Friday, January 29, 2010

Teguran dari seorang teman

 Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu..

Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Ingatlah sahabatku yang tersayang, Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.


Antara inti pati teguran yang aku terima daripada seorang teman. Terkesan sedikit bila ada yang menegur dengan cara begini. Ya, aku akui, sebahagian daripada inti patinya seolah-olah terkena ke batang hidung sendiri. Betapa ketaksempurnaan aku ini telah menyebabkan teman ini menegur dengan ayat yang begitu berhikmah; bukan dengan menyerang umpama peluru. Seorang teman yang begitu mengambil berat pasti akan memberi teguran yang membina; bukan hanya memberi pujian yang ada masa tidak tahu di mana kebenarannya dengan kata-kata manis tersebut.Apa lagi yang mampu ku lakukan andai telah cuba sedaya upaya untuk menjadi wanita terbaik sekurang-kurangnya kepada diri sendiri? Apa lagi yang mampu aku lakukan andai layanan sama rata yang diberikan disalah anggap gara-gara aku PEREMPUAN?Kenapa wanita sering diberi ingatan sedangkan insan yang lebih berat tanggungjawabnya ini juga sebenarnya perlu diingatkan? Aku bukan mahu menidakkan sesuatu, tapi sekurang-kurangnya ingatan tak seharusnya ditujukan kepada satu jantina sahaja.  Apapun, terima kasih teman kerana masih sudi memberikan ingatan kepadaku agar menjadi hambaNya yang diredhai di sisiNya.


Aku belum layak menjadi mawar berduri.. Terima kasih teman.. 


Sunday, January 24, 2010

Hujung minggu yang membosankan..



Macam biasa, title yang aku letak selalunya macam tak ada kaitan dengan topik yang bakal aku tulis. Ada pun, maybe sipi-sipi kowt. Nasib lah.. Broadband connection aku lembab macam biasa, even dah berpuluh kali aku hubungi Celcom center. Rasanya mereka pun dah nak muntah dengar suara lunakku saban masa. Peduli apa. Duit aku. Aktiviti aku hari nih macam biasa dan tak ada penambahan. Pagi buat sarapan, tengahari je tak dapat masak sebab bahan semua dah habis. Makanya, masaklah meggi masing-masing yea. Tukang masak cuti hari ini. Petang, jogging la, keluarlah peluh sikit-sikit. Tak adalah sampai nak ternak penyakit kat rumah nih.Bosannya..


Malam semalam makan kat luar dengan seorang senior yang banyaklah amat bagi nasihat pada aku selama ini. Mengangkutlah dia 3 orang anak dara yang paw dia sampai kami kekenyangan, hehehe.. TQ long. Kami kenyang amat semalam. Even dah tak jumpa di faculty, nasihat dan tazkirah beliau tak terhenti setakat tue je. Tq yea untuk nasihat kau tue, hehe.. Faham-fahamlah aku nih bila emosi dah mula jadi raja dalam diri, semuanya jadi tak tentu hala, serabut, mulalah merapu bukan-bukan. Nai'mah..Nai'mah.. Malam tadi juga sebenarnya aku buat sesuatu dengan sengaja. Saja nak kenakan budak-budak rumah nih yang liat sangat nak mangga grill pintu. Padan muka. Dengan muka sardin aku minta maaf konon-konon aku mungkin salah grill sebab tak buka lampu dekat car porch even actually i did it purposely. Nak bagi lesson kat diaorang. Macam nih ceritanya. Lepas teman nih call aku ajak makan luar, aku pun bersiaplah. Sebenarnya masa tue dah masak meggi tok makan malam. Tapi dah alang-alang orang ajak aku keluar makan, keluar la kan, hehe.. Meggi tomyam yang dah siap aku masak, aku bagi Mac makan. Sementelahan aku dah siap awal, tunggu dekat porch pun awal, tiba-tiba dapat satu isea. Aku dah pernah tegur budak-budak nih mangga grill pintu. Tapi tiap sorang tue.. Tak tahulah aku nak cakap. Pada yang memang rajin grill tue, Alhamdulillah la. Yang malas sangat nak grill tue buat aku geram. Bukannya duduk dalam kolej, sekarang nih duduk luar, keselamatan atas tanggungjawab sendiri la kan? Takkan tue pun nak ajar.Teguran baik tak jalan, so, aku kenalah buat jahat sikit. Untuk kebaikan tak apakan..


Mula-mula aku bukak lampu laluan tangga kat rumah. Pura-pura kunci. So, Adalah bunyi kunci berlaga.Tutup lampu. Pura-pura keluar. Lepas tue, tunggulah teman nih yang kata beliau bakal tiba selepas 5 minit ( sebenarnya lebih.. Sebab tue boleh jalan rancangan nih... hehe..) Bila dah agak lama tunggu siap boleh call adik-adik aku, ceeewah.. Slow-slow bukak grill, ala-ala bukak pintu pun macam James Bond. Gema kat ruang tangga tue memang satu rumah boleh dengar, apatah lagi ruang tamu. Budak-budak nih tengah kenduri kat ruang tamu masa tue. Tak sampai 1 jam lepas aku buat semua tue, masa tue tengah makan dekat Saujana Utama, dapatlah call daripada salah seorang housemate nak confirmkan aku kunci pintu ke tak. Dengan confident nye aku cakap dah. Tau dah la apa jadi, hehe.. Rupanya ada yang jadi penambah jalan cerita. Memanglah masa tue tengah hujan dengan kilat dengan guruh. Rupanya rumah black out masa guruh berdentum. Lagilah drastik kan? Tiba je rumah sejam selepas tue, semua dok soal siasat. Taw takut. So far, lepas sidai kain pun diaorang mangga grill pintu tue. Bagus lah, hehe.. Berjaya~ Harap-harap teruslah mangga.


Minggu nih jugak ex-housemate aku turun Shah Alam, sebab nak hantar practical report diaorang. Kenduri lagi kami dengan behun sup bersama bergedil. Kat rumah sendiri pulak, aku cuma sempat buat cucur badak. Sowie girls.. Petang nih pulak, hurmmmm.. Ada sorang nih nak makan bubur chacha.. So, berchacha lah kami petang nih.


Nak balik rumah... Satu keluarga tengah berkumpul nih.. Ish.. *~*

Tuesday, January 19, 2010

Belajar, kerja, graduan muda..

Dah agak lama tak online. Broadband masih lagi dengan masalah yang tak berkesudahan, akhirnya terpaksa berkejar-kejar ke library untuk menggunakan internet, aduyai... Ada atau tak ada, sama je..

Dah masuk minggu kedua buat part time job; jual burger kat kolej dpn blok siswa, hahahahaha... Adei.. Agak penat juga la. Dari 6 sampai 12 malam, tapi taklah penat macam kerja dekat Restoran zuraidah masa tunggu result STPM dulu. Ke hulu ke hilir.. Ke hulu .. Ke hilir.. YAng nih statik je berdiri. Yang penatnya, masa "happy hour", bak kat si Didi. Aish.. Kuiz Metadata dah nak bermula nih.. Undur diri dulu la yea..


Menyambung kembali apa yang ingin dicoretkan. Ingatkan betul lah ada kuiz.. Baru masuk intro Metadata kowt, hari ni? hurmmm.. Sambung kembali intro tentang APA ITU METADATA.. So far, aku faham la.. The way this lecturer lecture in the class really make this subject look interest to learn. Ok la macam tu kan. Daripada diam je. Tapi, hei.. Beliau betul-betul ingatkan aku pada ayahanda. Kaitkan Metadata pada waktu manusia belum diciptakan di muka bumi ini. Macam mana Prophet Adam dicipta daripada 20 jenis tanah untuk setiap inci tubuh baginda, hati daripada tanah daripada syurga. Lama dah tak dengar semua tue. Ayahanda jarang sebut andai tak ditanya. Tapi, andai ada teguran yang kami tak ambil perhatian, biasanya contoh-contoh teladan atau hadis-hadis saheh kadangkala beliau bentangkan; yang pastinya akan membuatkan kami akur akhirnya. Perkara yang dah lama ditinggalkan, bila sebut kembali kira refresh balik lah tadi. Bila dah belajar, tapi tak dipraktikkan, inilah jadinya. Apa pulak kaitan 20 jenis tanah dengan Metadata kan? tue lah dia Metadata.
       "Global thinking" bak kata lecturerku.

Next week, baru ada kuiz.. Prepare Nai'mah.. Prepare!


Back to my routine schedule. Sepanjang di rumah sewa nih, aktivitiku macam biasalah. Dah nama pun duduk luar, sedikit bebas la, even aku rasa tak ada banyak beza pun menyewa luar atau dalam kolej. Kebebasan yang aku dapat, isi perut mengikut apa yang aku mampu buat, hehehe.. Aduhai.. Tak tahu lah berapa banyak berat badanku bakal naik semester nih. Hari tue buat bubur jagung campur biji gandum, masak-masak pula ringkas-ringkas je, sebab tak ada peti sejuk. Apa yang pasti, kaya karbohidrat.. Apa lagi.. Lemak.. Semua lengkap. Telur masak kicap berempah lah.. Sayur campur lah.. Tue antara makanan yang sering terhidang. Maka, telur satu sarang tue ada masa kurang seminggu dah licin. Buar jemput-jemput bawang.. Ada juga housemate buat bolognese hari tue; salah seorang housemate demam. So, kenalah makanan yang masam-masam tomato untuk dia. Tapi last-last, kami yang bedal semua tue. Minggu nih pula, senior yang baru menamatkan praktikal mereka akan datang semula ke kampus dan menumpang tidur di rumah salah seorang teman.

       "apa nak buat yea....."

The most ringkas one; soto lah.. Murah, cepat, kenyang.. Apa yang penting ? kenyang, hahaha.. RAbu nih pula dah janji dengan ex-housemate. Itu, buat karipap jelah kowt. Malas-malas wat cekodok je. Yea.. Nai'mah dan makanan tak dapat dipisahkan. Pada member yang bakal jumpa aku gathering masa Chinese New Year nih, janganlah terkejut tengok badan aku lepas nih..



Pelajaran so far insyaALLAH aku boleh buat. Graduation? Hurmmm.. Saat-saat yang ditunggu-tunggu tapi cukup mendebarkan. Ada kerja tak aku lepas nih? Mesti kerja.Mesti!

Sunday, January 10, 2010

Chocolate chip muffin and daddy's birthday..





Phone ringing..

       "...kamu tak payah balik la... Lagipun Chinese New Year nanti kamu balik kan.. Membazir je kalau balik hari ni. Ahad dah balik Shah Alam Semula kan," ujar bonda.

Ini perbualan kami 2 hari lepas. Tapi akhirnya, aku selamat tiba ke Muar jam 4 petang semalam, hehe.. Aku dan adinda disambut di Muar Bustand oleh bonda dan ayahanda bersama adindaku yang ketiga (dia balik hari Khamis, ada appoinment dengan dentist..) Fuh, gembira tk terkata. Ayahanda merapati kami sejurus tiba, bersalaman, pelukan sayang...

    "Ayah rindu anak-anak ayah.." ujar ayahanda.

    "Korang jangan makan berat-berat tau. Ayah dah masak special hari ni." Ujar adindaku melalui mesej sebelum kami tiba Muar.

Senyuman bonda dan ayahanda; tambahan mengingatkan mesej daripada adinda membuatkan hatiku berbunga riang. Yes! Yes! Best nih kalau ayahanda masak. Bukan bonda tak memasak, tapi bila ayahanda mula turun dapur, kalah perempuan, hahahaha.. Sedap.. Wa cakap sama lu..

Setiba kami di rumah, aroma sup kambing memang dah bau satu rumah. Perut dah mula berdondang sayang. Apa lagi.. Bersantaplah kami 6 beranak; dan kekenyangan, huhu.. Alhamdulillah..

     "Apa yang aku nak buat malam nih ye..."

Akhirnya, teringat aku ada menyalin beberapa resepi daripada blog yang aku minati. And you know what.. Semua sekali ada chocolate, one of my fav la.. Tak boleh tahan bila nampak chocolate. Akhirnya, decide celebrate birthday ayahanda awal sedikit sebab kebetulan kami sekeluaga dapat berkumpul bersama. Dapatlah dalam 16 ketul chocolate chip muffins tadi. Depends pada apa yang ada dalam bekas bahan kek bonda plus minta ayahanda tambah-tambah sikit mana yang patut, hehe.. Credit buat Mat Gebu sebab aku ambil resepi daripada blog dia. Macam-macam ada. Semuanya presentable and will make our mouth watering. Try check di Dapur Tanpa Sempadan. Korang carila dalam blog list yang aku follow. Hai.. Malas nak bergerak pulang petang nanti. Buat housemate.. Sorry la.. Muffin tak sempat nak buat banyak-banyak. Nanti aku buatkan manisan yea, hehehe..


Ayah.. Happy birthday... Luv u, ummmmmmmmuah! 
(18 January, 1958)


Tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau ada oven dekat umah sewa, adei~

Thursday, January 7, 2010

Week 1





Minggu ini merupakan minggu pertama bertemu dengan housemate baru di rumah sewa. Hurmm.. So far, aku tak ada masalah besar pun. Perkara remeh-temeh sahaja yang memang aku malas nak ambil port. Tapi apa yang menyakitkan hati, internet connection sangatlah teruk sampai sudah jenuh aku hubungi Celcom center yang akhirnya mereka memberitahu hanya mampu membuat laporan dan aduan mengenai masalah yang aku hadapi. Apa punya sengal lah.Hari Selasa pergi belanja barang dapur, beli keperluan rumah, yang paling seronok, dah nama pun rumah sewa, boleh memasak, yeay! Seronok.. Seronok.. Semalam  bersarapan nasi lemak buatan sendiri yang terlupa lebihkan air, menyebabkan nasi tue sedikit berjelantah. Hurmmm.. Apa da.. Macam tak biasa je. Akhirnya, gunakan alternatif kukus nasi tersebut dalam rice cooker; kukus versi aku tapi akhirnya berjaya tanak juga nasi tue, hehe.. Bonda telefon dan bertanyakan aktivitiku kelmarin. Beliau hanya ketawa sahaja.

       "Buat malu je kamu nih..." balas bonda sambil ketawa..

Nasib baik housemate jenis tak kisah."..yang penting dapat makan.." kata mereka. Rasanya aku perlu mencari part time job bagi menampung keperluan lain. Bukan tak cukup duit PTPTN tue, tapi rasanya aku perlu membuat persediaan untuk praktikal yang bakal aku tempuhi 6 bulan dari sekarang. Jiran di kiri kanan rumah pula semuanya berkeluarga, maka aku perlu mengawal volume ketawaku yang ada masa bisa memecahkan gegendang telinga temanku yang lain. Majoriti pelajar semester 6 yang perlu tinggal di rumah sewa kebanyakannya tinggal setaman denganku (Taman Puncak) ataupun Taman Sandaran Permai.

      " Hai... Student part 2 ke...?? Tegur teman setaman..

      "Hello.. KAmi senior kami ok.." balas temanku dalam nada berbisik.

Saiz kecomelan kami menyebabkan kami boleh berlakon awet muda, hahaha.. Apalah.. Biarlah. Itu hanay teguran nakal dari mereka yang tak berkenaan. Urmmmm.. Namun, ada satu perkara yang begitu merisaukan aku, ada satu subjek minor yang bakal aku ambil semester ini mendapat feedback yang menggerunkan daripada para senior yang pernah mengambil subjek tersebut sebagai minor subject mereka. Strategic Planning. Begitu susahkah? Salah seorang teman yang pernah mengambil subjek tersebut semester lepas dapat juga skor paper tersebut. Tapi, setakat mana pencapaian aku? Mampukah agaknya aku mendepani subjek tersebut disamping pointerku yang tak pernah jejak 3 semenjak STPM lagi? Malunya.. Tapi itulah realitinya. Aku hanyalah seorang pelajar yang terlalu sederhana, walau macam mana usaha yang telah aku lipat-gandakan. Mungkin itu bahagian aku dan aku perlu redha walaupun rasa malu tak mampu diungkapkan apabila darah daging sendiri merangkap adik mampu menandingi aku dengan mudah. Tak apalah. Mungkin ada hikmahnya. Namun, kerisauan paling utama; mampukah aku memeperoleh pekerjaan setelah graduate nanti dengan pencapaianku yang serba sederhana ini?


Sederhana itu penting



Monday, January 4, 2010

HAppy New Year..

MAsih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkn Selamat Tahun Baru kepada semua kan? Hanya berbeza beberapa hari sahaj. Kira, oklah tue.. Hurmmm.. Esok kami akan memulakan kuliah pertama, bertemu kembali dengan rakan-rakan sekuliah, berdepan kembali dengan buku dan tugasan yang pastinya akan bertambah mencabar semester ini, lebih-lebih lagi di tahun akhir ini.. Harap-harap, segalanya berjalan dengan lancar pada tahun ini, amin.. Aku tiba Shah Alam sebenarnya awal seminggu, namun seperti yang telah aku khabarkan pada psot yang lepas, aku lepak sekejap di UIA. Pulang kembali, setelah bermalam 2 hari di sana. Bosan! Statement paling sesuai yang boleh aku unggkapkan sepanjang aku duduk di rumah sewa. Langkah kaki bertambah panjang bila tiada tugasan. Haiz.. Awal-awal lagi aku dah mula membeli novel, sebab kakiku terlajak melangkau masuk ke MPH Shah Alam. Sampai bersila aku dibuatnya.

      "Nak yang nih ke.. Nak yang nih ke.. NAk yang nih..??

Sorang mamat nih menjadi mangsa tolong ambilkan buku di rak paling atas; faktor kecomelan aku memaksa aku berbuat demikian, hehehehe.. Maaf la yea bro.. But thanks sebab tolong aku.. Right choice. Kalau tak, rasanya kempunan aku dengan buku tue.. Lagipun, Oprah's Choice, mana aku boleh miss.. kan? Anyway, sepanjang minggu nih bnyak menghabiskan masa berjalan dan berjalan. Menghilangkan kebosanan. Cuma, malam New Year, aku dok lepak sorang-sorang dalam bilik, layan lagu-lagu blues.. Lagi best..


Semalam paling best rasanya. Jumpa best friend, berjalan sampai malam. Sempat menghantar pesanan pada seorang teman untuk makan bersama, kelaparan! Akhirnya plan asal untuk makan hanya di kandang berubah. Separuh jalan, teman memberitahu perlu keluar ke bandar Shah Alam untuk membeli barang. Akhirnya, setibanya di Puncak, keluar sekali lagi dengan mereka semata-mata untuk makan. Bayangkan.. Tak jejakkan kaki ke rumah lagi, aku keluar lagi. Setibanta di rumah sekitar jam 11.30 malam, lepak plus kekenyangan. Pada teman-teman yang membenarkan aku menyelit dalam kereta korang tue, thanks a lot lah. Penuh perut aku berbaloi dengan rasa mengantuk. Dapat tidur yang berkualiti aku kelmarin, hehe..