Tuesday, August 31, 2010

Machoisme: Terhakiskah kalau buat macam tue?

Ha.. Persoalan nih selalu aku debatkan dengan kawan-kawan lelaki. Tak puas hati nih! hahahaha~ Actually, merungkaikan persoalan yang bukan menjadi minat gender seteru bukanlah satu perkara yang baik. So, kawan-kawan, jangan tiru aku, hokeh..? hahaha~

Mamat gagah perkasa nih sidai kain sambil kelek anak tak?

Ayat standard yang selalu mak aku sebut kat rumah...
  
"Tak kira kamu nih lelaki ke perempuan ke.. Kerja-kerja rumah kamu kena jugak ambil tahu. Jangan ingat kamu lelaki kamu tak perlu memasak, sidai kain, apatah lagi basuh pinggan sendiri ye.. Sekurang- kurangnya bila dah kahwin nanti, tak semua kerja kamu suruh isteri kamu buat. Dia pun sama-sama cari rezeki tambah pendapatan, penat macam kamu jugak nanti...."

Wa salute sama statement ibu. Bukan apa.. Dan alhamdulillah, adik lelaki aku boleh diharap untuk mengambil alih tugas kakak-kakaknya bila mana kakak-kakaknya menyambung pelajaran. Ada kebenaran bukan? Status quo sebagai lelaki bukan bermakna menjadi tiket untuk lepas tangan je. Ada contoh yang menyebabkan aku kasihan pada wanita yang berstatus ibu nih. Terkontang-kanting kat dapur, anak merengek mintak disalin lampin, lagi dua orang berebutkan anak patung. Mana pergi ayah? kasihankan..? Tak patutlah macam tue. Even aku nih belum berkahwin, ibu selalu sebut, perkahwinan adalah sebuah perkongsian. Maksudnya, semua kena buat sama-sama. Jangan cakap.. 

                          " Ah.. Tue kerja perempuan. Apa hal pulak aku nak kena buat..?"

Statement paling tak wajar keluar nih. Mana datangnya kau kalau bukan dari rahim lembut seorang wanita. Lelaki perkasa dan berdedikasi bukan lahir dari mesin, tapi rahim itulah dia membesar sebeum menjengah dunia. Perempuan itu juga yang pulang kerja bersama-sama sang suami, akhirnya bergegas ke dapur menyediakan minuman, melayan kerenah anak, melayan kerenah suami. Penat sama-sama, rehat pun harus sama-sama bukan..? Isteri bukan superwoman.. Berapa kuat sangatlah tenaga seorang perempuan..Kenapa tidak berdikari sedikit..? Buat air sendiri. Tak susah kan? 

Pertolongan yang kecil pun boleh meringankan beban perempuan. Dah makan, basuhlah pinggan sendiri. jangan tinggalkan atas meja. Kalau dalam rumah ada 6 anggota keluarga, tiap seorang basuh pinggan sendiri, dah memudahkan kan? Pakaian kotor letak terus dalam bakul pakaian kotor, pun dah kira memudahkan. Bukannya susah? Tau pakai tahu kemas. Tahu makan, tahu basuh. Ibu itu bukan orang suruhan okeh..? Isteri itu bukan orang gaji okeh? Hargai wanita seadanya dia. Ada pulak yang tanya..

                                          "dah tue.. Perempuan buat apa..?"

Makan pakai kamu bukan orang perempuan jaga ke? Zaman sekarang perempuan keluar bekerja. Kita tak boleh dan tak selayaknya menyamakan perempuan zaman sekarang dengan emak- emak nenek-nenek kita zaman dahulu yang mampu menjaga anak 10 orang seorang diri. Mereka dulu tak bekerja, tak perlu hantar anak ke sekolah.. Tak perlu meredah traffic jam hari-hari.. Tak perlu menghantar anak ke tuition saban malam.Perbandingan wajar dilakukan ke atas sesuatu yang wajar. Hilang ke macho lelaki bila sidai kain? Tak kan. Aku rasa, kalau laki aku macam tue, lagi aku sayang.. Hilangkah kehandsoman lelaki itu bila turun ke dapur? Taklah.. Nampak lagi maskulin apa.. Pernah dengar forum "semanis Kurma" tak? Aku tak ingat apa tajuk dia tapi content perbincangan dia ada berkaitan dengan ini semua. Tiap satu benda mesti ada 1st time nya. Tak pernah sidai kain akan jadi PERNAH sidai kain kalau nak mulakan. Tak pernah turun dapur akan jadi PERNAH turun dapur kalau nak mulakan.Tak pernah basuh pinggan akan jadi PERNAH basuh pinggan kalau nak. Pokok pangkalnya kehendak diri sendiri. Anak-anak perlu dilatih sedari kecil supaya lebih berdikari, bukan bergantung segala-galanya pada umminya atau abuyanya. Kalau tak dipecahkan sagu, manakan dapat ruyungnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini dah jadi buluh baru nak lentur, patahlah. Kalau ayah pernah turun dapur, anak-anak lelaki pasti akan ikut. Tapi kalau perempuan tak buat, sekeh je kepala dia.. hahahaha~

Role model terbaik datang dari kedua ibu bapanya.. =D

1 comment: