Wednesday, August 25, 2010

Kenapa guru?

Hari nih tak dapat nak buat kuih sebanyak sebelum nih. Nak arrange new appointment untuk fisioterapi. Dah 3 tahun tak buat, fuh! makin teruk pulak rasanya.Sabar ye Miss Nai'mah. Tiap dugaan yang ALLAH bagi ada sebab musababnya dan hanya DIA yang tahu kenapa semuanya datang pada kau. REDHA! Dulu masa kat UiTM sempat pergi HTAR untuk fisio, rasanya tak sampai sepuluh kali kowt. Tak larat. Miss banyak sangat kelas. Follow up untuk asthma lagi.. ENT lagi.. Fisio lagi.. Kulit lagi? So.. Terpaksalah korbankan mana yang tak mendatangkan musibah yang teruk compare dengan asthma, yang sudah semestinya mesti ada bekalan ubat tiap waktu. Belum ada kerja nih, kesempatan terbaik untuk sambung sekejap mana yang terpaksa dikorbankan dulu. ENT dengan asthma dah settle. Kulit? Urmmm.. Malasnya.... Fisio..? Kena buat..

Hahahahaha~ aku dok merapu. Tajuk.. "kenapa cikgu..?" Ok lah.. Macam nih ceritanya. Sorang member yang dah jadi cikgu nih post sesuatu pada wall Facebook aku. Tak boleh blah, hahahaha~ 

      "Mah.. Kenapa kau nak cikgu..?"
      "Senang.. Kalau laki aku cikgu, cuti dia banyak, kah3!!!"
      "kau nih sebijik mak aku, aduhai.."
      "Standard lah.. Mak aku sendiri kan cikgu, hahahahaha~"

Hahaha~ Macam tu je ceritanya. Kalau lah dapat, best2! Dulu apply cikgu tak dapat. Kandas sampai MEDSI je. Tak dapat nak masuk interview.  Ada juga yang cakap...
   
  "Kau nih choosy sangat kowt Naim.. Sebab tue takde yang nak.."

  "Kau nak macam mana lagi.. Ok la kowt budak tue.."

Hamboi mulut, hahahaha~ Tak salah memilih kan? Untuk tempoh jangka panjang. Kena ambil kira dengan keadaan diri sendiri juga.Mesti semuanya nak cari yang sihat bukan..? So.. Realitinya.. Aku dah terima sejak awal lagi. Cuma biasalah, Nai'mah nih kadang-kadang menggedik jugak, hehe~ Tak banyak kriteria yang aku nak. Tiada sesiapa yang perfect kat muka bumi nih. Aku tahu tue. Tapi sebagai wanita muslim, perkara paling wajib bagi aku dia boleh menjadi khalifah terbaik dalam rumah. Mengimami solat, sudah semestinya. Ajar anak-anak mengaji. Ha.. Pandai masak. Hehehe~Try tanya ayah.. Semua dia tahu masak. Tak sabar nak tunggu munjong.. Satu adat jawa. Hantar makanan ke rumah saudara-mara. Sambal kacang ayah.. Best!Banyak kriteria aku tengok ada pada ayah, rasanya macam semua aku nak ada pada bakal suami, hehe~ Because, he is the perfect man I have ever know. Nobody can replace his place in my life. Susah kan..? Dia sendiri ringan tulang. Buat kerja lebih advance dari perempuan. 1st class beb bapak aku nih! Tak susah pun. Ayah tak pernah berkira dengan apa yang ibu masak. Dia makan je. Cuma, kadang-kadang kalau dia balik dari pasar bawak balik barang basah, ibu mesti cakap...

     "Ayah awak nak makan mee kari la tue.."

hahahaha~ Puasa tahun nih nak dekat seminggu kami makan mee kari sebab ayah suka sangat mee kari. Dia beli bahan, kami dah kena faham.Owh.. Ayah pun tenaga pengajar jugak, hehe~ So, environment aku penuh dengan cikgu-cikgu. Opps.. Hampir tertinggal.. No cigar please.. hahahahahahahahahaha~ Makin pendek lah umur kalau dalam rumah atau sekitar aku ada yang makan asap nih.. =p


Master.. My next aim.. Should continue it before 2012.. Have to!

No comments:

Post a Comment