Thursday, January 7, 2010

Week 1





Minggu ini merupakan minggu pertama bertemu dengan housemate baru di rumah sewa. Hurmm.. So far, aku tak ada masalah besar pun. Perkara remeh-temeh sahaja yang memang aku malas nak ambil port. Tapi apa yang menyakitkan hati, internet connection sangatlah teruk sampai sudah jenuh aku hubungi Celcom center yang akhirnya mereka memberitahu hanya mampu membuat laporan dan aduan mengenai masalah yang aku hadapi. Apa punya sengal lah.Hari Selasa pergi belanja barang dapur, beli keperluan rumah, yang paling seronok, dah nama pun rumah sewa, boleh memasak, yeay! Seronok.. Seronok.. Semalam  bersarapan nasi lemak buatan sendiri yang terlupa lebihkan air, menyebabkan nasi tue sedikit berjelantah. Hurmmm.. Apa da.. Macam tak biasa je. Akhirnya, gunakan alternatif kukus nasi tersebut dalam rice cooker; kukus versi aku tapi akhirnya berjaya tanak juga nasi tue, hehe.. Bonda telefon dan bertanyakan aktivitiku kelmarin. Beliau hanya ketawa sahaja.

       "Buat malu je kamu nih..." balas bonda sambil ketawa..

Nasib baik housemate jenis tak kisah."..yang penting dapat makan.." kata mereka. Rasanya aku perlu mencari part time job bagi menampung keperluan lain. Bukan tak cukup duit PTPTN tue, tapi rasanya aku perlu membuat persediaan untuk praktikal yang bakal aku tempuhi 6 bulan dari sekarang. Jiran di kiri kanan rumah pula semuanya berkeluarga, maka aku perlu mengawal volume ketawaku yang ada masa bisa memecahkan gegendang telinga temanku yang lain. Majoriti pelajar semester 6 yang perlu tinggal di rumah sewa kebanyakannya tinggal setaman denganku (Taman Puncak) ataupun Taman Sandaran Permai.

      " Hai... Student part 2 ke...?? Tegur teman setaman..

      "Hello.. KAmi senior kami ok.." balas temanku dalam nada berbisik.

Saiz kecomelan kami menyebabkan kami boleh berlakon awet muda, hahaha.. Apalah.. Biarlah. Itu hanay teguran nakal dari mereka yang tak berkenaan. Urmmmm.. Namun, ada satu perkara yang begitu merisaukan aku, ada satu subjek minor yang bakal aku ambil semester ini mendapat feedback yang menggerunkan daripada para senior yang pernah mengambil subjek tersebut sebagai minor subject mereka. Strategic Planning. Begitu susahkah? Salah seorang teman yang pernah mengambil subjek tersebut semester lepas dapat juga skor paper tersebut. Tapi, setakat mana pencapaian aku? Mampukah agaknya aku mendepani subjek tersebut disamping pointerku yang tak pernah jejak 3 semenjak STPM lagi? Malunya.. Tapi itulah realitinya. Aku hanyalah seorang pelajar yang terlalu sederhana, walau macam mana usaha yang telah aku lipat-gandakan. Mungkin itu bahagian aku dan aku perlu redha walaupun rasa malu tak mampu diungkapkan apabila darah daging sendiri merangkap adik mampu menandingi aku dengan mudah. Tak apalah. Mungkin ada hikmahnya. Namun, kerisauan paling utama; mampukah aku memeperoleh pekerjaan setelah graduate nanti dengan pencapaianku yang serba sederhana ini?


Sederhana itu penting



2 comments:

  1. naemah..2 dah bape kali aku ckp, ko kena blajar ikhlas bukan utk bersaing dgn sesapa, preparation ko utk masa depan bagus tapi ketakutan ko dgn masa depan hanya akan letakkan diri ko sbg org yg bermasalah, hidup la hari ini dgn berani dan buat la bekal seperti ko akan hidup seperti 1000 tahun lagi dan seperti ko akan mati esok, selebihnya ko bertawakallah kepada Allah kerana Dia menyukai hamba2Nya2 yg berusaha keras dan juga hamban2Nya yg mahu berserah kepadaNya setelah berusaha. Allah sgt adil atas segala usaha kita, setiap kesusahan akan disusuli dgn kemudahan, yakin la hanya pada Allah kerana Dia tidak akan pernah menipu hamba2Nya. huhuhuuhu :P

    ReplyDelete
  2. along... nai'mah la... bukan naemah, hehe.. aku berani mendepani hari mendatang ( insyaALLAH.. as long as ade yg bg moral support macam ko.. ^_^ ) dalam pada aku berusaha keras dan tawakal, ada masa mesti hati sendiri masih tertanya-tanya, kat mana kedudukan kita kan? after you done something all out, what do you espect? what is your achievement along your battle? Can you be proud of it or the result is just so-so je..? after you done everything, but still get only moderate result, mesti upset jugak kn? sampai bila-bila hal nih takkan selesai. aku minat course aku even result aku seems like humiliate myself very much bro... tapi pencapaian aku maybe secara practical,not on the a piece of paper; yang memang jelas bukan kelebihan aku.. tQ.. nih sayang ko lebey nih, hehe..

    ReplyDelete