Wednesday, March 30, 2011

Durians

hahahahahahahahahahahaha~ DURIANS ARE NOT ALLOWED!!! the stinky smell of durians make the mat salleh made this signboard.. Btw. stinky eh..? Ntah. But it taste really good.


I don't know where this apek sell his durians. But damn! Its make my mouth watering gile2 punye. Sooo long.. Dapat seulas pun jadila. I saw few durians stall along the way to Kota Damansara, nearby the Shah Alam- Sg. Buloh traffic light. 2 for RM10.00? Ermmm.. Oke2.. Errrrr.. Treat me durians please... I want to make serawa and pulut durian and bubur kacang hijau plus durian.. =pppp


Owhh.. YummmmY! Dah tah tahan neh. Cepatlah Sabtu..


Wiwit! Durian ye..

Sunday, March 27, 2011

The islands..?




I want to go here.

Langkawi Island


I also want to go here..


Cherating..


And here..?????


Pangkor Island..


Hehehehe~ I put this as my DREAM.. Kene cari duit banyak-banyak neh.. =p

Drive safely. oke..?

Monday, March 21, 2011

Impian, harapan, dan cita-cita.

Tajuk.. Pergh! Alahai.. Pada usia sekarang, dengan pantas kita akan meningkah betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Usia makin meningkat, segala-galanya berubah dengan sekelip mata.

        Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah
    untuk  wanita yang keji (juga),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan  lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (An-Nur: 26)

Tersentuh kejap baca yang atas neh kat dalam salah satu artikel. Aku yang mana satu? Ngeri rasanya. Kadang-kadang tue, bila kita bercakap tentang orang lain, akhirnya perkara buruk tue yang kita buat.Lagi kita elak, lagi akan datang pada kita.And fr me.. No turning back. Move forward. take the risk. And.. Face the reality Nai'mah. You have no choice regarding this matter.


Impian.. Hurmmmm.. Macam ak pernah post dulu. Nak pergi buat haji sebelum usia 35. nak settle kan Master sebelum 30 (Alhamdulillah.. on going..).. Nak ada harta sendiri (atas nama sendiri oke..) sebelum 35. Harta sendiri tue macam kereta dan rumah. tanah pun aku nak, hehehehe. Paling penting.. Berkahwin dengan seseorang yang ada ilmu agamanya. Kalau tak cukup, ada inisiatif untuk tambah ilmu agama. Ada inisiatif oke? Because. I need him to show me the way.. Aku bukan pandai sangat. Lagipun sebagai lelaki bukan mesti ada ke kriteria neh. Boleh jadi imam, bacaan lancar. Aku bukan nak lelaki yang sepanjang masa bercelak hitam berserban putih. Nak pimpin keluarga oke. Dan.. Walau kurang sana-sini. Dia bukanlah orang yang akan memisahkan aku dengan keluarga sebab tanpa keluarga, aku bukan aku yang hidup sampai sekarang. Fahamilah..Belajar.. Belajar.. Belajar.. Btw. Hati-hati ye. Aku mata duitan, hahahahahahaha~ Kalau ada anak-anak nanti (sendiri atau instant).. Aku jdi tegas sikit kowt. Tak nak diaorang jadi macam aku, terutama bab pergaulan. Maaf bakal suami. Mungkin awak ada cara awak sendiri. tapi saya tak nak diaorang jadi macam saya.



Harapan. Harapan hati setinggi gunung. Biar kegembiraan sentiasa bersama aku. Tiada lagi awan mendung yang at last akan buat aku menangis lagi dengan penuh kekesalan, tiada penyudah, menyumpah diri sendiri tak habis-habis. Nak jaga hati semua pihak sampai diri sendiri jadi macam hantu.. Sayang kat semua pihak sampai dah tak tahu apa lagi nak buat. Kalau tak nak kahwin boleh tak? Rasa macam susah je kahwin tue, hehe~  Yelah.. Ingat senang ke.. Aku yang sulung. Pemegang status harapan keluarga but at the same time aku adalah inidividu yang bertanggungjawab mencalit lumpur ke muka ibu dengan ayah dalam banyak hal. Daripada zaman sekolah dengan result yang macam tahi. Padahal ibu ayah bagi pendidikan sama rata dengan anak-anak but adik-adik selalu cakap ayah selalu lebihkan aku.. Ibu selalu lebihkan aku but still.. Aku rasa.. Aku adalah anak yang tak tahu dek untung sampai sekarang. Anak bertuah kan? 



Cita-cita. Semoga semua yang diimpikan akan jadi kenyataan. Semoga restu ibu ayah sentiasa bersamaku walaupun anakmu ini adalah anak yang paling bertuah dalam dunia. Semoga tiada siapa yang tahu rahsia paling besar dalam hidup neh walaupun dalam dada neh dah macam nak meletup menyimpan. Semoga aku tak menyusahkan orang lain. Semoga aku tidak lagi memalukan ibu ayah. Semoga pilihan dan jalan yang aku pilih adalah yang terbaik. Semoga ibu dan ayah sihat sehingga aku mampu membuktikan anak bertuah ini memang sebenar-benarnya seorang anak yang bertuah yang akhirnya membawa senyuman ke wajah mereka. Semoga.. Air mata malam ini adalah air mata yang terakhir yng dititiskan kerana kekesalan. Semoga.. Keterlanjuran yang berlaku selama ini adalah yang terakhir dalam hidup. Semoga.. ALLAH mengampunkan dosa-dosa lampauku. Semoga.. Sesiapa sahaja yang bakal menjadi bakal suamiku dapat menerima aku seadanya biarpun aku bukan seperti gadis lain. Kegembiraan hanya palsu. Penyenang hati orang lain. Pelara hati sendiri. Sekian.

Sunday, March 6, 2011

Think positive. Should i?

Perjalanan hidup manusia neh memang unik kan? semakin jauh kita cuba tinggalkan apa yang kita cuba jauhi, semakin hampir, semakin rapat benda tue datang pada kita.Walau pelbagai tindakan dah diambil untuk prevent atau avoid, at last.. Datang balik pada kita no matter what.

    " Itulah dugaan namanya. Jangan disimpan, jangan dipendam. Luahkan pada seseorang yang awak rasa boleh awak percaya. Please think positive. Tindakan dia tue betul. Kalau tak, sampai bila-bila pun pihak yang berkaitan tak tahu apa yang awak rasa selama neh. Dia bukan bertindak sebagai on behalf of you, tapi lebih kepada tindakan seseorang yang mengambil berat diri awak."

tegur seorang teman petang tadi. Argh! Kenapa teman ini juga tidak sependapat dengan aku? Oke.. Oke.. Berfikiran positif. Aku sedang cuba berfikiran positif dalam segala hal. Tapi rasanya kali ini, cukuplah aku mempercayai seseorang dengan sepenuh hati. Tidak selepas ini. Tak kira siapa pun engkau. Kalau terpaksa korbankan diri sendiri pun tak apalah. Siapalah aku kan? Cuma patung bernyawa yang damn! tiada perasaan! Welcome back old Nai'mah. Its very hard to terminate my old, and now, easily its come back. well.. Welcome. Aku bukan manusia yang ungrateful ke.. Tak sedar diri ke.. aku sedar diri. Tapi bila kenyataan tue jadi terlalu pahit, susah buat aku bila melibatkan orang sekeliling. Apa yang paling sadis, aku tak tahu apa yang terjadi pada aku, siapa aku sekarang neh, dan apa yang aku nak sebab mereka lebih tahu siapa aku, apa yang aku nak dan siapa aku yang sebenarnya. Terima kasih diatas peluang memenuhi kuota sebagai programmer dan planner. Paling best sekarang.. Satu apa kerja pun dah tak dapat nak jalan. Owh.. Hebat lah kauorang. Terima kasih sekali lagi.Apa nak jadi pun, jadilah lepas neh.