Monday, March 15, 2010

Hujung minggu yang lalu..




Nak cerita apa yang aku buat last weekend, kenalah cerita dari awal macam mana boleh jadi last weekend kan? hehe.. Last wednesday, aku dah plan macam-macam nak settle kan everything konon-konon tak nak bazirkan masa lah. Repair printer, beli barang-barang untuk picnic, bayar bil Celcom, etc..etc... However, we as a human only can plan it and it was not necessary everything what we've plan can give the best result isn't it? Macam tulah ceritanya dengan aku. Mengagau cari kereta sewa, tak ada nak jumpanya. Time diperlukan, tak ada, time tak diperlukan, ada je yang offer nak sewakan. Tanya pada rakan-rakan, diaorang pun nak pakai kereta memasing. Tebal jugaklah muka. Tapi kalau tak mencuba, mana nak tahu hasilnya kan? So, akhirnya hari Rabuku membazir macam tu sahaja. Just dapat beli barang untuk picnic. Kecewa jugaklah sebab kerja-kerja lain dah tertangguh. Tapi, tak apalah. Pelan-pelan kayuh..

Aku nak picnic dengan siapa? Aha.. Adik-adik aku. Nak harapkan diaorang turun Puncak, alamatnya sampai aku konvolah tak tiba. Aku jugak yang kena ke sana. Tak apalah.. Adik-adik sendiri. So, untuk picnic, aku cuma pesan bawakkan nasi dengan minuman sahaja. Lauk tak payah dok risau. Makanya, mulalah proses yang pertama. Menyiang ayam plus marinate sebahagian untuk digoreng pada hari kejadian. Sebahagian lagi aku tak buat apa. Tu.. Rezeki housemate aku. Disebabkan rumah nih tak ada peti sejuk, so, rumah kak Ain menjadi mangsa. Sorry Kak Ain.. DAh tiga kali guna peti sejuk dia, hehe.


Hari Jumaat sebelum pergi kelas Digital Library amek ayam dulu. Sekurang-kurangnya bila nak digoreng nanti taklah ayam tue keras kematu. Usai kelas, macam tak laratlah pulak. Last2 proses menyiapkan ayam dibuat pagi sabtu. Betul-betul pagi. Macam nak berniaga pulak. Kerja masak-measak settle sejam kemudian. Cuma buat sambal ayam dengan sayur campur. Nak buat lodeh pekat, tapi adik tak nak berkuah santan. Ok..ok.. As you wish my dear. Siap awal, aku balun tidur balik, hehe.. Bangun semula at 7a.m, bersiap, dan bergerak dari puncak at 10 a.m. Picnic kat mana?
Jawapannya........


 KLCC.... tu dia..Siapa nak join kami lagi..?? hehehe


Adik-adik sekalian. Che'a bawak kawan dia yang sangatlah ramah-tamah.

With Anis.. yang kedua..


Che'a dengan Fatimah..


Budak yang tak puas nak main dekat playground. Jenuh mama dia nak pujuk..

Actually ada cerita. Sebelum nih aku pernah picnic dengan adik dekat KLCC. Tapi masa tue Che'a masih di Nilai, sebab masih di Asasi. So, aku berdua dengan Anis jelah. Syok-syok kami bukak tupperware berisi lauk-pauk yang diimport khas dari Shah Alam, tiba-tiba.. Hahahaha.. Adalah a group of Indonesian nih pakat gelak kat kami. Nak tau kenapa? Kami bawak bekal... Diaorang beli KFC combo set. Aisemen! Dengan muka selamba aku cakap a... "kami tak mampu.." hehe.. Tak sempat nak capture gambar makanan. Dah habis makan, baru teringat.. hehe..


Poket makin nipis nih, aduyai..

3 comments:

  1. wah.. bestnya picnic. ajak pown. huhu.

    ReplyDelete
  2. owg yg "agak handsome"... nk ke join picnic kat kLcc..?? hihi~

    ReplyDelete