Tuesday, January 19, 2010

Belajar, kerja, graduan muda..

Dah agak lama tak online. Broadband masih lagi dengan masalah yang tak berkesudahan, akhirnya terpaksa berkejar-kejar ke library untuk menggunakan internet, aduyai... Ada atau tak ada, sama je..

Dah masuk minggu kedua buat part time job; jual burger kat kolej dpn blok siswa, hahahahaha... Adei.. Agak penat juga la. Dari 6 sampai 12 malam, tapi taklah penat macam kerja dekat Restoran zuraidah masa tunggu result STPM dulu. Ke hulu ke hilir.. Ke hulu .. Ke hilir.. YAng nih statik je berdiri. Yang penatnya, masa "happy hour", bak kat si Didi. Aish.. Kuiz Metadata dah nak bermula nih.. Undur diri dulu la yea..


Menyambung kembali apa yang ingin dicoretkan. Ingatkan betul lah ada kuiz.. Baru masuk intro Metadata kowt, hari ni? hurmmm.. Sambung kembali intro tentang APA ITU METADATA.. So far, aku faham la.. The way this lecturer lecture in the class really make this subject look interest to learn. Ok la macam tu kan. Daripada diam je. Tapi, hei.. Beliau betul-betul ingatkan aku pada ayahanda. Kaitkan Metadata pada waktu manusia belum diciptakan di muka bumi ini. Macam mana Prophet Adam dicipta daripada 20 jenis tanah untuk setiap inci tubuh baginda, hati daripada tanah daripada syurga. Lama dah tak dengar semua tue. Ayahanda jarang sebut andai tak ditanya. Tapi, andai ada teguran yang kami tak ambil perhatian, biasanya contoh-contoh teladan atau hadis-hadis saheh kadangkala beliau bentangkan; yang pastinya akan membuatkan kami akur akhirnya. Perkara yang dah lama ditinggalkan, bila sebut kembali kira refresh balik lah tadi. Bila dah belajar, tapi tak dipraktikkan, inilah jadinya. Apa pulak kaitan 20 jenis tanah dengan Metadata kan? tue lah dia Metadata.
       "Global thinking" bak kata lecturerku.

Next week, baru ada kuiz.. Prepare Nai'mah.. Prepare!


Back to my routine schedule. Sepanjang di rumah sewa nih, aktivitiku macam biasalah. Dah nama pun duduk luar, sedikit bebas la, even aku rasa tak ada banyak beza pun menyewa luar atau dalam kolej. Kebebasan yang aku dapat, isi perut mengikut apa yang aku mampu buat, hehehe.. Aduhai.. Tak tahu lah berapa banyak berat badanku bakal naik semester nih. Hari tue buat bubur jagung campur biji gandum, masak-masak pula ringkas-ringkas je, sebab tak ada peti sejuk. Apa yang pasti, kaya karbohidrat.. Apa lagi.. Lemak.. Semua lengkap. Telur masak kicap berempah lah.. Sayur campur lah.. Tue antara makanan yang sering terhidang. Maka, telur satu sarang tue ada masa kurang seminggu dah licin. Buar jemput-jemput bawang.. Ada juga housemate buat bolognese hari tue; salah seorang housemate demam. So, kenalah makanan yang masam-masam tomato untuk dia. Tapi last-last, kami yang bedal semua tue. Minggu nih pula, senior yang baru menamatkan praktikal mereka akan datang semula ke kampus dan menumpang tidur di rumah salah seorang teman.

       "apa nak buat yea....."

The most ringkas one; soto lah.. Murah, cepat, kenyang.. Apa yang penting ? kenyang, hahaha.. RAbu nih pula dah janji dengan ex-housemate. Itu, buat karipap jelah kowt. Malas-malas wat cekodok je. Yea.. Nai'mah dan makanan tak dapat dipisahkan. Pada member yang bakal jumpa aku gathering masa Chinese New Year nih, janganlah terkejut tengok badan aku lepas nih..



Pelajaran so far insyaALLAH aku boleh buat. Graduation? Hurmmm.. Saat-saat yang ditunggu-tunggu tapi cukup mendebarkan. Ada kerja tak aku lepas nih? Mesti kerja.Mesti!

2 comments: