Tuesday, February 16, 2010

Birthday.. Chinese New Year.. Mid Term break..

Pening kepala nih..Makan tak de limit. Almaklumlah, di kampung, hehe.. Dua orang adik perempuanku baru pulang ke UIA hari ini. Macam biasa, stok bekalan makanan memang tak boleh tinggal tiap sorang. Popia basah, kue tiaw goreng basah, kek coklat, sambal ikan, pucuk ubi masak tempoyak, udang goreng, adeh! maka.. Dapat tak kalian bayangkan betapa pesatnya tumbesaran tayar treler kat perut nih, ehehe~Mana taknya. Birthdayku baru berlalu beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.. Moga-moga peningkatan usia yang bertambah lagi setahun ini mampu memberikan rezeki kepadaku dalam setiap aspek, menambah rasa sabar dan berpuas hati dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku sepanjang usia ini. Hanya baru masuk bulan kedua pengajian semester ini, merata juga aku berjalan. Hehe.. tak apalah.. Sementelahan masih bergelar pelajar, belum ada komitmen yang memaksaku berfikir ribuan kali, lebih baik aku nikmati sisa-sisa waktu bergelar siswi. Mandi manda di Air Terjun Sg. Gabai, Templer Park, and soon.. Tak tahulah kemana lagi. Karaoke mid night belum buat lagi. Hurmmmm.. Nak pastikan ada sesuatu yang mampu dikenang setelah graduate nanti.


Kepada teman-teman yang sudi mengajak, terima kasih banyak-banyak. Korang memang enjoy. Pengalaman kena hell masa di Templer Park, memang.... Aish.. kenangan terindah rasanya sepanjang bergelar pelajar nih. Mereka bukan rakan-rakan seuniversiti, malahan aku hanya kenal seorang sahaja. Tapi, layanan yang diberikan seolah-olah kami sudah kenal lama.Terima kasih banyak-banyak sekali lagi.Sehari selepas kepulanganku, Anis (adiku yang kedua) buat home made choc moist siap topping.. tQ sayang.. Ummuah~

Wednesday, February 3, 2010

Hari-hari yang berlalu

Ahad lalu ikut beberapa orang teman picnic dekat Air Terjun Sungai Gabai. Aih.. Galak jugaklah aku. Dah lama tak jadi budak-budak. Seronok pulak Ahad lepas. Tapi, preparation yang dibuat last minute, sedikit sebanyak kegembiraan tue ada kurang sikit. Tapi Tetap happening! Tq very much buat Ani yang mempelawa ikut, kak ain, and not forgetting our bodyguard yang ikut je kami.. Tolong jaga keselamatan kami, driver kami pun yea.. Owh.."Sapie" kami.. hahaha.. Mr Akmal. jangan marah yea.. Semalam pulak buat research di Toyota Library Seksyen 15. Hurmmm.. Senior aku rupanya. Pinjam kereta seorang teman, dan aku jugak diminta drive. So, bila aku yang drive, jadi Tokyo Drift. Tak kisah la. Yang penting selamat pergi selamat kembali kami akhirnya.


Enjoy, enjoy juga. Tapi, kerja pun tetap kena jalan macam biasa. Dalam proses menyiapkan tugasan Digital Library, siapkan report research ke Toyota semalam, kumpulkan maklumat untuk Strategic Planning, plus.. Tengah usha system untuk final project Library Automation. So, siapa cakap aku hanya tahu enjoy je? aish.. Minggu nih jugak la aku kena denda sebab tak pakai matric card. Apalah.. Macam kanak-kanak pulak aku rasa. apalah pelik sangat. Tak faham aku dibuatnya.

 
naik makan lepas berkubang , hehe..


 Kak Ain with Akmal..


The four of us


Air Terjun Sg. Gabai.. 

I am gaining my weight, but it doesn't stop me from cooking and eating, haha.. I enjoy to be myself, even sometimes the joyfulness i get hurt me slowly. The more i try to ignore something by putting myself in something, the more it hurt. But then, tak apalah. My birthday will come soon. How my life will change later?



I have a dream.. Nak belajar amek gambr cantik-cantik.. Tapi, belum mampu nak beli cam yang elok sikit. Budget pun tadak lagi, skill apatah lagi, heh0~