Sunday, November 21, 2010

Nai'mah? Akulah tue.. =)

Ok.. Before kalian baca entry nih.. Ada warning ye.. To those yang tak tahan cerita pasal kahak hijau, hingus banyak-banyak, dengan kudis yang berair, dengan segala hormatnya silalah tinggalkan blog neh. Aku takut lepas neh ada yang muntah hijau, takkan pun, nampak makanan pun dah tak lalu makan.. Bak kata Wonderpet.. "Ini serious...." hehe~ Honestly.. with my pleasure..
Baru je balik dari kampung. Atuk sakit lagi. Masuk wad lagi. Baru je dia keluar wad 2 minggu lepas. Kali nih kencing berdarah. Jumpa atuk terus masa tiba Muar pukul 9.15pm, dua hari lepas. Parents aku tak bagitahu awal-awal sebab tahu kalau aku tahu awal-awal, aku akan tiba lebih awal dari yang dijangkakan, even gerak dari Sentul lepas 5.00pm. Malam semalam, melawat atuk lagi. Usai segalanya, bersantai dengan bonda tepi Hospimart..Bonda menyebabkan aku teringat balik zaman muda-muda duu, ehehehe~ Zaman sekolah. Especially masa sekolah menengah.

Bonda: Ingat tak dulu awak pernah cerita kenapa awak tak ramai kawan masa zaman sekolah.
Aku   : Mestilah ingat. Imah takkan lupa sampai bila-bila.
Bonda: Sebab tue ibu dulu ibu nak awak belajar tinggi-tinggi, biar buktikan budak macam awak neh pun mampu masuk universiti.
Aku   : Dan sekarang bakal menyambung lagi, dan lagi, dan lagi.. (senyum... puas!)

Apa yang aku dok merapu..?? Sabar.. Sebab tue aku selaku empunya blog dah warning awal-awal..  Please leave my blog if you're kindda cepat loya kalau cerita pasal kahak, hingus, dan kudis...

Dari aku kecil, sampailah remaja, aku tak boleh lari dari 3 benda tue. Bila asthma aku teruk, maka kudis naik teruk sangat-sangat. Leher, sendi-sendi macam kat siku, pelipat kaki, pergelangan kaki naik. Bernais orang tua cakap. Berair. Sakit! Sangat sakit. Tambah-tambah lagi kalau cuaca masa tue panas. Tuhan jelah yang tahu betapa gatal, betapa pedih, betapa sakitnya bila kulit meregang.Aku mudah kena bisul. sangat sensitif, plus sistem imun masa tue tak kuat. Mudah jelah apa-apa penyakit nak hinggap. Sampai aku dah lali nak makan ubat, dah tak hairan. Sampai satu masa, masa aku jumpa dengan dermatologist.. Aku tanya dia.. 

     " Sampai bila saya nak jadi macam neh? Saya malu doc.. Saya perempuan. Takkan ada lelaki akan pandang saya bila keadaan saya macam neh..Saya malu sebab kudis neh tumbuh kat tempat orang boleh nampak.."

Doctor tue cuma boleh cakap..
"Sabar dik.. Ujian ALLAH nak bagi kat awak. Awak kena terima dengan redha..."

OK.. Akhirnya, Aku redha. Takkan aku nak meraung-raung tak tentu fasal pulak kan..?? Bukan teruk pun.. Asthma patient biasanya akan dapat Exema, just bergantung samada teruk atau tak. Aku, sampai sekarang ada lagi Exema neh. Cuma tak teruk macam dulu. Paling teruk masa aku form 6.. Berkudis satu badan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bayangkan.. Pergi sekolah pakai baju kurung. Rimas. Berlengas. Berpeluh. Gatal! Bahagian dahi dah macam letak plastik cair. Tegang kulit! Terima kasih Aqilah Arshad.. Fazliana Jamil.. Shahida Musa.. Sebab.. Dapat terima, berkawan baik dengan kita masa keadaan kita sangat-sangat teruk. Kauorang tak kisah pun bila datang rumah, kita menggelupur nak bukak tudung. especialy qiqi.. Sebab, selalu buat study group kat rumah awak kan? Thanks untuk family awak jugak.. Sangat supportive.. Kauorang bagi moral support supaya kita kuat sampai sekarang.

Kahak. Haiz.. Apalah cerita benda neh kan? Tak kisah.. Sebab aku kan dah bagi warning, hehehe~ Masa aku sekolah menengah, cikgu-cikgu kat sekolah tue sampai dah kenal muka budak yang selalu tak datang sekolah gara-gara semput. Siap disuruh jangan datang. Ok.. Ok.. Go back to the topic.. Bila aku start batuk, it means.. Aku akan keluarkan banyak kahak. Sangat banyak even you can't imagine it. Aku tak larat nak jalan. Nak pergi toilet berulang kali sebab nak buang kahak, penat. Dah la semput teruk masa tue.Solution? Aku guna plastik, buh tisu banyak-banyak daam plastik tue, then letak bawah meja. Aku ingat agi. Betapa aku cuba control batuk. Sebab, aku ganggu kawan-kawan nak belajar. Time nak ludah dalam plastik paling seksa. Sebab, aku malu. Aku tahu semua akan jijik. Nampak pengotor. Tapi, apa lagi yang aku mampu buat? Cuba bagitahu. So, aku tak peduli.. Aku ludah, tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Jijik kan? Keji kan? Hingus tak payah cakap lah. Once dah start batuk, aku dapat package 2 in 1.. Dapat sekali selesema. Dah la ada resdung. So, hembus-hembus kat tisu, pastue mesti aku meludah. And now.. Can you imagine why people at that time will try to avoid me? Masa yang macam neh, aku form 4 form 5 macam tue la.. Selain dua neh, masa neh juga leher aku teruk bernais. DAn.. Kawan baik aku masa neh Vidyasheela Sritharan dan Aliaa Zawani.. Ingat agi.. Bila datng rumah Sheela, dia mesti suruh aku bukak tudung. Suffer weh!

Nai'mah sekarang? Dah boleh survive. Walaupun masih sakit, aku tak lemah. Ok la dari dulu..Aku nak belajar tinggi- tinggi, kerja bagus- bagus, dapat gaji besar. Then, nak ubat diri sendiri..Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya, sekuntum senyuman dah dapat aku lihat pada wajah kedua orang tuaku.


Siapapun kalian, terima kasih.. Sudi terima aku dalam study group.. Jadi kawan sampai sekarang..

10 comments:

  1. thanks to u too, for being my fren, all this while :) mwash~

    ReplyDelete
  2. naemah...aku nak bagi apa yg aku tau tapi akhirnya terpulang pada kesungguhan, keyakinan dan pengarapan hang pada Yang Maha Esa juga,

    1) Berpuasa dan mohon la doa utk sakit yang dihadapi, doa org yg berpuasa cepat dimakbulkan, xsalah aku nabi Nuh yg menderita sakit macam2 pun berpuasa juga, dan ada lagi kisah2 org berpuasa yang dimakbulkan Allah

    2) Amalkan la doa2 yang bica Nabi S.A.W setiap kali lepas solat, setiap kali masuknya pagi dan malam, jgn la hang baca doa aku seperti doa semalam hehehe aku sarankan baca la doa kalimat tammah, baik utkpelindung segala penyakit dilangit dan dibumi,

    3) bismillahirahmanirrahim, bismillahis syafie, bismilahi Kahfi (aku xingat bismillah berapa..cuba hang cari, ini permulaan dia samaada bismillah 5 atau 6)baca la masa makan ubat atau makan makanan apapun.

    4) last sekali tergantung pada sejauh mana keyakinan dan harapan hang pada Allah, selalu la baca bismilahi MasyaAllah, bismilahitawakaltuAllah lahau la wala quwata illabillahil aliyim azhim.

    5) jgn putus asa, dan jgn sekali kata doa aku xdiperkenankan, janji Allah maksudnya, minta la kepada Aku nescaya akan Ku beri dan janganlah kamu kufur kerana azab Ku sangat pedih, janji Allah adalah benar.

    6)Jika hadapi kesusahan bersabar dan mohon lah supaya Allah gantikan dengan lebih baik

    7) Saranan aku jer...hehehe terpulang la pada hang nak buat ke x

    ReplyDelete
  3. pak jaga @ along : thanks..nanti ak cari.. mende baru ak taw neh.... macey ye long..
    cik galus2 : hahaha~ tade ape lah.. juz nk bgtaw.. ap pn.. jgn jdkn sume 2 alasan tok dapatkan ap yang kita nak..

    ReplyDelete
  4. G cari obat yang base dia dari buah kelapa dara... =P

    geli geli... HAHAHA~~~

    ReplyDelete
  5. geli mmg geli naim..
    tp citer ko mmg best.. ^^

    ReplyDelete
  6. saf syg: o yeah! aku nk import dr indon bley x..?? hahahahahahaha!
    zie : macey.. sudi gak ko bace blog ak yg xseberape neh.. cyg ko, muah2!! ^_^

    ReplyDelete
  7. sebab x nampak depan mata.. so.. x rase geli pon.. nggeee

    story kamu mmg menarik + best!

    bersabar laa naemah.. sesungguhnye...

    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

    Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t."

    ReplyDelete
  8. macey ek kak cheai.. huuhu.. klw mase 2 ak nmpk, akk xkn lupe smpi bile2 kowt, hoho!

    ReplyDelete
  9. Cerita bestlah.. Sy suka kahak atau air liur perempuan.. Kalau Sy ada waktu tu Sy amik plastik tu hehehe :)

    ReplyDelete