Tuesday, August 31, 2010

Machoisme: Terhakiskah kalau buat macam tue?

Ha.. Persoalan nih selalu aku debatkan dengan kawan-kawan lelaki. Tak puas hati nih! hahahaha~ Actually, merungkaikan persoalan yang bukan menjadi minat gender seteru bukanlah satu perkara yang baik. So, kawan-kawan, jangan tiru aku, hokeh..? hahaha~

Mamat gagah perkasa nih sidai kain sambil kelek anak tak?

Ayat standard yang selalu mak aku sebut kat rumah...
  
"Tak kira kamu nih lelaki ke perempuan ke.. Kerja-kerja rumah kamu kena jugak ambil tahu. Jangan ingat kamu lelaki kamu tak perlu memasak, sidai kain, apatah lagi basuh pinggan sendiri ye.. Sekurang- kurangnya bila dah kahwin nanti, tak semua kerja kamu suruh isteri kamu buat. Dia pun sama-sama cari rezeki tambah pendapatan, penat macam kamu jugak nanti...."

Wa salute sama statement ibu. Bukan apa.. Dan alhamdulillah, adik lelaki aku boleh diharap untuk mengambil alih tugas kakak-kakaknya bila mana kakak-kakaknya menyambung pelajaran. Ada kebenaran bukan? Status quo sebagai lelaki bukan bermakna menjadi tiket untuk lepas tangan je. Ada contoh yang menyebabkan aku kasihan pada wanita yang berstatus ibu nih. Terkontang-kanting kat dapur, anak merengek mintak disalin lampin, lagi dua orang berebutkan anak patung. Mana pergi ayah? kasihankan..? Tak patutlah macam tue. Even aku nih belum berkahwin, ibu selalu sebut, perkahwinan adalah sebuah perkongsian. Maksudnya, semua kena buat sama-sama. Jangan cakap.. 

                          " Ah.. Tue kerja perempuan. Apa hal pulak aku nak kena buat..?"

Statement paling tak wajar keluar nih. Mana datangnya kau kalau bukan dari rahim lembut seorang wanita. Lelaki perkasa dan berdedikasi bukan lahir dari mesin, tapi rahim itulah dia membesar sebeum menjengah dunia. Perempuan itu juga yang pulang kerja bersama-sama sang suami, akhirnya bergegas ke dapur menyediakan minuman, melayan kerenah anak, melayan kerenah suami. Penat sama-sama, rehat pun harus sama-sama bukan..? Isteri bukan superwoman.. Berapa kuat sangatlah tenaga seorang perempuan..Kenapa tidak berdikari sedikit..? Buat air sendiri. Tak susah kan? 

Pertolongan yang kecil pun boleh meringankan beban perempuan. Dah makan, basuhlah pinggan sendiri. jangan tinggalkan atas meja. Kalau dalam rumah ada 6 anggota keluarga, tiap seorang basuh pinggan sendiri, dah memudahkan kan? Pakaian kotor letak terus dalam bakul pakaian kotor, pun dah kira memudahkan. Bukannya susah? Tau pakai tahu kemas. Tahu makan, tahu basuh. Ibu itu bukan orang suruhan okeh..? Isteri itu bukan orang gaji okeh? Hargai wanita seadanya dia. Ada pulak yang tanya..

                                          "dah tue.. Perempuan buat apa..?"

Makan pakai kamu bukan orang perempuan jaga ke? Zaman sekarang perempuan keluar bekerja. Kita tak boleh dan tak selayaknya menyamakan perempuan zaman sekarang dengan emak- emak nenek-nenek kita zaman dahulu yang mampu menjaga anak 10 orang seorang diri. Mereka dulu tak bekerja, tak perlu hantar anak ke sekolah.. Tak perlu meredah traffic jam hari-hari.. Tak perlu menghantar anak ke tuition saban malam.Perbandingan wajar dilakukan ke atas sesuatu yang wajar. Hilang ke macho lelaki bila sidai kain? Tak kan. Aku rasa, kalau laki aku macam tue, lagi aku sayang.. Hilangkah kehandsoman lelaki itu bila turun ke dapur? Taklah.. Nampak lagi maskulin apa.. Pernah dengar forum "semanis Kurma" tak? Aku tak ingat apa tajuk dia tapi content perbincangan dia ada berkaitan dengan ini semua. Tiap satu benda mesti ada 1st time nya. Tak pernah sidai kain akan jadi PERNAH sidai kain kalau nak mulakan. Tak pernah turun dapur akan jadi PERNAH turun dapur kalau nak mulakan.Tak pernah basuh pinggan akan jadi PERNAH basuh pinggan kalau nak. Pokok pangkalnya kehendak diri sendiri. Anak-anak perlu dilatih sedari kecil supaya lebih berdikari, bukan bergantung segala-galanya pada umminya atau abuyanya. Kalau tak dipecahkan sagu, manakan dapat ruyungnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini dah jadi buluh baru nak lentur, patahlah. Kalau ayah pernah turun dapur, anak-anak lelaki pasti akan ikut. Tapi kalau perempuan tak buat, sekeh je kepala dia.. hahahaha~

Role model terbaik datang dari kedua ibu bapanya.. =D

Saturday, August 28, 2010

Antara DIA dan DIA.. Kenapa harus ada DIA?



Apa yang akan kau orang lakukan bila ada 2 pilihan terbaik depan mata sekarang..? Tak kisah la.. Barang ke.. Rumah ke (bukan barang juga ke..?? hahaha~), orang ke..(boleh pulak ek..?? haha~) Kalau aku dalam situasi macam tue, kalau barang terlebih duit aku beli dua-dua. Kalau orang...  erk~ Hopefully aku tak susah memilih bila masanya tiba. susah bai.. Proses untuk mengenal tue mudah.. Proses nak memilih. Aku rasa nak buat election la.. buat kertas mengundi,pastue suruh adik-adik, mak bapak aku pangkah sape yang diaorang suka, wakakakaka~ Giler ah idea nih. But, why not..?? Itu baru dua.. Macam mana kalau tiba-tiba antara dua, muncul ketiga, keempat, dan kelima. Semua ada kriteria tertentu yang kita suka?? Ayat.. Macam aku nih famous sangat lah pulak.. Perasan, kah3!! 
-Istikharah-

 Yah! Itu perlu. walau cuma ada satu depan mata.. Pertolongan dari yang Maha SATU, Maha ESA itu penting dalam membuat perhitungan.


Ah.. Tapi semua tue masih awal, selagi aku masih tak dapat nak merubah diri sendiri. Terima sebab simpati antara keduanya? Atau terima sebab paksa rela? atau.. Terima sebab masa tue aku dah tak laku, takde yang nak..? Nauzubillah! Mohon dijauhkan. Yang baik-baik sajalah. Hidup harmoni selama nih, tapi sebab salah percaturan kemudian hari, akhirnya aku tersungkur dalam gaung. Hoh!

Thursday, August 26, 2010

To: The one whom I called Doremon.. =D






I miss someone.. It was almost 6 months I didn't meet him. Hoh! And I think, you are right about that thing. You know what I mean. I still saved your message about Kristin Kreuk, hahahahaha~ The message sounds a little bit serious from you , but its ok for me.Sorry for the zillion times. I know you are reading my blog.Happy celebrating Ramadan Al-Mubarak.

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa guru?

Hari nih tak dapat nak buat kuih sebanyak sebelum nih. Nak arrange new appointment untuk fisioterapi. Dah 3 tahun tak buat, fuh! makin teruk pulak rasanya.Sabar ye Miss Nai'mah. Tiap dugaan yang ALLAH bagi ada sebab musababnya dan hanya DIA yang tahu kenapa semuanya datang pada kau. REDHA! Dulu masa kat UiTM sempat pergi HTAR untuk fisio, rasanya tak sampai sepuluh kali kowt. Tak larat. Miss banyak sangat kelas. Follow up untuk asthma lagi.. ENT lagi.. Fisio lagi.. Kulit lagi? So.. Terpaksalah korbankan mana yang tak mendatangkan musibah yang teruk compare dengan asthma, yang sudah semestinya mesti ada bekalan ubat tiap waktu. Belum ada kerja nih, kesempatan terbaik untuk sambung sekejap mana yang terpaksa dikorbankan dulu. ENT dengan asthma dah settle. Kulit? Urmmm.. Malasnya.... Fisio..? Kena buat..

Hahahahaha~ aku dok merapu. Tajuk.. "kenapa cikgu..?" Ok lah.. Macam nih ceritanya. Sorang member yang dah jadi cikgu nih post sesuatu pada wall Facebook aku. Tak boleh blah, hahahaha~ 

      "Mah.. Kenapa kau nak cikgu..?"
      "Senang.. Kalau laki aku cikgu, cuti dia banyak, kah3!!!"
      "kau nih sebijik mak aku, aduhai.."
      "Standard lah.. Mak aku sendiri kan cikgu, hahahahaha~"

Hahaha~ Macam tu je ceritanya. Kalau lah dapat, best2! Dulu apply cikgu tak dapat. Kandas sampai MEDSI je. Tak dapat nak masuk interview.  Ada juga yang cakap...
   
  "Kau nih choosy sangat kowt Naim.. Sebab tue takde yang nak.."

  "Kau nak macam mana lagi.. Ok la kowt budak tue.."

Hamboi mulut, hahahaha~ Tak salah memilih kan? Untuk tempoh jangka panjang. Kena ambil kira dengan keadaan diri sendiri juga.Mesti semuanya nak cari yang sihat bukan..? So.. Realitinya.. Aku dah terima sejak awal lagi. Cuma biasalah, Nai'mah nih kadang-kadang menggedik jugak, hehe~ Tak banyak kriteria yang aku nak. Tiada sesiapa yang perfect kat muka bumi nih. Aku tahu tue. Tapi sebagai wanita muslim, perkara paling wajib bagi aku dia boleh menjadi khalifah terbaik dalam rumah. Mengimami solat, sudah semestinya. Ajar anak-anak mengaji. Ha.. Pandai masak. Hehehe~Try tanya ayah.. Semua dia tahu masak. Tak sabar nak tunggu munjong.. Satu adat jawa. Hantar makanan ke rumah saudara-mara. Sambal kacang ayah.. Best!Banyak kriteria aku tengok ada pada ayah, rasanya macam semua aku nak ada pada bakal suami, hehe~ Because, he is the perfect man I have ever know. Nobody can replace his place in my life. Susah kan..? Dia sendiri ringan tulang. Buat kerja lebih advance dari perempuan. 1st class beb bapak aku nih! Tak susah pun. Ayah tak pernah berkira dengan apa yang ibu masak. Dia makan je. Cuma, kadang-kadang kalau dia balik dari pasar bawak balik barang basah, ibu mesti cakap...

     "Ayah awak nak makan mee kari la tue.."

hahahaha~ Puasa tahun nih nak dekat seminggu kami makan mee kari sebab ayah suka sangat mee kari. Dia beli bahan, kami dah kena faham.Owh.. Ayah pun tenaga pengajar jugak, hehe~ So, environment aku penuh dengan cikgu-cikgu. Opps.. Hampir tertinggal.. No cigar please.. hahahahahahahahahaha~ Makin pendek lah umur kalau dalam rumah atau sekitar aku ada yang makan asap nih.. =p


Master.. My next aim.. Should continue it before 2012.. Have to!

Sunday, August 22, 2010

Apa korang buat sepanjang bulan puase..?

Hahaha~ aku..? kerja 7 hari seminggu sepanjang bulan puase. Ok la.. Ok la.. I admit that I didn't get any permanent since the day I finished my internship. A month, and I still didn't get any call after attending few interviews. Relax Nai'mah.Its only a month. Try harder. Send more resume, hoho~ Tenshion balik kampung orang tanya pasal kerja. Relaks la mak cik.. Relaks la pak cik.. Saya kerja apa.. Saya jual kuih tau.. Jual kek. Ada ijazah tak bermakna aku tak boleh buat semua nih, betul tak..? TQ ayah ibu sebab paksa anak-anak dara dia nih masuk dapur dari kecil.

Thanks to my parent, especially to my mum who give full support from the very beginning. Suntikan modal pun dia yang bagi. Alhamdulillah.. Aku buat apa..?

 Kek coklat kat atas nih sebuku RM18.00.. Kosong tade coklat, RM15.00. Start jual dari sebelum puase lagi. err.. Huduh!

Tiga singget.. Tiga singget!!!Talam keladi, talam berlauk, talam kacang merah, pulut serunding, dengan onde-onde a.k.a buah melaka.  Nih dok anta kat Mak cik Dah depan Taman Bakri Jaya.

Nilah Highland Tower aku, hahaha~ Akhirnya akan dihantar oleh pak supir Syahmi, hahahahaha~


Lepas lah sikit sebanyak apa-apa yang perlukan bayaran. Terima kasih ibu.. Terima kasih ayah.. Terima kasih     Syahmi. So, korang, apa aktiviti sepanjang puase nih..?


I miss my student title. I miss UiTM.

Thursday, August 5, 2010

bedtime story: mice with an elephant..?

I read my friend's blog. and I laugh like hell when he start his words.It remind me back in the bed time when I used to be my mun little girl. My mum will lay down beside three of her angels, and start her story telling. We never question anything except if we think the ending was sad and we will ask why.. You want to know more..? Just click the picture.. Thanks Mac for sharing. =D

owh elly.. don't step on that little mice.. 

Tuesday, August 3, 2010

Whos that girl..?


Hey guys.. Do you know who is she..??  He got the talent and he is a friend of mine. Interested..? You may want to look at this.. Click here.