Wednesday, September 29, 2010

......

Jam kat lappy aku nih menunjukkan waktu 12.30am.. Pagi nanti, paling lewat pukul 11 aku dah kena gerak ke Shah Alam. Pendaftaran untuk master ada masalah. Ha.. Baguslah sangat! 1hb due date, esok baru nak uruskan? Hebat kan? Aku penat. Sungguh! Tapi.. Tak tahu kenapa.. Aku rasa sangat sebak. Tak tentu fasal! Aku benci perasaan nih. Satu masa dulu aku selalu rasa macam nih. Nih adalah permulaan yang sangat tak baik. Jadi ratu air mata lagilah lepas nih, hurmmmmmm.. Whats wrong Siti Nai'mah? Aku sendiri tak tahu apa yang tak kena sekarang. =(


Sejak kebelakangan ini, hurmmmmm.. Aku happy. Sangat happy. Ketawa aku tak pernah kurang.Senyum aku tak pernah lekang. But, I feel that something missing. Apa ye.. Ya.. Aku bijak menyusun kata. tapi ada masa, semuanya kembali terarah pada aku semula. Sesuatu telah terjadi awal raya haritue dan sesungguhnya kejadian itu menyebabkan aku terjaga dari lena. Siapa aku sebenarnya. Aku rasa terhina, sedih yang maha hebat, jijik, kecewa, marah.Segala-galanya bercampur baur. Rasanya keputusan paling tepat ialah menamatkan segala-galanya. Apa sahaja yang mengaitkan aku pada kau menyebabkan aku makin sakit dan benci.Mungkin ini bukan medium yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku, but.. Why not? Hanya segelintir yang kenal siapa aku. Sekurang-kurangnya, aku rasa sedikit lega. Apa yang terjadi? Biarlah tergantung persoalan tue di situ sahaja. Hipokrit? Mungkin. Moga jalan yang aku pilih kali ini adalah yang terbaik buat aku.Aku bukanlah yang terhebat. Aku bukanlah yang terbaik. Takkan berubah jika tidak bersebab. Sanggup melakukan perubahan untuk memperoleh yang terbaik.Aku tidak sempurna, aku tahu. Aku manusia biasa.Apa yang aku perlukan sekarang, hanya seseorang yang membimbing, bukan mengambil kesempatan. Banyak kurangnya aku, aku tahu. Tapi jangan ambil kesempatan. Bukan mudah nak cari mutiara di dasar laut yang tersembunyi di celah lumpur. Salah cari, tertipu dengan kilau kaca.Nai'mah...Teguhkan iman, tetapkan hati, letakkan tekad. Mendepani masalah dengan lapang dada. Tidak mendongak ke langit, tapi melihat rumput hijau di kaki. Yah! itu yang sepatutnya. Terima kasih.


Ayah.. Ibu.. doakan akhiran terbaik buat anakmu ini..

2 comments: