Saturday, July 31, 2010

Geledah blog bersama... MAWAR.... =D


Segannya. Semua resepi hebat-hebat. Tapi takpelah. Ini juadah wajib ada atas meja tak kira masa.

Ramadhan antara bulan yang paling seronok buat kami sekeluarga, tambah-tambah lagi bila semua dapat berkumpul. Apa yang penting ada dalam setiap hidangan adalah SAMBAL.Sambal yang aku nak share nih bukan calang-calang sambal. Tak kena gaya boleh pahit. Resepi turun-temurun dari nenek belah ayah ; pure jawa punya. Banyak berguru dengan nenek kalau bab masakan jawa.Nenek panggil sambal nih  SAMBAL KORET. Tak tahu kenapa. maybe sebab sambal nih kena korek dari lesung batu kowt, hahaha~



BAHAN-BAHAN;

2 cawan     Cili kering*
1 cawan     Ikan bilis*
3-4 biji       Bawang merah (belah dua)
                  Minyak masak untuk menggoreng
                  Garam (aku tak letak garam)
                  Perasa ( mengikut keperluan)
*Cili kering perlu dipotong terlebih dahulu, buang lebihan biji dan dikeringkan bawah terik matahari seharian. Ikan bilis dibasuh dan dikeringkan bawah terik matahari seharian. Kedua-duanya perlu dipastikan kering.)


CARA-CARA:
  1. Panaskan minyak menggunakan api yang perlahan.Goreng ikan bilis, angkat, dan toskan di atas towel paper. Pastikan tidak hangit.
  2. Menggunakan minyak yang sama, goreng pula cili kering. kali ini gunakan api yang paling perlahan. Balik-balikkan dan angkat. Gunakan towel paper untuk menyerap lebihan minyak.
  3. Goreng bawang sehingga setiap lapisannya terbuka. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk cili kering sehingga hancur, masukkan bawang dan perasa. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Kalau nak sedap, ikan bilis tue tak perlu teralu hancur.
Sedap dimakan bersama nasi panas berlaukkan sayur masak air. Adik suka masukkan sambal nih dalam lempeng, kemudian gulung.Selamat mencuba! =D







Thursday, July 29, 2010

Happy 25th Anniversary Ayah.. Ibu... I LOVE U.. Muah2!!

Today is my parent's Anniversary. Wawawawa~ And today.. My mom request Lontong as our family lunch. No worries mummy. Siap sudah. Imah dah makan pun, hahahaha~

TAdaaaAAAA~ Inilah hasilnya. Sebab suka tempe, aku letak tempe lebih sikit. Sayang lagi dua orang adik takde kat sini, huhuhu~ Tempe tue aku belah dua, potong serong-serong besar jari kelengkeng, goreng, baru masuk dalam kuah lodeh nih. Tauhu pun sama. Tujuannya, nak elak dua bahan yang lembut nih hancur dalam kuah bila dikacau.Gurp! Alhamdulillah... To Mr. Ali Arashid and Mrs. Rasilah Abdul Manaf, thanks for lighting our lives. You are my everything. =D


I LOVE YOU MOM.. I LOVE YOU DAD!

Sunday, July 25, 2010

Bread and Pastry Class, July 24, 2010


Can you see that..?? can you see that..?? hahahahahaha~

That is what i have done with my sister today at GIATMARA Ledang district. We joined Bread and Pasta class for the whole day. I'm happy with it. Love it.. yeah! Lets picture tell the story  kay! =D

1st session. making croissant. Put the pastry margerine on the top of the dough, lipat, roll balik.. lipat.. roll balik.. You can built your own muscle when you do it everyday buddy, I tell you.. Penambah perisanya? Peluh aku.. kah3!!!

Tak larat dah nak roll. Anis ganti. Adik aku nombor 2.


Baked croissant

Cheese loaf.. Later tak payah dah nak beli roti. Tukar filling je..

Decorate. Even benda basic je, tapi seronok!

Besar tak..?? hahahaha~

Doughnut yang kami buat paling besar dalam kelas tue. Orang lain boleh dapat 20-25 biji, agak-agak kauorang, kami dapat berapa biji..?? hahahaa~ teka.. Teka cepat..



Haiz.. Lambat la.. 16 biji, hahahaha~ masa goreng, 6 biji je lepas sekali goreng, even orang lain boleh muat sampai 8 biji. Besar tak..? ha.. Puas makan. Cepat siap. Cepat makan. Cepat kemas.

Lepas nih nak cari pastry class lagi. Enjoy this class. Cooking is my passion!



Wednesday, July 14, 2010

Hari ini 14 Julai, 2010

Dah masuk 2 minggu duduk rumah. Bosannya, nauzubillah! Macam biasa, hari-hari masak. Hari nih try bake Banana shortbread. Tapi, maaf lah ye, semuanya dah selamat hadam dalam perut, hahaha~  Lebih kurang macam nih la rutinnya..

6.00 pg     
Bangun. Sembahyang subuh. Buat sarapan. Sambung tido... =p

6.45 pg     
Ada pulak orang call pagi-pagi nih. Tiba-tiba ibu masuk bilik. Tak dapat nak sambung tidur, mata dah  segar. Basuh baju.

8.30pg     
 Jadi ular sawa gemuk atas katil. Tergolek-golek. Call Safara tanya dia free ke tak. Nak pergi Kastam Muar, ntah manalah bangunannya.

9.30pg      
Alamak! kain dalam mesin basuh belum spin, hehehe~ tak senonoh perangai anak dara. Cepat-cepat bangun pergi spin baju. Tiba-tiba rasa macam nak try resepi baru pulak. Ah! bangunlah!

10.00pg    
Settle sidai baju semua. Main kejar-kejar dengan biawak kat belakang rumah. Tak boleh pakai  punya biawak. Teresak-esak, tersedu-sedu ayam cikgu Maria kat belakang rumah menangis sebab kena sergah biawak. hahahahahaha~

10.30pg    
Drive kereta pergi Parit Tengah. Cari pisang embun takde, pisang emas pun jadilah. Barang-barang yang dibeli ialah susu segar, gula perang, dengan pisang emas. Adalah dalam 2 sisir.

11.00pg   
Start projek buat Banana shortbread. Santan dah keluarkan awal-awal. Santan nih, untuk lauk tengahari punya projek. Nak resepi sedap-sedap? You may click here.

11.30pg   
 Adunan masuk dalam oven. Suhu 180c biar dalam oven dalam 50 minit. Start siang pucuk ubi.celur, hiris-hiris. Nak buat apa? Pucuk ubi masak lemak sudah.. Ikan kembung masak tauchoo dengan sambal koret.

12.40 tghri    
 Siap masak semua. Sejukkan kek. Sesi kemas rumah pulak.

1.30ptg    
 Eh.. Aku tak mandi agi eh..?? hahaha~ Mandi. Siap-siap. Hidang makanan atas meja. Tunggu ibu balik.  

2.00ptg    
 Gerak ke rumah Safara. Bagi Saf kek 1/4 then terus ke bangunan depan bangunan Kastam.Konon-konon nak tukar duit pada Dollar Singapore. Habis pulak. Kena datang esok.

2.30ptg     
Cari kasut Safara. Esok dia dah balik Indon. Hei.. Takde lagi la tempat aku nak menggedik, haha~ sowie Saf. Aku kan memang macam nih.

3.00ptg    
 Perasan handphone tok nombor Celcom dah hiang. Patah balik ke bandar. Cari. Mana nak dapat bai. Mesti la lesap. Jamn otak kejap.

3.30ptg     
Drop Safara. Otak masih blur. Tak tahu nak buat apa. Terus balik rumah.

3.40ptg     
Tiba rumah. Bagitahu ibu. Post dekat Facebook. Haiz.. Takde duit nak reload nombor Maxis.Cas, masih biarkan off lagi.


Sekarang.. Aku masih blur. Sayang bangat nombor tu, hurmmmmmmm~ Esoklah pergi Celcom center. Nak jugak nombor tue. Nak jugak!


012-7621079. Maxis number. If have any, don't be hesitate to make a call or text me ya!

Saturday, July 10, 2010

Everything has been settled..


Lega! Segalanya dah selesai. Hantar report praktikal, pergi MAHB untuk cop pengesahan buku log, ambil salinan sijil STPM dekat MPM. Kelegaan yang tak terhingga. Apa yang belum selesai lagi, salinan laporan untuk MAHB. Hurmmmmm.. Bakalnya, pos lajulah tue. Nak ke sana, ongkosnya bai.. Aku tengah kekeringan nih. Tapi, report tu merisaukan la.. Hurmmmmmm.. Tawakal sahajalah. Aku hanya berserah. Harap-harap tiada halangan gara-gara subjek yang satu nih.

Thank you very much buat Nurul Safara sebab sudi angkut aku ke Sepang, Shah Alam... Ala.. Senang kata, everywhere yang aku terpaksa pergi lah.. Since dia yang drive.. Aku tolong drive pun, time balik je. Kasihan dia. Macam mana perjalanan kami?

Ikut perancangan awal, kami akan bergerak dari Muar sekitar jam 7 pagi, 7 Julai hari tue. Tapi, disebabkan masalah aku tak selesai lagi, maka kami bergerak jam 9 pagi. Sepanjang perjalan, aku cuba menyiapkan report. Apa lagi, bukak lah lappy tue. Safara pulak selain drive, tak pasal-pasal dia jadi cikgu grammar aku, hahahaha~ Pening kepala dia nak memahamkan apa yang aku cakap. Ayat putar alam, hahahaha~

First destination; for sure MAHB. Aku belikan mee siput untuk Encik Hazizi dengan Ustaz. Mana nak dapat mee siput dekat tempat lain kan.. Nak masak.. hoho~ kek coklat kukus kurang manis. tue jelah.. Baki makan tengahari, aku dah pulun dengan Safara. Cuma sempat buat asam pedas ikan kembung dengan telur dadar. Sorry ye Saf. Kesian kau, huhu~

Selesai segala urusan di MAHB, kami bergerak ke Shah Alam, lepak dekat MacDonald seksyen 2 sebab nak siapkan report. Sekali lagi Safara geleng kepala bila aku strat bacakan sentences untuk report aku, hahahaha~ last-last dia terpaksa duduk sebelah, betulkan apa yang patut. Unfortunately, ada lagi yang belum selesai. Maaf sangat-sangat to Norazura Aziz sebab aku tak dapat emailkan apa yang beliau perlukan. Network connection, tuhan sahajalah yang tahu betapa dahsyatnya keadaan dia. Sabar jelah. Esek-esek dc.. Esek-esek dc.. Settle report, terus hantar untuk dibuat hardcover. Ingatkan nak lepak kejap sampai hari Jumaat, sebab report tue boleh siap hari Jumaat, tapi.. Ada urusan lain yang menanti. Hana Munshirah, Siti Rahayu, dan Ain, terima kasih atas bantuan kalian, huhu~ Ingatkan boleh la balik terus. Dah tiada duit langsung. Habis terus. Dah la lupa nak bawa ATM card. Dahsyat. Terpaksa berhutang dengan rakan-rakan. Hurmmm.. Sangat careless.. Kalau prepare awal-awal, benda nih mesti tak jadi macam nih. Safara ajak juga ambil salinan sijil STPM dekat MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) even sebenarnya aku waktu tu dah give up sebab kekeringan. Duit makan dengan tol je yang cukup. Nak ambil sijil tu kena bayar RM50.00. Mana nak cari duit? Solution.. Safara offer hutang duit dia dulu. Ok lah.. Tapi aku kena bayar hutang - hutang berkaitan no matter what.

Bila dah decide macam tue, maka segala perancangan berubah on the spot. Sempat mid night movie. Bukan duit aku ye.. Beliau, adeh! Tapi cerita tak boleh blah. Sakit perut. Title dia She is my League kalau tak silap lah, hehe~ Tak peduli dah. Start iklan je pun aku dah gelak. Movie habis jam 1.15 pagi. Ronda-ronda sampi jam 4.30 pagi. Berjalanlah kami satu KL, sampai bangsar, Putrajaya, mana-mana ntah.. Kepenatan, bukak GPS, cari direction ke Batu Caves. Tak larat dah. Nak tidur kat rumah saudra mara dah lewat sangat. So, kami park kereta dekat petronas area Batu Caves, tidur dalam kereta, hehehehehe~ 


Sejuk!!!!!! tue first reaction aku bila makin pagi. Pakai sweater si Saf, dia pulak dah jadi udang, mengkrekot. Kasihan dia. 7.00 pagi, bangun.. selimutkan Saf dengan sweater dia (hahaha~ aku pakai macam sweater sendiri..), dok termenung jelah. Hari dah makin siang, orang dah mula ada dekat Petronas tue. Segan pulak nak bangun. Dalam jam 8.30 pagi, kami mula bergerak cari MPM. Lokasi dia dekat Bandar Baru Selayang, Batu Caves.

Kali nih, bukak lappy, cari dekat Google map. Tersesat je.

                 Bak kata Safara, " inilah jadinya bila perempuan pegang map..."

hahaha~ Cari punya cari punya cari.. Akhirnya jumpa jugak lepas entah berapa kali buat u-turn. Sementelahan aku menyelesaikan urusan di MPM, peneman setia nih tidur dalam kereta. Bila dah selesai sekitar jam 10.00 pagi, teka apa Safara buat..?


Jeng.. Jeng.. Jeng... Kau agak-agak dia tengah buat apa..?


Tiba-tiba gadis ini menjadi pemalu, kah3!!!


Goodbye MPM, penat cari kau..



Burung pungguk atas dahan
Terbang tinggi hilang di awan
Terima kasih duhai teman
Budi dan jasamu dalam ingatan..

Sunday, July 4, 2010

Begin.. Middle.. End..


MAHB tag.. Got this 2 weeks after start my internship..


Ya.. Ya.. Ya.. posing 3 days before my internship ends.. Any of you would like to hire me to be your model may call me ya.. hehehe.. <3

2 days before my internship ends.. Thank you to Mr. Vellayudan who treat such a marvelous lunch that day. And guess what? he treat the whoe Research & Planning department. Nice huh..?


Can you see every different name on plate..? It represent every of my family.. It was the first day after I arrived Muar. We hang out together at Malacca, picnic, shopping, and be a local tourist ronda-ronda around Malacca. Thanks to both my lovely sister who made all these alphabet.. Love it darling!


 My priority. Nobody can change that reality..

They are my lovely parents. Love you very much, ummuakz!


Anis teasing Syahmi.. So jahat, hahahaha!

Last but not least.. The Beauty Queen, hehehe!


Can you see what I see..? (",)