Sunday, January 10, 2010

Chocolate chip muffin and daddy's birthday..





Phone ringing..

       "...kamu tak payah balik la... Lagipun Chinese New Year nanti kamu balik kan.. Membazir je kalau balik hari ni. Ahad dah balik Shah Alam Semula kan," ujar bonda.

Ini perbualan kami 2 hari lepas. Tapi akhirnya, aku selamat tiba ke Muar jam 4 petang semalam, hehe.. Aku dan adinda disambut di Muar Bustand oleh bonda dan ayahanda bersama adindaku yang ketiga (dia balik hari Khamis, ada appoinment dengan dentist..) Fuh, gembira tk terkata. Ayahanda merapati kami sejurus tiba, bersalaman, pelukan sayang...

    "Ayah rindu anak-anak ayah.." ujar ayahanda.

    "Korang jangan makan berat-berat tau. Ayah dah masak special hari ni." Ujar adindaku melalui mesej sebelum kami tiba Muar.

Senyuman bonda dan ayahanda; tambahan mengingatkan mesej daripada adinda membuatkan hatiku berbunga riang. Yes! Yes! Best nih kalau ayahanda masak. Bukan bonda tak memasak, tapi bila ayahanda mula turun dapur, kalah perempuan, hahahaha.. Sedap.. Wa cakap sama lu..

Setiba kami di rumah, aroma sup kambing memang dah bau satu rumah. Perut dah mula berdondang sayang. Apa lagi.. Bersantaplah kami 6 beranak; dan kekenyangan, huhu.. Alhamdulillah..

     "Apa yang aku nak buat malam nih ye..."

Akhirnya, teringat aku ada menyalin beberapa resepi daripada blog yang aku minati. And you know what.. Semua sekali ada chocolate, one of my fav la.. Tak boleh tahan bila nampak chocolate. Akhirnya, decide celebrate birthday ayahanda awal sedikit sebab kebetulan kami sekeluaga dapat berkumpul bersama. Dapatlah dalam 16 ketul chocolate chip muffins tadi. Depends pada apa yang ada dalam bekas bahan kek bonda plus minta ayahanda tambah-tambah sikit mana yang patut, hehe.. Credit buat Mat Gebu sebab aku ambil resepi daripada blog dia. Macam-macam ada. Semuanya presentable and will make our mouth watering. Try check di Dapur Tanpa Sempadan. Korang carila dalam blog list yang aku follow. Hai.. Malas nak bergerak pulang petang nanti. Buat housemate.. Sorry la.. Muffin tak sempat nak buat banyak-banyak. Nanti aku buatkan manisan yea, hehehe..


Ayah.. Happy birthday... Luv u, ummmmmmmmuah! 
(18 January, 1958)


Tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau ada oven dekat umah sewa, adei~

No comments:

Post a Comment