Sunday, November 21, 2010

Nai'mah? Akulah tue.. =)

Ok.. Before kalian baca entry nih.. Ada warning ye.. To those yang tak tahan cerita pasal kahak hijau, hingus banyak-banyak, dengan kudis yang berair, dengan segala hormatnya silalah tinggalkan blog neh. Aku takut lepas neh ada yang muntah hijau, takkan pun, nampak makanan pun dah tak lalu makan.. Bak kata Wonderpet.. "Ini serious...." hehe~ Honestly.. with my pleasure..
Baru je balik dari kampung. Atuk sakit lagi. Masuk wad lagi. Baru je dia keluar wad 2 minggu lepas. Kali nih kencing berdarah. Jumpa atuk terus masa tiba Muar pukul 9.15pm, dua hari lepas. Parents aku tak bagitahu awal-awal sebab tahu kalau aku tahu awal-awal, aku akan tiba lebih awal dari yang dijangkakan, even gerak dari Sentul lepas 5.00pm. Malam semalam, melawat atuk lagi. Usai segalanya, bersantai dengan bonda tepi Hospimart..Bonda menyebabkan aku teringat balik zaman muda-muda duu, ehehehe~ Zaman sekolah. Especially masa sekolah menengah.

Bonda: Ingat tak dulu awak pernah cerita kenapa awak tak ramai kawan masa zaman sekolah.
Aku   : Mestilah ingat. Imah takkan lupa sampai bila-bila.
Bonda: Sebab tue ibu dulu ibu nak awak belajar tinggi-tinggi, biar buktikan budak macam awak neh pun mampu masuk universiti.
Aku   : Dan sekarang bakal menyambung lagi, dan lagi, dan lagi.. (senyum... puas!)

Apa yang aku dok merapu..?? Sabar.. Sebab tue aku selaku empunya blog dah warning awal-awal..  Please leave my blog if you're kindda cepat loya kalau cerita pasal kahak, hingus, dan kudis...

Dari aku kecil, sampailah remaja, aku tak boleh lari dari 3 benda tue. Bila asthma aku teruk, maka kudis naik teruk sangat-sangat. Leher, sendi-sendi macam kat siku, pelipat kaki, pergelangan kaki naik. Bernais orang tua cakap. Berair. Sakit! Sangat sakit. Tambah-tambah lagi kalau cuaca masa tue panas. Tuhan jelah yang tahu betapa gatal, betapa pedih, betapa sakitnya bila kulit meregang.Aku mudah kena bisul. sangat sensitif, plus sistem imun masa tue tak kuat. Mudah jelah apa-apa penyakit nak hinggap. Sampai aku dah lali nak makan ubat, dah tak hairan. Sampai satu masa, masa aku jumpa dengan dermatologist.. Aku tanya dia.. 

     " Sampai bila saya nak jadi macam neh? Saya malu doc.. Saya perempuan. Takkan ada lelaki akan pandang saya bila keadaan saya macam neh..Saya malu sebab kudis neh tumbuh kat tempat orang boleh nampak.."

Doctor tue cuma boleh cakap..
"Sabar dik.. Ujian ALLAH nak bagi kat awak. Awak kena terima dengan redha..."

OK.. Akhirnya, Aku redha. Takkan aku nak meraung-raung tak tentu fasal pulak kan..?? Bukan teruk pun.. Asthma patient biasanya akan dapat Exema, just bergantung samada teruk atau tak. Aku, sampai sekarang ada lagi Exema neh. Cuma tak teruk macam dulu. Paling teruk masa aku form 6.. Berkudis satu badan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bayangkan.. Pergi sekolah pakai baju kurung. Rimas. Berlengas. Berpeluh. Gatal! Bahagian dahi dah macam letak plastik cair. Tegang kulit! Terima kasih Aqilah Arshad.. Fazliana Jamil.. Shahida Musa.. Sebab.. Dapat terima, berkawan baik dengan kita masa keadaan kita sangat-sangat teruk. Kauorang tak kisah pun bila datang rumah, kita menggelupur nak bukak tudung. especialy qiqi.. Sebab, selalu buat study group kat rumah awak kan? Thanks untuk family awak jugak.. Sangat supportive.. Kauorang bagi moral support supaya kita kuat sampai sekarang.

Kahak. Haiz.. Apalah cerita benda neh kan? Tak kisah.. Sebab aku kan dah bagi warning, hehehe~ Masa aku sekolah menengah, cikgu-cikgu kat sekolah tue sampai dah kenal muka budak yang selalu tak datang sekolah gara-gara semput. Siap disuruh jangan datang. Ok.. Ok.. Go back to the topic.. Bila aku start batuk, it means.. Aku akan keluarkan banyak kahak. Sangat banyak even you can't imagine it. Aku tak larat nak jalan. Nak pergi toilet berulang kali sebab nak buang kahak, penat. Dah la semput teruk masa tue.Solution? Aku guna plastik, buh tisu banyak-banyak daam plastik tue, then letak bawah meja. Aku ingat agi. Betapa aku cuba control batuk. Sebab, aku ganggu kawan-kawan nak belajar. Time nak ludah dalam plastik paling seksa. Sebab, aku malu. Aku tahu semua akan jijik. Nampak pengotor. Tapi, apa lagi yang aku mampu buat? Cuba bagitahu. So, aku tak peduli.. Aku ludah, tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Jijik kan? Keji kan? Hingus tak payah cakap lah. Once dah start batuk, aku dapat package 2 in 1.. Dapat sekali selesema. Dah la ada resdung. So, hembus-hembus kat tisu, pastue mesti aku meludah. And now.. Can you imagine why people at that time will try to avoid me? Masa yang macam neh, aku form 4 form 5 macam tue la.. Selain dua neh, masa neh juga leher aku teruk bernais. DAn.. Kawan baik aku masa neh Vidyasheela Sritharan dan Aliaa Zawani.. Ingat agi.. Bila datng rumah Sheela, dia mesti suruh aku bukak tudung. Suffer weh!

Nai'mah sekarang? Dah boleh survive. Walaupun masih sakit, aku tak lemah. Ok la dari dulu..Aku nak belajar tinggi- tinggi, kerja bagus- bagus, dapat gaji besar. Then, nak ubat diri sendiri..Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya, sekuntum senyuman dah dapat aku lihat pada wajah kedua orang tuaku.


Siapapun kalian, terima kasih.. Sudi terima aku dalam study group.. Jadi kawan sampai sekarang..

Wednesday, November 10, 2010

Campur baur..

Alhamdulillah.. Dah masuk minggu kedua aku kat Cheras. Ulang alik dari Kepong, hahahaha..So far, alhamdulilah. Selepas Cheras, ada lokasi baru menanti tahun depan. Thank you ALLAH for the blessing. Aku hanyalah hambamu yang lemah lagi hina i muka bumiMu ini.. alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Ha.. Semalam.. Ada cerita best.. Sesat kat Sentul. Menyasar samapi naik ke parlimen.. Sengal habis! Tak memasal je kna naik komuter yang esek delay, tiba lewat. So, balik pun lewat. Dah macam tue, kalau sebelum nih boleh tiba rumah dalam pukuk 6.00 ke 6.30, aku tiba rumah semalam dalam pukul 8.30. Ah! Tunggu punya tunggu train( sebahagian cerita terpaksa dipotong atas sebab-sebab- tertentu, hehehe..), rupanya train ke Sentul dah lepas 3 trip. Nak ke Sentul kena ambil train ke Batu Caves eh..?? Kesian kan.. baru tahu, ceh! tak kisah la.. Terima kasih pada individu yang sud tunjuk jalan sampai 3 kali kowt ke Star LRT Sentul tue. Nasib baik harini tiba dengan bergaya. awal 40 minit lagi.. Ntah pape..

Ermmmmm.. suka tak IKLIM.? Ada satu lagu dia nih, aku suka pulak sekarang nih...  Kerap sangat masuk dalam kepala time buat kerja. Kawan sampai cakap, esek-esek lagu nih esek-esek lagu nih, hahahahahaha..
   
    Bukannya aku tak tega
    Bukan pula aku tak cinta
    Kerana orang tua yang tak merestui
    Cinta kita....

Ala.. Bukan Aku Tak Cinta.. Kalau tak silap aku la.. Hurmmmmm.. In any condition, parents come first kan? Tiada mereka, tiadalah kita. Tapi, kalau akulah dalam condition yang berbelah bahagi macam nih, aku mungkin akan ambil masa yang lama untuk menerangkan hal nih pada orang yang aku sayang.. Patinya parents pun aku sayang, dia pun aku sayang, Ceeewah! Cakap macam cerita pasal diri sendiri, ye tak?Anggaplah nih mcam sinopsis lagu, hahahaha.. Tapi, berbaloikah berkorban sebab cinta? Ketepikan keluarga yang lebih kenal keadaan kita siapa kita?Tapi, macam mana pula kalau pada awalnya hubungan tue diterima keluarga, tapi tiba-tiba macam hubungan tue kena reject? Mesti sedih kan? Hurmmmmmm. kalau aku... Entah.. Mesti tak tahu nak buat macam mana.. Tak tahu macam mana nak terangkan pada insan yang terlibat. Bukan mudah nak sayangkan seseorang. Bukan senang nak serahkan hati pada seseorang kalau tak betul-betul. Unless orang tue gila hebat mengayat, ayat gila power sampai glasier pun boleh cair kan?  hahahahaha.. Tue rasanya kelebihan kaum adam kowt bab-bab mengayat nih. Adeh! Kalau aku diberi pilihan yang sangat susah nih, aku pun tak tahu. Sesiapa sahaja wajar diberi peluang untuk kenalkan diri diaorang pada family pasangan. Terima atau tak, kenalah prepare awal-awal. Tapi kalau aku.. Mungkin awal-awal aku akan angkat tangan daripada biarkan dia kecewa, sedih, sebab dah kena reject dengan family. Haish.. Mesti ada yang tanya...

                       "Dah tue Naim, takkan nak kahwin kat Thailand pulak..?"

Hello guys.. Fikirlah panjang sebelum bertindak ok? Mesti ada hikmah kenapa parents kita ambil tindakan menghalang hubungan tue dari terus berlanjutan. Walau macammana sayang pun.. Walau macam mana cinta pun, parents tetap parents. Itulah pasangan insan yang hidupkan kita kat muka bumi nih. Kalau bukan sekarang jodoh kita dengan si dia yang kita sayang, mungkin 10 tahun 20 tahun akan datang? Siapa tahu? Faktor umur.. Ok.. Tapi masa yang akan menentukan semua tue. Pada awalnya mesti susah nak terima pasangan yang mungkin parents sangat berkenan. tapi, segala-galanya mengambil masa kan? Samada panjang atau pendek. Usaha yang perlu ada. Kecewa macam nak terjun bangunan pun ada kan?? hahahaha.. Tapi, nak buat macam man. Takkan kita nak hidup tanpa restu ibu bapa seumur hidup? Sanggup? Tapi, kadang kala, ibu bapa pun perlu bertemu dulu rasanya dengan orang yang anak dia sayang, kan? Aduhai.. Mereka lebih arif.


Aku serahkan hidup matiku.. Jodoh pertemuanku di tanganNya..




Tuesday, November 9, 2010

Separuh jiwaku pergi..

separuh jiwaku pergi
memang indah semua
tapi berakhir luka

kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku

reff:
benar ku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku
[2x]

kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu

kau dustakan semua
yang kita bina
kau hancurkan semua

repeat reff [2x]

benar ku mencintaimu

Mood sendiri..? hoh! Abaikan..