Sunday, January 23, 2011

Jalan hidup yang mendatar?

  " Akak bersembang dengan kawan akak semalam. Rasa hidup akak neh mendatar je. Tak ada apa yang perlu   dibanggakan. Daripada diploma, sambung degree, sekarang dah nak habis master. Sama.. Sampai satu tahap, akak dah tak rasa apa-apa pun sekarang. Belajar non stop.."


Tue antara perbualan aku dengan housemate aku tadi. Banyak yang kami bualkan tadi. Housemate yang lain dah hilang entah ke mana. apa yang dibualkan? Macam-macam isu. daripada perjalanan hidup, latar belakang keluarga, pelajaran, sampailah jodoh. Usia yang semakin hampir ke angka 30 menyebabkan kakak neh sangat risau. Aku pun dah ikut sama risau, hehehe.. Yelah.. Siapalah aku neh kan.. Usia sekarang sepatutnya aku dah boleh berbangga bagi duit tiap bulan pada ibu dengan ayah tapi sekarang, haiz... Macam tak ada perubahan. Even dah kerja pun, rasanya macam tak cukup je. Nak kata boros, apa je yang aku beli. Sampai member sendiri pun dah dok complain aku tak ada beli apa-apa untuk diri sendiri. Tak apalah. Apa yang mampu aku buat sekarang, cari pengalaman sebanyak yang aku mampu, belajar habis kuat, dan tak boleh main-main macam dulu lagi.


Sikit sebanyak ada jugaklah aku cerita pasal diri sendiri. Tukar-tukar cerita, hehe. Tapi, pandangan yang diberi tak jauh berbeza dari apa yang lain-lain beri. Hidup kita macam berjudi. Salah kecundang, betul pasti menang. Macam mana nak tahu apa yang kita caturkan dalam hidup sendiri tue adalah yang terbaik? Pejam celik pejam celik 18 hari dari sekarang usia aku akan genap 24 tahun. mak aih. Rasanya baru je semalam aku kena lempang laju-laju dengan ayah sebab tak lancar bertaranum, taram tajwid, baru semalam je aku sepak adik ketiga aku masa dia tidur sebab suka mengadu kat ibu. Betapa pantas masa berjalan. Kawan? Seorang demi seorang melangkah ke gerbang perkahwinan, membina kerjaya, membina kehidupan sendiri. Aku pula  masih di sini. Masih Nai'mah yang dulu.Status pelajar masih digenggam, status pekerja baru mahu digilap. Itupun hanya kontrak. ya ALLAH.. Murahkanlah rezeki ku. Permudahkan segala urusanku.


Apa yang aku rasa sekarang? Seperti ada sesuatu yang terbeban dalam hati tapi tak tahu apakah dia? Terbeban sangat rasanya. Tak tenteram. Ada masanya seolah-olah perjalanan hidup ini tidak lancar dan tidak lengkap, seolah-olah sedang mendepani sesuatu yang Maha Berat, seolah-olah aku cuba menidakkan kenyataan yang nyata pahit untuk ditelan sakit untuk diluah. Andai hanya itu pilihan alangkah mudahnya. andai semuanya dah diketahui alangkah senangnya. Entahlah. Merapu jauh malam neh.


pic from: Reuters


  "Tuhanku.. Aku hanya insan lemah di sisiMu.. Tiada upaya untuk melawan kehendakMu, tiada daya untuk menidakkan apa yang telah ditetapkan olehMu..Jika inilah ketetapan yang telah tertulis, aku terima dengan hati terbuka.."

4 comments:

  1. Setiap manusia dijadikan berpasang2an... jangan risau imah... berjalan aje ke depan, pasti ade seseorang yg sedang menunggu imah di hujung jln sana... insyallah...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah naimah..
    bersyukur dengan apa yang kita ada :)
    mungkin belum sekarang..^__^

    jgn lupe melawat kte

    http://dapurhangitsaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kak aja: sapew xrisau kak..?? haha~
    tikah: alhamdulillah.. sgt bersyukur dgn life skrg.. 2 la.. mungkin bukan sekarang.. nice blog tika..=)

    ReplyDelete
  4. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
    Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
    Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu,
    Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...
    Apa pun, K.Nina doakan yang terbaik buat Imah =)

    ReplyDelete