Friday, December 18, 2009

Shopping



Fuh..Aktiviti aku minggu nih berjalan.. Selasa hang out dengan kawan-kawan, Khamis dan Jumaat bersama bonda. Sabtu nih mungkin keluar lagi, hadiri kenduri arwah ayahanda kawanku selepas isyak..  Aku pulak baru je kemekkan kereta myvi bonda tadi. Keluar daripada parking lot tak awas dengan side mirror sebelah kanan, adeh! Kena sagat plus kemek la, apa lagi. Kereta yang terlibat (Merz, hehe..) macam ada yang tak kena je tadi. Tapi aku tak keluar kereta, owner kereta tue kebetulan tak ada di situ. Bonda? Hurmmm.. Terpaksa tahan telinga kejap sebab sendiri yang culas. Balik rumah, kena soal siasat pula dengan ayahanda.Continue ceria, huhu.. hari-hari lain, menjadi tugasan rasmi hantar adik ke tempat tuisyen nye.. Harap-harap pengorbanan kedua orang tuaku kepada kami 4 beradik menghabiskan wang ringgit untuk pelajaran kami membuahkan hasil. Aku amat mengharapkan kejayaan yang akan dikecapi kami bersama mampu mengukirkan senyuman di raut wajah mereka. Sepanjang minggu nih, weeding baju-baju tak selesai-selesai sedari awal lagi. Masalah bila lappy featuring broadband ada di bilikku. Pasti terhenti seketika untuk membalas chat la.. Uruskan ladang dan cafe di FB la.. Mesti punya..Dah sah-sah aku nih spesies tak boleh ada yang mengganggu tiap kali memulakan tugas. Kalau tak, tugasan yang pada asalnya mampu disiapkan dalam masa 1 hari, boleh tertangguh berhari-hari. BAru pulang dari Melaka. Hanya ronda-ronda bersama bonda gara-gara aku kebosanan di rumah. Semalam, shopping sakan, hahahaha~Barang keperluan untuk semester mendatang awal-awal lagi aku dah buat must buy list.. Kalau tak list, alamatnya adalah yang over budget nanti.

Tiap hari pasti akan ku hitung baki cuti tinggal di rumah. Malasnye...!! Bermulanya semester baru, bermakna semakin hampir aku pada reality life. Habis sahaja semester ini, berdepan dengan praktikal, andai bernasib baik segera mendapat pekerjaan. kalau tak? Hurmmm.. Kebarangkalian yang amat menakutkan.Pointer yang aku perolehi sungguh tidak mencukupi bagiku dalam memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Hurmmmm..

           Apa yang bakal dicapai 5 tahun akan datang?
       
           10 tahun akan datang?

           Mampu tak kebahagiaan dunia akhirat dapat kucapai?

           Banggakah kedua orang tuaku terhadap anak sulungnya ini?

           Mampukah aku memenuhi kehendak mereka setelah banyak pengorbanan mereka terhadapku?

          Apa yang aku inginkan dalam hidup nih?

5 tahun akan datang....
1)mendapat pekerjaan tetap
2)memenuhi kehendak bonda dan ayahanda
3)mengambil sedikit demi sedikit tanggungjawab terhadap kebajikan adik-adik
4)sambung belajar
5)berkahwin*

10 tahun akan datang...
1)menunaikan haji sebelum usia 40
2)miliki sebidang tanah

3)miliki rumah yang selesa dan kenderaan sendiri
4)memberi keselesaan kepada ayahanda dan bonda sebagaimana mereka memberikan keselesaan kepadaku.
5)membentuk keluarga contoh.

Agak-agak, terlaksana tak perancangan nih? Aku amat berharap segalanya akan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Apa? Kenapa berkahwin tue tiba-tiba ada * pulak?? haha~ Entahlah.. Biarlah.


Teliti manapun perancangan yang dibuat, itu hanya rancangan sebagai garis panduan. Apa-apapun, usaha!

No comments:

Post a Comment