Wednesday, February 9, 2011

Isu tab00: selaput dara

Opss.. Tengok.. Tengok.. Tengok.. Laju je click link tue ye.. Amboi.. Amboi.. Amboi.. Fikir lain ke? Harap maaf. Jangan la sengeh macam tue.. Buruk rupa tau, hahahaha~Hari neh kita akan bualkan isu anatomi manusia; perempuan. Kenapa topik neh aku pilih? Sebab.. Aku perempuan. Aku nak tahu sejauh mana kebenarannya berkaitan isu selaput dara neh. janganlah marah.. Isu sensitif? Sampai bila kita nak elakkan diri dari bualkan isu neh? Aku bukan sebut sesuatu yang boleh dianggap kelucahan melampau. Ini hanyalah ilmu yang wajar dikongsi bersama. Kepada bakal suami, mahupun kepada wanita sendiri. Pemahaman yang ada dalam kepala otak aku selama neh tak semuanya betul rupanya. Dan bagi kaum lelaki, sebenarnya anda sendiri tak berapa mengenali anatomi manusia pun. Mengakulah.. Isu taboo yang rasanya seperti harus wajib kowt menjadi suatu kemestian kepada bakal suami( Yeke..? Apa kes pulak kalau lelaki tue sendiri antara orang yang jadi penyebab kehilangan hymen neh?) Information yang aku dapat dari orang lain pun bercampur baur. So, mana aku dapat info lagi? Ermmm.. Kata belajar how to manage information.. lalalalala~ Aku dok bukak archive dalam paper, internet tue dah jadi wajib lah kan.. Last-last, aku jumpa la.. Tapi, aku selitkan sumber neh jelah ye. Malas dah nak selitkan yang lain. Ada yang guna istilah perubatan yang last-last aku pun susah nak faham. sumber neh dalam bahasa Indonesia, but still.. Bukan susah nak faham pun. Pandai bukak blog neh maksudnya pandai bacalah kan?

Nah link nye... hymen Oke.. Yang neh sumber dalam Bahasa Melayu. halaqah.net


Fikir ikut kewajaran. Jangan dengan mudah menilai seorang perempuan hanya kerana ini.

2 comments: