show me the way.. Aku bukan pandai sangat. Lagipun sebagai lelaki bukan mesti ada ke kriteria neh. Boleh jadi imam, bacaan lancar. Aku bukan nak lelaki yang sepanjang masa bercelak hitam berserban putih. Nak pimpin keluarga oke. Dan.. Walau kurang sana-sini. Dia bukanlah orang yang akan memisahkan aku dengan keluarga sebab tanpa keluarga, aku bukan aku yang hidup sampai sekarang. Fahamilah..Belajar.. Belajar.. Belajar.. Btw. Hati-hati ye. Aku mata duitan, hahahahahahaha~ Kalau ada anak-anak nanti (sendiri atau instant).. Aku jdi tegas sikit kowt. Tak nak diaorang jadi macam aku, terutama bab pergaulan. Maaf bakal suami. Mungkin awak ada cara awak sendiri. tapi saya tak nak diaorang jadi macam saya.



Harapan. Harapan hati setinggi gunung. Biar kegembiraan sentiasa bersama aku. Tiada lagi awan mendung yang at last akan buat aku menangis lagi dengan penuh kekesalan, tiada penyudah, menyumpah diri sendiri tak habis-habis. Nak jaga hati semua pihak sampai diri sendiri jadi macam hantu.. Sayang kat semua pihak sampai dah tak tahu apa lagi nak buat. Kalau tak nak kahwin boleh tak? Rasa macam susah je kahwin tue, hehe~  Yelah.. Ingat senang ke.. Aku yang sulung. Pemegang status harapan keluarga but at the same time aku adalah inidividu yang bertanggungjawab mencalit lumpur ke muka ibu dengan ayah dalam banyak hal. Daripada zaman sekolah dengan result yang macam tahi. Padahal ibu ayah bagi pendidikan sama rata dengan anak-anak but adik-adik selalu cakap ayah selalu lebihkan aku.. Ibu selalu lebihkan aku but still.. Aku rasa.. Aku adalah anak yang tak tahu dek untung sampai sekarang. Anak bertuah kan? 



Cita-cita. Semoga semua yang diimpikan akan jadi kenyataan. Semoga restu ibu ayah sentiasa bersamaku walaupun anakmu ini adalah anak yang paling bertuah dalam dunia. Semoga tiada siapa yang tahu rahsia paling besar dalam hidup neh walaupun dalam dada neh dah macam nak meletup menyimpan. Semoga aku tak menyusahkan orang lain. Semoga aku tidak lagi memalukan ibu ayah. Semoga pilihan dan jalan yang aku pilih adalah yang terbaik. Semoga ibu dan ayah sihat sehingga aku mampu membuktikan anak bertuah ini memang sebenar-benarnya seorang anak yang bertuah yang akhirnya membawa senyuman ke wajah mereka. Semoga.. Air mata malam ini adalah air mata yang terakhir yng dititiskan kerana kekesalan. Semoga.. Keterlanjuran yang berlaku selama ini adalah yang terakhir dalam hidup. Semoga.. ALLAH mengampunkan dosa-dosa lampauku. Semoga.. Sesiapa sahaja yang bakal menjadi bakal suamiku dapat menerima aku seadanya biarpun aku bukan seperti gadis lain. Kegembiraan hanya palsu. Penyenang hati orang lain. Pelara hati sendiri. Sekian.

5 comments:

  1. Ape ni sedih2, imah berjaya ape, sbb 2 dapt genggam ijazah, smbg master lg gtu... kdg2 idup pom ade yg kene pentingkan dr jgk...jnji yg tak melampau, baru blh brjayakan...g.luck k...

    ReplyDelete
  2. byk lg blom achieve neh kak.. aiyak! 2 la. budak nakal la kate kn kn.. hehehe~ kejap je tacing ny..

    ReplyDelete
  3. yg penting pandang ke depan, yg lepas tu jadikan pengajaran...lagi satu, pernikahan tu saling melengkapkan =) moga imah dapat 'the other half' yg terbaik & bahagia ke akhir hayat, InsyaAllah...k.nina tunggu 'kad' imah ye ;)

    ReplyDelete
  4. go mawar kembang melati~ go go go~~

    ReplyDelete
  5. kak nina: thanks kak.. tahniah ye.. 4 ur new born bby girl 2, hehehe~
    mal: xie xie ni pengyou, hehehe~

    ReplyDelete