Saturday, January 15, 2011

Books


 
Hari tue dok ronda-ronda setiap shelve dalam library neh. Seronoknye! Memangla.. Library kanak-kanak mestilah buku pun budak-budak punya standard jugak kan..?? Before sampai kat tangan budak-budak, kakak budak neh dah gelak guling-guling dulu time buat cataloguing. Best weh buku diaorang. Lawa-lawa.. Warna-warni.. Berseri-seri. Hard cover lagi. Lepas tue, culture suka membaca kat sini yang best. Berebut nak pinjam buku, siap sorokkan buku kawan sebab dia pun nak pinjam buku yang sama, hahahaha~ Alahai.. Budak.. Budak.. Nak kata apa kan?

Tengah dok ronda-ronda.. Dok pusing-pusing.. Dok tilik-tilik.. Kauorang tahu apa lagi buku yang ada atas rak buku library neh..? Buku SALINA pun ada oke.. Semerah Kota bharu.. Apa lagi. Banyak banget. Buku yang pengolahan bahasa dia bagi aku mungkin belum sampai level untuk budak-budak neh baca. Tapi, ada kat rak. Parents budak baca kowt. Tak pun cikgu-cikgu. Tapi.. Tak jugak. Budak-budak pun aku tengok ada yang baca. Itu untuk rak buku yang semuanya Bahasa Melayu ( Actually, 1st language kat sini English.. So, rak lain semua English plus satu rak setengah Mandrin..). Rak untuk English plak rak yang tagging dia start 9++ yang aku suka, hehehehe~ Maksudnya.. Sepanjang 3 bulan aku kerja kat sini tak payah la aku beli buku lagi. Banyak kowt even juz 2 raw je untuk 9++ tag. Neh buku yang aku dah baca dalam library neh.




Jeng....



Jeng...


Jeng....



Seriously, buku neh best beb... I swear! Entah.. Buku apa yang aku baca aku rasa tak best ek..?? hahahaha~ Buku neh ceritanya pasal zaman kat China yang masa tue orang perempuan kena ada kaki bersaiz kecil. Serious kecil oke.. Baru layak untuk berkahwin dan dipandang tinggi. Cerita dia pasal seorang gadis yang masa tue berusia belum sampai 5 tahun yang nenek dia dah tunangkan dia dengan seorang lelaki dari keturunan baik-baik ( dia pun keturunan baik-baik jugak..). Budak lelaki tue beza 2 tahun dari dia. Tapi putus tunang sebab budak perempuan neh kaki dia tak kena bedung, maksud aku tak dikecilkan. Nenek dia pun tak tahu nak cakap apa dah since bapak budak perempuan tue menyokong kehendak anak perempuan dia neh. Bapak dia berfikiran sangat jauh tentang beberapa hal yang katanya ada masa perlu bergerak seiring dengan masa dan betapa kita perlu ada ilmu dan berfikiran terbuka; termasuk wanita harus ada ilmu. Nasib budak neh baik sebab dia dilahirkan pada zaman revolusi, yang mana China dah sedikit demi sedikit terima perubahan cuma biasalah.. Tiap perubahan ada sesuatu yang perlu dikorbankan, termasuk keluarga.Details..?? kau orang carilah buku neh. Malas nak review panjang-panjang, hehehehe~






Dan sekarang.. Aku tengah dok pinjam dua buku baru...









TadaAAAAAAAA~




 Aku tertarik sebab title buku neh pasal perhambaan. Mesti best kan plus.. Boleh bagi mata bukak besar sikit kowt, huhuhu~



Since aku deal dengan budak-budak, so aku tergerak hati nak baca buku neh. Macam, best. Manalah tau boleh praktikkan lepas nih, hihihihi~




Aku rasa.. Tempat aku memang kat tempat yang penuh buku kowt. Kalaulah buku-buku neh boleh dimakan, dah selamat agaknya, hahahahahahaha~ Nanti aku review lagi ye. Kalau rajin la, hehehehe~

2 comments: