Friday, October 29, 2010

Impression.. Expression.. Depression..

Yesterday, I was






to the air.. Smiling.. Laughing.. Talking non stop.. I am very happy..


Last night, I was..


and.. it is a hurt feeling..




Today I am..






I still cannot manage it well.. 




How I wish I was here...



Because, this is the place that can calm me down...












Thursday, October 28, 2010

Sebelum dan Selepas...

Aku jumpa sesuatu kat blog Ben Ashaari. Very interesting and aku rasa best nak bagi kau orang baca.

Bila si suami berjalan ... maka dilihat hadapan... dipimpin tangan anak kesayangannya ..
Dilihat depan ... Wah.. cantiknya....
Dilihat kiri... Wah .. seksinya..
Dilihat kanan.. wah .. gebunya ..
Dan dilihat belakang ... haih... lambatnya dia berjalan ..

Nak baca sambungannya? Klik sini


This is what I am afraid about, huhu~

Wednesday, October 27, 2010

Missing puzzle

Life is just like a board of puzzles. We need each piece to make the puzzle complete on board.Each puzzle represent everything in our life. In my life, each puzzle represent everybody around me. My parents, sisters, brother, relatives, friends..










But I'm missing one puzzle, and I don't know where is my little puzzle now





 Can you please help me find a piece like this?



Puzzle, hurmmmmm..

Monday, October 25, 2010

Siapa PEREMPUAN?

Jeng..Jeng..Jeng.. Aku reveal hal kaum aku sendiri ke?? hahahahaha~ baca la sendiri ye.. Kredit buat Seniaku dan Cik Mas Mona. Tapi, adalah sikit-sikit yang tak sama. Yelah.. Masing-masing berbeza cara berbeza keinginan kan? Ini penulisan suka-suka ok.. Nak yang asal, kauorang boleh pergi ke page Seniaku.

Apa yang perempuan suka?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia  
    sedang menangis di dalam hatinya.
    Tang nih aku setuju, ha.. Jangan main-main.. Makan dalam tahu.. =p

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk 
    menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
    Sometimes, silent is better. Kang cakap lebih-lebih kang manalah tahu bertukar warna pulak lepas nih kan. 
    Ha.. Siapa yang susah?kan?kan?

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita 
     yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
     Ermmmm. Rite.. Bukan senang nak cari salah orang. Tapi, sebab indahnya waktu bercintalah sengsara  
     bila dah kahwin. Hurmmm.. Susahnye..

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
    ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
    Nih aku tak tahu.. Sebab, tak pernah try, hahahahahahaha~

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
    Not really. Kalau aku, bila orang tengok lama-lama, aku dah mula fikir lain. Apehal dengan mamat nih?
    hahahahahaha~

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
     Seisapapun sukakan complement kan? hurmmmmmm..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan 
    berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat 
    keputusan,dia akan lakukan apa saja.
    Ha.. Tang nih kena hati-hati.. Nanti dia ugut ke.. Hantar surprise kat kauorang ke..?? 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk 
    seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
    Bagi aku, something that we can called it as history remain as history. Sebab, kadang-kadang akan  
    cetuskan balik cerita lama. Unless, you are strong enough la kowt..

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah 
     mereka meluahkan isi hati mereka.
     Tambah sikit lagi.. Pergi lepak dekat kawasan yang sunyi. Ada air terutamanya macam tasik, pantai, air
     terjun sambil makan coklat plus minum air yougurt, lalalalalalala~

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
      Yes.. Jahatnya kalau buat macam nih. Tak suka sekaipun.. Aduhai..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
      We loved someone yang ada sense of humor.. But at the same time, matang dan boleh berfikir jauh..?? 
       hurmm..

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya 
      melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja 
      ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya 
      akan tahu berita tersebut.
      Ermmmmm.. Tak semua macam nih kowt..


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
       Rite!

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia 
      mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia 
      memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan 
      usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih 
      awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-
      rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
      Hahahahahaha~ Aduhai..

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di 
      sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di 
      tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
     
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
     
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka    
       yang  paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau
       sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus 
       hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
       Bestnye kalau dapat. Tapi, simpanlah duit tue.. Lebih baik bagi bread maker ke.. Mixer ke.. Oven besar
       ke.. Freezer besar ke.. Dapur besar ke.. hahahahahahahaha~

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak 
       memikat wanita pandai-pandailah...
       Sebab tue kena buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Kadang-kadang sesetengah pihak 
       salah faham hanya disebabkan oleh layan yang kita berikan. Bahaya kan?

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan 
     disayangi sepenuh jiwa.

Suka-suka.. =)

Jaga pointer kalau nak kerja cepat-cepat, ok?

Hurmmmm.. Dah masuk bulan ke tiga aku kat rumah. Dah berapa banyak interview ek aku pergi?Entah.. Banyak jugaklah.. The reality is, pointer memainkan peranan yang sangat penting dalam era ini. Resume kena lengkap (jangan jadi macam aku.. Resume pun.. Aduhai.. tQ awak..Sebab betulkan resume saya tue, hehehe~ ) Last week gerak ke kL sebab ada beberapa urusan yang aku kena settlekan dalam tempoh 3 hari. Salah satu daripadanya, attend interview untuk further study. Degree pun sudah, tinggal konvo je hujung November nih. So, aku decide untuk sambung. Aku apply part time. Tapi maybe tukar mode pada full time lah kowt kalau rezeki untuk aku sambung belajar tue ada tahun hadapan. Kauorang nak tahu tak,salah seorang yang in charge master interview untuk Knowledge Management course 21hb haritue, advisor  aku masa sibuk buat project paper dulu. Mak aih.. Dedar dada dibuatnya. Menangis-nangis kowt aku masa siapkan project paper tue dulu. Mahu taknya. Questionnaire kena reject berapa kali ek? Aku pun dah lupa. Yang aku ingat, any students yang bawah dia masa tue tersangatlah pressure. Tapi, syukurnya sebab cara dia tue banyak membantu sebenarnya. Ingat senang? terutamanya untuk budak selenga macam aku nih, hahahahaha~ thank you very much mam. Jauh lah pulak. Nak cerita sebenarnya.Masa interview tue kan.. Salah satu soalan yang diajukan..

DR Arpah:   I believed that you've send a lot of resumes and attend many interviews. In your opinion, why  
                   you didn't get any job until now? It was almost three months since you finished your internship, 
                   aren't you?

Aku:            Maybe because of my incomplete resume DR... (ngeee~ sengeh meleret time nih..)

PM Puziah:  Excuse me.. Incomplete resume? How come? You have learned it in your Finishing school
                   program right?

Aku:           Yes mam and I did exactly like what I've learned in the program.I start doing comparison my vc
                  with my friend and found that i leak in certain part of my information. Some company called me
                  for details and I know that is my own mistake for not recheck it before send.

Sambil tengok aku, DR. Arpah dengan PM Puziah tengok aku.

DR. Arpah:  I think, the problem here is YOUR POINTER. It is good since you have an intention
                    to further your study now.

Jawapannya ialah... Junior-junor sekalian.. Sila JAGA POINTER anda kalau tak mahu menganggur lama-lama ok? Tak tahan tahu duduk rumah lama-lama, Adeh!


Harap-harap dapatlah sambung weh!

Saturday, October 23, 2010

Perhatian kepada LELAKI, take note kepada PEREMPUAN..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. 
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. 
jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Share lah.. Aku dapat nih pun dari Facebook. Owner tersebut mintak disebar-sebarkan.. =)

Wednesday, October 20, 2010

Berharap?

Jangan berharap apa-apa pada aku sebab.. Aku dahpun meletakkan harapan pada yang lain. Sekian.

Friday, October 15, 2010

Jangan sombong dengan makanan..

          "Hari nih nak makan kari ayam.. esok nak makan ayam panggang.. Lusa nak makan asam
           pedas ikan kembung.."

Hamboi.. Kemain.... Demand nampak? Nampak tak? Itu cuma contoh la. Hari-hari nak makan sedap. Rakyat Malaysia sangat mewah dengan makanan. Even anak yatim pun makan sekarang sangat best. Bukan apa, mak aku selalu pesan, Jangan sombong dengan makanan.Bukan apa, kita boleh yakin ke kesenangan yang kita peroleh sekarang akan berkekalan 20-30 tahun akan datang? Tak pasti kan? Jadi.. Jangan sombong dengan makanan. Kalau mak kau orang hidangkan cuma ikan masin je pun atas meja, syukur lah. Siapa suruh tak tolong mak kat dapur kan? Tau makan je pun nak keluarkan bunyi. Apa kes? Tapi, ikan masin pun aku rasa sedap jugak. Lawan pulak dengan sayur bayam tumis air, tambah sambal tumbuk ke.. Sambal koret ke? 1st class wa cakap sama lu.. 

Senang cakap, bersederhanalah walaupun dalam bab makan. Kalau berkemampuan, nak makan kat hotel pun apa salahnye.. Bawak anak-anak.. Nanti kalau tiba-tiba ada event ke.. Dinner ke.. Jadi jakun pulak. Senang cerita,janganlah memilih sangat bab makan. Kalau tak nak nampak bawang hiris, blend. Kalau tak suka biji asam jawe, asam jawe adabi kan ada. Nanti kalau dalam keadaan darurat, baru tahu. Mana makanan yang selama nih kita selalu dok cakap..

           "Eeeeeeeeeeeeeeee.. Apa nih? Aku tak pernah makan..."

Sila hentikan lah tabiat tak elok tue. Kalau tak pernah makan, try la dulu, haiz.. Itupun nak ajar ke? Semua tue rezeki yang Allah bagi. Itulah uniknya Malaysia ada macam-macam bangsa, maka wujudlah macam-macam makanan dari pelbagai bangsa tue. Mana yang rasa tak lalu nak makan, diam-diam. Jangan banyak bunyi. Tue dah kira menyinggung orang, ok?

Thursday, October 14, 2010

bedtime story: mice with an elephant..?

I read my friend's blog. and I laugh like hell when he start his words.It remind me back in the bed time when I used to be my mun little girl. My mum will lay down beside three of her angels, and start her story telling. We never question anything except if we think the ending was sad and we will ask why.. You want to know more..? Just click the picture.. Thanks Mac for sharing. =D

owh elly.. don't step on that little mice.. 

Saturday, October 9, 2010

Murtad sebab putus cinta?

Apa nak cakap lagi. Nih spesies bodoh ke.. Bangang ke.. Aku tak tahu la.. Tak terima ke kada' dan kadar tuhan? Kenapa mesti murtad? Tak sedar ke?Dapat info nih dari seorang teman. Setinggi mana pun kita menuntut ilmu, tapi kalau iman di dada tak dimantapkan, iniah jadinya. Pengajaran buat semua ye. Cinta sesama manusia tak kekal lama. Seharusnya sebagai manusia kita harus sedar sedari awal lagi. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Apabila roh ditiupkan ke dalam rahim si ibu, 4 perkara telah ALLAH telah tetapkan untuk makhluknya.

Friday, October 8, 2010

Jobless..

What is the hardest thing to say? To face? Jobless..How to explain to everybody that I loved how hard I am trying right now and how I am struggle towards it? How to make them understand? I t was almost 3 months now. I'm not kind of choosy and InsyaALLAH I'll take everything in front of me right now. What else I can do? I'm not trying to give reason but can you please.. At least understand and stop pushing me.. I'm working on it ok? I'm not just sitting in front of my lappy by doing nothing. Just.. Please...

Wednesday, October 6, 2010

Al-Quran sebagai hantaran?

Sedang membelek akaun Mukabuku (faceboo lor, hahaha~)  tadi, terperasan ada teman yang share link pasal hal nih.. Hurmmm.. Mari kita ambil input berkaitan hal ini..




“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Link Facebook berkaitan. Click sini
Jangan jadikan Quran hanya sebagai hiasan.. =)