Wednesday, April 14, 2010

Sudah!

Keluh kesah tiada penghujung
Terhenyak dengan kata-kata
Terduduk penuh tanda tanya
Bila nak berakhir?
Terkadang aku rasa
Terperosok di hujung penjuru sempit
Yang pastinya sukar digapai tangan-tangan itu
Gelap berdebu
Hapak berbau hancing
Aku lemas tapi
Apa dayaku lagi?
Sudah-sudahlah
Aku penat mendaki bukit
yang akhirnya umpama tergelincir jatuh kembali
Ke jurang dalam
Sudah-sudahlah tangan itu
Mencalar tangan sendiri
Sebab aku?
Aku penat.
Lelah
Bosan
Benci
Tiapkali tangan itu mencalar diri
Mencemar tapak
Hanya untuk menarikku kembali

No comments:

Post a Comment