Thursday, December 30, 2010

Keluar malam selepas ini? Fikir 1000kali.

Hari neh last day di MTC. Kemenangan pasukan Malaysia disambut dengan cuti keesokan hari. Hari neh juga untuk kali pertama pergi ke JJ Maluri dengan member satu tempat kerja. Habis rehat tiba-tiba dapat call dari bonda. Sedikit tersentak.. Aku harus akui itu, plus sedikit ralat. Nak menangis pun ada tadi. Yelah.. diakui.. Tue salah aku sendiri. anak dara keluar malam-malam balik lewat pagi, siapa yang tak risau. Even arah tuju aku sama je macam zaman belajar dulu. Lepak kat mapley.. Tambah-tambah kalau malam tue ada game. Habis pukul 10 pun mahu baliknya lewat pagi jugak sebab berbual panjang sangat.Tak pun duduklah menyembang kat mana-mana. Bezanya kali neh.. Aku bukan menyewa dengan kawan-kawan satu universiti. Kalau dulu.. Ya mungkin.. Siapa nak marah. Kerisauan orang tua bila anak dara keluar malam. apa-apa sahaja bakal berlaku. kalau dulu mungkin boleh lepak dekat luar tengok bola sama-sama dengan kawan, duduk sampai pagi kat Dataran Merdeka; menyembang.. Ronda-ronda KL lepas tue tidur dekat Petronas. Itu.. dulu.. Seharusnya seiring dengan peningkatan usia aku ke aras seorang wanita, batas-batas yang perlu dijaga sebagai wanita harus aku sedar dari awal, bukan menimbulkan kerisauan orang sekeliling tentang di mana aku dinihari baru pulang? walau tiada salah apa yang aku lakukan, hanya mengulangi apa yang sudah biasa aku buat dahulu. Yelah.. dengan rendah hati aku mengaku aku bersalah dalam hal ini. Jika aku seorang ibu, mungkin lebih dahsyat tindakan yang aku kenakan pada anak-anakku tika itu. Pengajian setinggi gunung tak menjamin perlakuan sehebat pengajian. Macam aku. Mungkin.. Aku perlu menukar alternatif lain untuk melepaskan tekanan untuk mencari kawan berbual di waktu malam dengan aktiviti lain? apa sahaja yang aku merapu neh. Tapi itulah hakikatnya. Aku telah mula menimbulkan kerisauan di hati orang-orang aku sayangi malahan mungkin akan menimbulkan masalah lain di lain hari. Siapa tahu?

No comments:

Post a Comment