Sunday, January 24, 2010

Hujung minggu yang membosankan..



Macam biasa, title yang aku letak selalunya macam tak ada kaitan dengan topik yang bakal aku tulis. Ada pun, maybe sipi-sipi kowt. Nasib lah.. Broadband connection aku lembab macam biasa, even dah berpuluh kali aku hubungi Celcom center. Rasanya mereka pun dah nak muntah dengar suara lunakku saban masa. Peduli apa. Duit aku. Aktiviti aku hari nih macam biasa dan tak ada penambahan. Pagi buat sarapan, tengahari je tak dapat masak sebab bahan semua dah habis. Makanya, masaklah meggi masing-masing yea. Tukang masak cuti hari ini. Petang, jogging la, keluarlah peluh sikit-sikit. Tak adalah sampai nak ternak penyakit kat rumah nih.Bosannya..


Malam semalam makan kat luar dengan seorang senior yang banyaklah amat bagi nasihat pada aku selama ini. Mengangkutlah dia 3 orang anak dara yang paw dia sampai kami kekenyangan, hehehe.. TQ long. Kami kenyang amat semalam. Even dah tak jumpa di faculty, nasihat dan tazkirah beliau tak terhenti setakat tue je. Tq yea untuk nasihat kau tue, hehe.. Faham-fahamlah aku nih bila emosi dah mula jadi raja dalam diri, semuanya jadi tak tentu hala, serabut, mulalah merapu bukan-bukan. Nai'mah..Nai'mah.. Malam tadi juga sebenarnya aku buat sesuatu dengan sengaja. Saja nak kenakan budak-budak rumah nih yang liat sangat nak mangga grill pintu. Padan muka. Dengan muka sardin aku minta maaf konon-konon aku mungkin salah grill sebab tak buka lampu dekat car porch even actually i did it purposely. Nak bagi lesson kat diaorang. Macam nih ceritanya. Lepas teman nih call aku ajak makan luar, aku pun bersiaplah. Sebenarnya masa tue dah masak meggi tok makan malam. Tapi dah alang-alang orang ajak aku keluar makan, keluar la kan, hehe.. Meggi tomyam yang dah siap aku masak, aku bagi Mac makan. Sementelahan aku dah siap awal, tunggu dekat porch pun awal, tiba-tiba dapat satu isea. Aku dah pernah tegur budak-budak nih mangga grill pintu. Tapi tiap sorang tue.. Tak tahulah aku nak cakap. Pada yang memang rajin grill tue, Alhamdulillah la. Yang malas sangat nak grill tue buat aku geram. Bukannya duduk dalam kolej, sekarang nih duduk luar, keselamatan atas tanggungjawab sendiri la kan? Takkan tue pun nak ajar.Teguran baik tak jalan, so, aku kenalah buat jahat sikit. Untuk kebaikan tak apakan..


Mula-mula aku bukak lampu laluan tangga kat rumah. Pura-pura kunci. So, Adalah bunyi kunci berlaga.Tutup lampu. Pura-pura keluar. Lepas tue, tunggulah teman nih yang kata beliau bakal tiba selepas 5 minit ( sebenarnya lebih.. Sebab tue boleh jalan rancangan nih... hehe..) Bila dah agak lama tunggu siap boleh call adik-adik aku, ceeewah.. Slow-slow bukak grill, ala-ala bukak pintu pun macam James Bond. Gema kat ruang tangga tue memang satu rumah boleh dengar, apatah lagi ruang tamu. Budak-budak nih tengah kenduri kat ruang tamu masa tue. Tak sampai 1 jam lepas aku buat semua tue, masa tue tengah makan dekat Saujana Utama, dapatlah call daripada salah seorang housemate nak confirmkan aku kunci pintu ke tak. Dengan confident nye aku cakap dah. Tau dah la apa jadi, hehe.. Rupanya ada yang jadi penambah jalan cerita. Memanglah masa tue tengah hujan dengan kilat dengan guruh. Rupanya rumah black out masa guruh berdentum. Lagilah drastik kan? Tiba je rumah sejam selepas tue, semua dok soal siasat. Taw takut. So far, lepas sidai kain pun diaorang mangga grill pintu tue. Bagus lah, hehe.. Berjaya~ Harap-harap teruslah mangga.


Minggu nih jugak ex-housemate aku turun Shah Alam, sebab nak hantar practical report diaorang. Kenduri lagi kami dengan behun sup bersama bergedil. Kat rumah sendiri pulak, aku cuma sempat buat cucur badak. Sowie girls.. Petang nih pulak, hurmmmm.. Ada sorang nih nak makan bubur chacha.. So, berchacha lah kami petang nih.


Nak balik rumah... Satu keluarga tengah berkumpul nih.. Ish.. *~*

No comments:

Post a Comment