Thursday, December 30, 2010

Keluar malam selepas ini? Fikir 1000kali.

Hari neh last day di MTC. Kemenangan pasukan Malaysia disambut dengan cuti keesokan hari. Hari neh juga untuk kali pertama pergi ke JJ Maluri dengan member satu tempat kerja. Habis rehat tiba-tiba dapat call dari bonda. Sedikit tersentak.. Aku harus akui itu, plus sedikit ralat. Nak menangis pun ada tadi. Yelah.. diakui.. Tue salah aku sendiri. anak dara keluar malam-malam balik lewat pagi, siapa yang tak risau. Even arah tuju aku sama je macam zaman belajar dulu. Lepak kat mapley.. Tambah-tambah kalau malam tue ada game. Habis pukul 10 pun mahu baliknya lewat pagi jugak sebab berbual panjang sangat.Tak pun duduklah menyembang kat mana-mana. Bezanya kali neh.. Aku bukan menyewa dengan kawan-kawan satu universiti. Kalau dulu.. Ya mungkin.. Siapa nak marah. Kerisauan orang tua bila anak dara keluar malam. apa-apa sahaja bakal berlaku. kalau dulu mungkin boleh lepak dekat luar tengok bola sama-sama dengan kawan, duduk sampai pagi kat Dataran Merdeka; menyembang.. Ronda-ronda KL lepas tue tidur dekat Petronas. Itu.. dulu.. Seharusnya seiring dengan peningkatan usia aku ke aras seorang wanita, batas-batas yang perlu dijaga sebagai wanita harus aku sedar dari awal, bukan menimbulkan kerisauan orang sekeliling tentang di mana aku dinihari baru pulang? walau tiada salah apa yang aku lakukan, hanya mengulangi apa yang sudah biasa aku buat dahulu. Yelah.. dengan rendah hati aku mengaku aku bersalah dalam hal ini. Jika aku seorang ibu, mungkin lebih dahsyat tindakan yang aku kenakan pada anak-anakku tika itu. Pengajian setinggi gunung tak menjamin perlakuan sehebat pengajian. Macam aku. Mungkin.. Aku perlu menukar alternatif lain untuk melepaskan tekanan untuk mencari kawan berbual di waktu malam dengan aktiviti lain? apa sahaja yang aku merapu neh. Tapi itulah hakikatnya. Aku telah mula menimbulkan kerisauan di hati orang-orang aku sayangi malahan mungkin akan menimbulkan masalah lain di lain hari. Siapa tahu?

Wednesday, December 29, 2010

Asthma

Paper Utusan 28 Disember yang lepas ada membincangkan tentang asthma, dari peringkat kanak-kanak. Since aku sendiri ada asthma kronic, apa yang dibincangkan dalam Utusan kelmarin rasanya wajar dikongsi bersama. Mana boleh elak, kita elak. Tapi.. Elak jelah. sayang diri.. Sayang orang yang tersayang. Buatlah apa yang patut ye. Kalau orang tersayang kau orang ada asthma. Tapi, dalam pada masa yang sama juga, salah satu cara pencegahannya adalah meninggalkan apa-apa yang bakal mencetuskan asthma. Baik-baik tak ada asthma, tiba-tiba ada. Sebab apa? Ha.. Baca sendiri. Kalau ada yang menegur.. Membebel tue.. Tanda sayanglah tue.Enjoy reading my blog reader.. Utusan Online.



David Beckham pun ada asthma.. Who said asthma patient can't joint any physical activity? it is all myth..




Yang aku pakai warna biru pekat tue (ventolin) dengan yang purple(Ceretide). Cousin aku panggil yang purple tue aku punya compact powder, lepas tue boleh pulak cakap yang warna biru pekat tue ubat ketiak, kah3!!!!


Another one yang warna coklat (beclovent). Yang warna coklat neh aku tak suka rasa dia.. Tak best!

Tuesday, December 28, 2010

Wiwit.. Boleh ngurat??

Hahahahahahaha! Abaikan title di atas. Sekarang aku suka dok ngurat orang. lalalalala! Siapa-siapa yang dah kena ngurat dengan aku tue, kira dah kena book la ye, hahahahaha! adeh. Maaf. Gurauan semata-mata. Tiada niat untuk merampas, oke..?? =p

Minggu neh minggu terakhir aku kat MTC. Next week, start kerja kat library Sri KDU Primary School pulak. Mula di Sri KDU, mula jugaklah kuliah pertama aku; yeah! Master.. Here I come. Ada terdengar rumous pasal tempat baru aku neh. But, hurmmmm.. Hopefully taklah seteruk tue. Kadang-kadang cerita yang sampai tue teruk sangat sedangkan realitinya taklah seburuk tue. Cara mudah. Aku berdepan sendiri dengan tempat tue. Even aku sebenarnya dah mula selesa kerja kat MTC neh tapi atas faktor jarak, masa, dan wang ringgit. Terpaksalah dilepaskan. Moga yang mendatang mampu memberikan yang terbaik buat aku.


Beberapa ketika neh ada sedikit kecelaruan emosi. Ya! Sampai aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Sensitif tahap melampau. Benci ah! Ada je benda yang boleh buat aku tersentuh, even masalah yang datang tue sebesar zarah je bagi orang lain, tapi bagi aku sebesar Gunung kat Himalaya tue ha... Dahsyat tak? Ada masa, teguran yang sebelum neh aku boleh terima dengan disambut guruan atau terima kasih, diganti dengan gumaman atau biarkan teguran tue berlalu. Or.. Biarkan je macam tue.. Sunyi. Sebab.. Aku rasa nak nangis. Sengal! Apa hal tak tahu, haiz.. Please hati.. Jangan jadi macam neh.. Jangan mudah lemah dengan hal-hal remeh. Kelak kau digelak.. Digelar tidak matang. Mahu begitu? Aku benci sikap yang satu neh. Tak berubah dari dulu. So.. Siapa-siapa nak jadikan aku suri hidup dia.. Terpaksalah terima perubahan sikap aku yang ada msa macam angin lalu. Adik aku selalu cakap..

                                                       "awak sungguh unpredictable..."

Entah.. Mana aku tahu kenapa jadi macam tue. Sebab ada masa aku suka pendam masalah ke..?? Mana aku tahu, hehehe.. Apa pun, perasaan bercampur baur neh sungguh aku tak gemar.


Oh ye.. Buku-buku yang aku beli bulan lepas semua aku dah abis baca? Ingat tak buku si Khalemi yang aku dok promote dalam post sebelum neh? Sangat sedih dan.. Wajar dibaca sebagai pengajaran. Disusuli buku bahasa melayu pasal si Wazif.. anak istimewa yang mempunyai keluarga yang sangat supportive. Willing to do anything untuk anak-anak. Cerita betul oke.. Yes! Aku suka genre yang macam tue. Adik aku cakap aku suka cerita yang berkaitan phsycology.. And the latest.. Someone gave me this book...


                                                                TadaaAAAAAAAAA!


To the person yang bagi buku neh.. Terima kasih daun keladi. Lepas neh jangan lupa bagi buku lagi, hahahahahaha! 101 pages to go.. Betapa teruknya time nak cari buku neh. Dari Shah Alam sampai ke Sunway. Pergi Sunway sebab MPH Shah Alam bagitahu ada lagi 5 copies dekat Sunway. Bila tiba Sunway tanya, dia cakap ad tinggal 2 copies. Punyalah aku dok minta abang tue tolong la cari. lepas tue boleh pulak dia cakap da habis. Dalam sistem ada dua but once pergi kat shelve dah abis, pergh! Sadis! Tue yang terbeli buku si Khalemi dengan cerita si Wazif tue. Brother tue cakap kalau nak jugak ada kat Subang Parade. Adeh! Dah kepenatan. So, tak pergilah. anggap tiada rezeki.Yang lain-lain.. Bila nak bagi aku buku neh..?? hahahahahahahaha! Zalim la bapak si Maria neh.. Wajib baca. sedih taw. Hidup dia sungguh suffer. Bapak dia lacurkan dia masa dia masih budak-budak.. Umur 11 ke 12 tahun macam tue.. Tapi sebelum tue, bapak dia dah rogol dia.. Zalim kan? Tragic lebih sikit daripada apa yang terjadi pada si Khalemi sebab yang neh bapak dia yang jadi pimp.. Persamaan? Pasal pemerdagangan manusia bagi tujuan seks; pelacuran. But at last... Nasib mereka dibela.




Syuh! Syuh! Sedih.. Pergi jauh dari aku! I want choc..

Monday, December 20, 2010

Wanita yang tidak boleh dikahwini (menurut Imam Al-Ghazali)




Sumber asal boleh klik di sini.

Menurut catatan Imam Ghazali : "Jangan engkau kahwini wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini wanita yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang Syadaqah."

Apa pengertian disebalik Ananah, Mananah, Hananah, Hadaqah, Baraqah, dan Syadaqah? Oke.. Yang bawah neh menurut huraian yang mudah dihadam oleh minda aku. Kalau nak pengertian atau ayat asal, please click provided link above ye.. =)



Ananah:
Kuat mengeluh.Sakit hanya sedikit, tapi respon, haiz... Macam ape je..Macam sakit yang Maha sangat. Tak baik tau..


Mananah:
"kalau tak sebab abang la.." "Kalau saya tak bantu abang.." Haiz.. Ungkit. Tak penat ke mengungkit? But at the same time mana yang tak dapat yang macam neh pun jangan la lepas tangan pulak.


Hananah:
"Ter"sayang kat ex-hubby. Sayang lebih sikit dengan anak dengan perkahwinan terdahulu. Kiranya tak berlaku adil dengan anak-anak la neh tanpa mengira anak tiri atau kandung, hurmmmmm..

Hadaqah:
"you... I nak kereta penuh berlian tue..Tak kira!" " Mak aih.. Blink2 nya gelang tue bang.. Belikan satu untuk saya.." Eeeee.. Suka suki je.. Kalau suami kerja cop duit boleh la demand terlebih, hahahahahaha! Tak adalah.. Nafsu membeli belah tue macam ape entah.


Baraqah:
Dok sibuk membelek muka hari-hari depan cermin, esek pergi salon, wat facial je..Suka marah-marah, tak suka makan bersama. Suka makan sendiri. Ermm. Maybe maksud kat sini boleh abaikan rumah tangga.


Syadaqah:
Suka memekak, buat bising.







Nak cari article opposite side pulak. Tiada niat lain, hanya ingin berkongsi.. =)

Thursday, December 9, 2010

overwhelming.. The mix feeling between excited and scared. Scared?


Actually, I was freaking shock with my own react lately. I was too confident, too brave, to excited, but at the same time too scared. Add some more.. sometimes blur, hahahaha! But, I still want to do it. A big big WHY now inside my head. I want to enjoy my life but at the same time I still want to varnish the feeling of insecure while I'm doing something that I already know at the end it not always bring me the bright.


Feeling shocked like her? hahahahahaha!

At the same time.. I feel like him.


But I can feel that I enjoy my life now rather than before. Wish everything gonna be oke, InsyaALLAH.... hah! wanna share this. I was damnly into Oxana Kalemi's right now. She wrote a book bout her life. True story oke..?? Title: Mummy, come home..



I bet you will love this book too. really heartbreaking, bout the real life. Have kids in a young age. Abused husband. What else? It just.. A great book. =)


Sunday, December 5, 2010

Degree Graduation day 301110

Time : 12.30pm
Venue: Dewan Sri Budiman UiTM, Shah Alam.



Finally.. I get my degree, yeay! Syukran Jazilan.. Ya ALLAH.. For give me this excitement to hold my own degree scroll even though my result is not the best like others.. Thank You ALLAH..




 my turn : 684... It was a long long time to wait only for lest than 5 minutes on stage, aiseh!




 Person behind me? definitely my mum and my dad. They are everything for me and I'm willing to do anything for them even though the result sometimes will hurt me. But I know, they know the best... I love you so much Ayah.. Ibu..


They are my lil sisters. Both now at IIUM and doing their degree.. Thank you sayang for your support when I'm sometimes devastated bout something you will always be there for me.. Unfortunately my lil brother was not there. Facing his SPM untill middle of December. Good luck Hero!


Back to the reality. hunting permanent job. I have to. Yes, I have to. Together with my Master, on this becoming January, 2011. Pray for me. I have to struggle now..



Congratulations on your graduating day....  =)