Saturday, July 10, 2010

Everything has been settled..


Lega! Segalanya dah selesai. Hantar report praktikal, pergi MAHB untuk cop pengesahan buku log, ambil salinan sijil STPM dekat MPM. Kelegaan yang tak terhingga. Apa yang belum selesai lagi, salinan laporan untuk MAHB. Hurmmmmm.. Bakalnya, pos lajulah tue. Nak ke sana, ongkosnya bai.. Aku tengah kekeringan nih. Tapi, report tu merisaukan la.. Hurmmmmmm.. Tawakal sahajalah. Aku hanya berserah. Harap-harap tiada halangan gara-gara subjek yang satu nih.

Thank you very much buat Nurul Safara sebab sudi angkut aku ke Sepang, Shah Alam... Ala.. Senang kata, everywhere yang aku terpaksa pergi lah.. Since dia yang drive.. Aku tolong drive pun, time balik je. Kasihan dia. Macam mana perjalanan kami?

Ikut perancangan awal, kami akan bergerak dari Muar sekitar jam 7 pagi, 7 Julai hari tue. Tapi, disebabkan masalah aku tak selesai lagi, maka kami bergerak jam 9 pagi. Sepanjang perjalan, aku cuba menyiapkan report. Apa lagi, bukak lah lappy tue. Safara pulak selain drive, tak pasal-pasal dia jadi cikgu grammar aku, hahahaha~ Pening kepala dia nak memahamkan apa yang aku cakap. Ayat putar alam, hahahaha~

First destination; for sure MAHB. Aku belikan mee siput untuk Encik Hazizi dengan Ustaz. Mana nak dapat mee siput dekat tempat lain kan.. Nak masak.. hoho~ kek coklat kukus kurang manis. tue jelah.. Baki makan tengahari, aku dah pulun dengan Safara. Cuma sempat buat asam pedas ikan kembung dengan telur dadar. Sorry ye Saf. Kesian kau, huhu~

Selesai segala urusan di MAHB, kami bergerak ke Shah Alam, lepak dekat MacDonald seksyen 2 sebab nak siapkan report. Sekali lagi Safara geleng kepala bila aku strat bacakan sentences untuk report aku, hahahaha~ last-last dia terpaksa duduk sebelah, betulkan apa yang patut. Unfortunately, ada lagi yang belum selesai. Maaf sangat-sangat to Norazura Aziz sebab aku tak dapat emailkan apa yang beliau perlukan. Network connection, tuhan sahajalah yang tahu betapa dahsyatnya keadaan dia. Sabar jelah. Esek-esek dc.. Esek-esek dc.. Settle report, terus hantar untuk dibuat hardcover. Ingatkan nak lepak kejap sampai hari Jumaat, sebab report tue boleh siap hari Jumaat, tapi.. Ada urusan lain yang menanti. Hana Munshirah, Siti Rahayu, dan Ain, terima kasih atas bantuan kalian, huhu~ Ingatkan boleh la balik terus. Dah tiada duit langsung. Habis terus. Dah la lupa nak bawa ATM card. Dahsyat. Terpaksa berhutang dengan rakan-rakan. Hurmmm.. Sangat careless.. Kalau prepare awal-awal, benda nih mesti tak jadi macam nih. Safara ajak juga ambil salinan sijil STPM dekat MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) even sebenarnya aku waktu tu dah give up sebab kekeringan. Duit makan dengan tol je yang cukup. Nak ambil sijil tu kena bayar RM50.00. Mana nak cari duit? Solution.. Safara offer hutang duit dia dulu. Ok lah.. Tapi aku kena bayar hutang - hutang berkaitan no matter what.

Bila dah decide macam tue, maka segala perancangan berubah on the spot. Sempat mid night movie. Bukan duit aku ye.. Beliau, adeh! Tapi cerita tak boleh blah. Sakit perut. Title dia She is my League kalau tak silap lah, hehe~ Tak peduli dah. Start iklan je pun aku dah gelak. Movie habis jam 1.15 pagi. Ronda-ronda sampi jam 4.30 pagi. Berjalanlah kami satu KL, sampai bangsar, Putrajaya, mana-mana ntah.. Kepenatan, bukak GPS, cari direction ke Batu Caves. Tak larat dah. Nak tidur kat rumah saudra mara dah lewat sangat. So, kami park kereta dekat petronas area Batu Caves, tidur dalam kereta, hehehehehe~ 


Sejuk!!!!!! tue first reaction aku bila makin pagi. Pakai sweater si Saf, dia pulak dah jadi udang, mengkrekot. Kasihan dia. 7.00 pagi, bangun.. selimutkan Saf dengan sweater dia (hahaha~ aku pakai macam sweater sendiri..), dok termenung jelah. Hari dah makin siang, orang dah mula ada dekat Petronas tue. Segan pulak nak bangun. Dalam jam 8.30 pagi, kami mula bergerak cari MPM. Lokasi dia dekat Bandar Baru Selayang, Batu Caves.

Kali nih, bukak lappy, cari dekat Google map. Tersesat je.

                 Bak kata Safara, " inilah jadinya bila perempuan pegang map..."

hahaha~ Cari punya cari punya cari.. Akhirnya jumpa jugak lepas entah berapa kali buat u-turn. Sementelahan aku menyelesaikan urusan di MPM, peneman setia nih tidur dalam kereta. Bila dah selesai sekitar jam 10.00 pagi, teka apa Safara buat..?


Jeng.. Jeng.. Jeng... Kau agak-agak dia tengah buat apa..?


Tiba-tiba gadis ini menjadi pemalu, kah3!!!


Goodbye MPM, penat cari kau..



Burung pungguk atas dahan
Terbang tinggi hilang di awan
Terima kasih duhai teman
Budi dan jasamu dalam ingatan..

No comments:

Post a Comment