Friday, October 15, 2010

Jangan sombong dengan makanan..

          "Hari nih nak makan kari ayam.. esok nak makan ayam panggang.. Lusa nak makan asam
           pedas ikan kembung.."

Hamboi.. Kemain.... Demand nampak? Nampak tak? Itu cuma contoh la. Hari-hari nak makan sedap. Rakyat Malaysia sangat mewah dengan makanan. Even anak yatim pun makan sekarang sangat best. Bukan apa, mak aku selalu pesan, Jangan sombong dengan makanan.Bukan apa, kita boleh yakin ke kesenangan yang kita peroleh sekarang akan berkekalan 20-30 tahun akan datang? Tak pasti kan? Jadi.. Jangan sombong dengan makanan. Kalau mak kau orang hidangkan cuma ikan masin je pun atas meja, syukur lah. Siapa suruh tak tolong mak kat dapur kan? Tau makan je pun nak keluarkan bunyi. Apa kes? Tapi, ikan masin pun aku rasa sedap jugak. Lawan pulak dengan sayur bayam tumis air, tambah sambal tumbuk ke.. Sambal koret ke? 1st class wa cakap sama lu.. 

Senang cakap, bersederhanalah walaupun dalam bab makan. Kalau berkemampuan, nak makan kat hotel pun apa salahnye.. Bawak anak-anak.. Nanti kalau tiba-tiba ada event ke.. Dinner ke.. Jadi jakun pulak. Senang cerita,janganlah memilih sangat bab makan. Kalau tak nak nampak bawang hiris, blend. Kalau tak suka biji asam jawe, asam jawe adabi kan ada. Nanti kalau dalam keadaan darurat, baru tahu. Mana makanan yang selama nih kita selalu dok cakap..

           "Eeeeeeeeeeeeeeee.. Apa nih? Aku tak pernah makan..."

Sila hentikan lah tabiat tak elok tue. Kalau tak pernah makan, try la dulu, haiz.. Itupun nak ajar ke? Semua tue rezeki yang Allah bagi. Itulah uniknya Malaysia ada macam-macam bangsa, maka wujudlah macam-macam makanan dari pelbagai bangsa tue. Mana yang rasa tak lalu nak makan, diam-diam. Jangan banyak bunyi. Tue dah kira menyinggung orang, ok?

1 comment: