Wednesday, May 12, 2010

Segala-galanya baru di sini..




Minggu kedua praktikalku bakal melabuhkan minggunya dua hari dari sekarang. Memulakan latihan praktikal tepat 3 hb yang lalu. Mula-mula menjejakkan kaki ke Malaysia Airline Holdings Berhad, macam-macam perasaan bercampur-baur dalam diri. Tambah-tambah rasanya hanya segelintir yang memilih special library sebagai tempat bagi menyelesaikan internship mereka semester ini. Tapi nyata, tanggapanku jauh meleset daripada apa yang dijangka. Staff di MAB taklah segarang bagai yang disangka, malahan friendly. Lain padang,maka lainlah belalangnya. Disebabkan library mereka (sebenarnya hanya sebuah resource centre) kecil, proses yang dijaankan untuk circulation juga lebih ringkas. Sedikir demi sedikit aku mula suka MAB, haha.
Life aku sekarang? hurmm.. Macam biasa.Tak banyak perubahan yang berlaku. Cuma, mungkin aku makin menjadi gadis yang membosankan. Kekurangan idea untuk menulis, tapi masih mahu mencoretkan sesuatu di blog sendiri sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat aku luahkan selepas seharian menjalankan tugasan di MAB.Cemburu barangkali dengan teman yang lain sebab dapat belajar lebih daripada apa yang aku sepatutnya tahu. 

Hari ini hari malang buatku. Kereta Myvi ibu yang aku pinjam, dah dicalarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Kalaulah aku ada kuasa, memang aku nak santau je orang bodoh tue.. Apa ke banganglah buat macam tue. Ingat aku nih anak orang kaya ke petik jari boleh dapat duit?Kiri kanan dari depan sampai belakang lepas tue serious memang dalam! damn! Ada akal ke tak tak tahu lah.. Kasihan ibu. Sepanjang beliau bawa kereta tue, tak pernah ada calar pun. Dapat ke aku jadi macam tu. Tak kecewa ke? Aku sedih sangat-sangat. Tak ada manner langsung! Bangsa Meayu ke tue? Mana pergi rasa hormat pada orang lain? Mana hilang maruah nih? Tak cukup ke didikan mak bapak korang selama nih ?rosakkan harta orang sampai macam tu? Aku bukan orang kaya. Bapak aku cuma polis berpangkat rendah. Mak aku cuma guru sekolah rendah. Apalah dugaan macam nih sekali.. Mungkin bagi kalian perkara nih simple sahaja, tapi tidak bagi aku. Kereta tu dibeli dengan duit yang ibu kumpulkan sepanjang beliau bekerja. Aku yang hanya meminjam nih dah jahanamkan harta dia. Agak-agak, apa yang aku rasa? Aku kecewa sebab dah sia-siakan amanah yang diberikan padaku. Kecewa yang aku tak dapat nak unggkap dengan kata-kata. Kesian ibu.


Maafkan imah ibu~

No comments:

Post a Comment