Monday, October 25, 2010

Siapa PEREMPUAN?

Jeng..Jeng..Jeng.. Aku reveal hal kaum aku sendiri ke?? hahahahaha~ baca la sendiri ye.. Kredit buat Seniaku dan Cik Mas Mona. Tapi, adalah sikit-sikit yang tak sama. Yelah.. Masing-masing berbeza cara berbeza keinginan kan? Ini penulisan suka-suka ok.. Nak yang asal, kauorang boleh pergi ke page Seniaku.

Apa yang perempuan suka?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia  
    sedang menangis di dalam hatinya.
    Tang nih aku setuju, ha.. Jangan main-main.. Makan dalam tahu.. =p

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk 
    menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
    Sometimes, silent is better. Kang cakap lebih-lebih kang manalah tahu bertukar warna pulak lepas nih kan. 
    Ha.. Siapa yang susah?kan?kan?

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita 
     yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
     Ermmmm. Rite.. Bukan senang nak cari salah orang. Tapi, sebab indahnya waktu bercintalah sengsara  
     bila dah kahwin. Hurmmm.. Susahnye..

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
    ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
    Nih aku tak tahu.. Sebab, tak pernah try, hahahahahahaha~

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
    Not really. Kalau aku, bila orang tengok lama-lama, aku dah mula fikir lain. Apehal dengan mamat nih?
    hahahahahaha~

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
     Seisapapun sukakan complement kan? hurmmmmmm..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan 
    berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat 
    keputusan,dia akan lakukan apa saja.
    Ha.. Tang nih kena hati-hati.. Nanti dia ugut ke.. Hantar surprise kat kauorang ke..?? 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk 
    seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
    Bagi aku, something that we can called it as history remain as history. Sebab, kadang-kadang akan  
    cetuskan balik cerita lama. Unless, you are strong enough la kowt..

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah 
     mereka meluahkan isi hati mereka.
     Tambah sikit lagi.. Pergi lepak dekat kawasan yang sunyi. Ada air terutamanya macam tasik, pantai, air
     terjun sambil makan coklat plus minum air yougurt, lalalalalalala~

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
      Yes.. Jahatnya kalau buat macam nih. Tak suka sekaipun.. Aduhai..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
      We loved someone yang ada sense of humor.. But at the same time, matang dan boleh berfikir jauh..?? 
       hurmm..

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya 
      melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja 
      ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya 
      akan tahu berita tersebut.
      Ermmmmm.. Tak semua macam nih kowt..


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
       Rite!

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia 
      mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia 
      memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan 
      usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih 
      awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-
      rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
      Hahahahahaha~ Aduhai..

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di 
      sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di 
      tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
     
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
     
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka    
       yang  paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau
       sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus 
       hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
       Bestnye kalau dapat. Tapi, simpanlah duit tue.. Lebih baik bagi bread maker ke.. Mixer ke.. Oven besar
       ke.. Freezer besar ke.. Dapur besar ke.. hahahahahahahaha~

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak 
       memikat wanita pandai-pandailah...
       Sebab tue kena buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Kadang-kadang sesetengah pihak 
       salah faham hanya disebabkan oleh layan yang kita berikan. Bahaya kan?

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan 
     disayangi sepenuh jiwa.

Suka-suka.. =)

No comments:

Post a Comment