Wednesday, December 9, 2009

Perempuan dan lelaki.. Apa bezanya?

Untuk kali pertamanya dalam tempoh tertentu blog nie jadi tempat aku luahkan apa yang terbuku dalam hati. Peduli apa orang kata, yang penting selepas catatan dibuat, hatiku lebih lapang daripada sebelumnya.Apa beza lelaki dengan perempuan? Dalam pada dunia dah civilize pun, isu nie takkan pernah dipandang sepi manusia jagat. Kenapa? Ok.. aku admit, lelaki ada kuasa dan keegoan mereka sendiri yang membolehkan mereka memimpin sesebuah institusi keluarga, memimpin negara dan masyarakat. Tapi, tak kurang juga wanita yang terpaksa mengambil alih peranan lelaki dalam keluarga setelah kehilangan suami ataupun suami mereka tak boleh diharapkan untuk memberi sesuap nasi kepada mereka, malahan mengambil kesempatan di atas kerajinan si isteri. Apa punya lelaki la.. Lemah! (it actually happen to my relative.. pity my aunt!..)Kami diciptakan dari rusuk lelaki kamu untuk dilindungi, bukan untuk disakiti. Lelaki adalah tempat untuk kami mencari perlindungan, rasa selamat, dan dikasihi; bukan dikhianati. Tak cukup dengan satu, pasti ada kedua, ketiga dan keempat.Kenapa? Nak bantu, buat cara nak bantu, jangan manipulasikan sunnah untuk kepentingan diri sendiri. Life masyarakat kita masih terkongkong dengan pemikiran konservatif. Keadaan sekitar menyebabkan aku sendiri merasa tidak yakin untuk membina keluarga; tak sanggup nak pertaruhkan hidup kepada individu yang mungkin akan memusnahkan hidupku selamanya.

Ayahanda... Hurmmmmm.. Aku tak boleh nak sebut nama ini. Tiap kali, mesti sebak. He is the best man ever in my life. Beliau sangat garang, masa kecil dulu, tiap inci tubuhku lebam dengan cubitan, libasan tali pinggang, hanger. Tapi yang pasti, makin kuat aku dipukul, makin kuat aku melawan dalam diam. Akhirnya, terbentuk diriku seperti sekarang. Mungkin, kalau beliau tak mendidikku seperti itu, aku tak pasti, siapa aku sekarang. Ayahanda menjadi sangat understanding bila kami semakin meningkat dewasa. Familiku tiada masalah keluarga, tapi yang lain? banyak sangat contoh yang menakutkan. Hatiku rawan hari nie. Tak tahu mengapa. Its hard to make people understand, its hard when heart get hurt, its hard for me to face it either..Tak ada sekelumit dendam pun dalam diriku, malahan berterima kasih dengan caranya mendidik.Maybe cara didikannya padaku agak keras, tapi sekurang-kurangya, aku dapat survive sampai sekarang. Tiba masa aku nanti, agaknya jadi ibu garang kot< hahaha~ If ada peluang tue.. Kalau tak, bukan rezekikulah tue..



"Its hard to make people understand, its hard when heart get hurt, its hard to face it either.." it just my personal view. i'm not pointing anybody..

No comments:

Post a Comment