Tuesday, December 28, 2010

Wiwit.. Boleh ngurat??

Hahahahahahaha! Abaikan title di atas. Sekarang aku suka dok ngurat orang. lalalalala! Siapa-siapa yang dah kena ngurat dengan aku tue, kira dah kena book la ye, hahahahaha! adeh. Maaf. Gurauan semata-mata. Tiada niat untuk merampas, oke..?? =p

Minggu neh minggu terakhir aku kat MTC. Next week, start kerja kat library Sri KDU Primary School pulak. Mula di Sri KDU, mula jugaklah kuliah pertama aku; yeah! Master.. Here I come. Ada terdengar rumous pasal tempat baru aku neh. But, hurmmmm.. Hopefully taklah seteruk tue. Kadang-kadang cerita yang sampai tue teruk sangat sedangkan realitinya taklah seburuk tue. Cara mudah. Aku berdepan sendiri dengan tempat tue. Even aku sebenarnya dah mula selesa kerja kat MTC neh tapi atas faktor jarak, masa, dan wang ringgit. Terpaksalah dilepaskan. Moga yang mendatang mampu memberikan yang terbaik buat aku.


Beberapa ketika neh ada sedikit kecelaruan emosi. Ya! Sampai aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Sensitif tahap melampau. Benci ah! Ada je benda yang boleh buat aku tersentuh, even masalah yang datang tue sebesar zarah je bagi orang lain, tapi bagi aku sebesar Gunung kat Himalaya tue ha... Dahsyat tak? Ada masa, teguran yang sebelum neh aku boleh terima dengan disambut guruan atau terima kasih, diganti dengan gumaman atau biarkan teguran tue berlalu. Or.. Biarkan je macam tue.. Sunyi. Sebab.. Aku rasa nak nangis. Sengal! Apa hal tak tahu, haiz.. Please hati.. Jangan jadi macam neh.. Jangan mudah lemah dengan hal-hal remeh. Kelak kau digelak.. Digelar tidak matang. Mahu begitu? Aku benci sikap yang satu neh. Tak berubah dari dulu. So.. Siapa-siapa nak jadikan aku suri hidup dia.. Terpaksalah terima perubahan sikap aku yang ada msa macam angin lalu. Adik aku selalu cakap..

                                                       "awak sungguh unpredictable..."

Entah.. Mana aku tahu kenapa jadi macam tue. Sebab ada masa aku suka pendam masalah ke..?? Mana aku tahu, hehehe.. Apa pun, perasaan bercampur baur neh sungguh aku tak gemar.


Oh ye.. Buku-buku yang aku beli bulan lepas semua aku dah abis baca? Ingat tak buku si Khalemi yang aku dok promote dalam post sebelum neh? Sangat sedih dan.. Wajar dibaca sebagai pengajaran. Disusuli buku bahasa melayu pasal si Wazif.. anak istimewa yang mempunyai keluarga yang sangat supportive. Willing to do anything untuk anak-anak. Cerita betul oke.. Yes! Aku suka genre yang macam tue. Adik aku cakap aku suka cerita yang berkaitan phsycology.. And the latest.. Someone gave me this book...


                                                                TadaaAAAAAAAAA!


To the person yang bagi buku neh.. Terima kasih daun keladi. Lepas neh jangan lupa bagi buku lagi, hahahahahaha! 101 pages to go.. Betapa teruknya time nak cari buku neh. Dari Shah Alam sampai ke Sunway. Pergi Sunway sebab MPH Shah Alam bagitahu ada lagi 5 copies dekat Sunway. Bila tiba Sunway tanya, dia cakap ad tinggal 2 copies. Punyalah aku dok minta abang tue tolong la cari. lepas tue boleh pulak dia cakap da habis. Dalam sistem ada dua but once pergi kat shelve dah abis, pergh! Sadis! Tue yang terbeli buku si Khalemi dengan cerita si Wazif tue. Brother tue cakap kalau nak jugak ada kat Subang Parade. Adeh! Dah kepenatan. So, tak pergilah. anggap tiada rezeki.Yang lain-lain.. Bila nak bagi aku buku neh..?? hahahahahahahaha! Zalim la bapak si Maria neh.. Wajib baca. sedih taw. Hidup dia sungguh suffer. Bapak dia lacurkan dia masa dia masih budak-budak.. Umur 11 ke 12 tahun macam tue.. Tapi sebelum tue, bapak dia dah rogol dia.. Zalim kan? Tragic lebih sikit daripada apa yang terjadi pada si Khalemi sebab yang neh bapak dia yang jadi pimp.. Persamaan? Pasal pemerdagangan manusia bagi tujuan seks; pelacuran. But at last... Nasib mereka dibela.




Syuh! Syuh! Sedih.. Pergi jauh dari aku! I want choc..

No comments:

Post a Comment